Umum mengetahui akan pelbagai kegunaan daun pudina dalam kehidupan seharian kita. Daun pudina tidak hanya digunakan dalam masakan, tetapi juga digunakan secara meluas dalam penghasilan ubat-ubatan dan produk komersial.
Daun pudina adalah sejenis herba yang berasal dari keluarga Laminacece dan tergolong dalam spesies Mentha. Terdapat pelbagai jenis daun pudina di seluruh dunia antaranya peppermint, spearmint, orange mint, horsemint dan pelbagai lagi. Walaupun daunnya sedikit kecil, namun daun pudina mempunyai banyak vitamin dan mineral yang diperlukan badan seperti vitamin A, C dan B2 serta mineral seperti besi, kalsium, kalium dan mangan. Daun pudina mempunyai tahap kalori yang rendah dan kaya dengan serat.
Daun pudina banyak digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya membantu mengurangkan masalah pencernaan, mengurangkan tahap kolestrol, menghilangkan lenguh otot, membantu masalah pernafasan dan menghilangkan bau mulut. Selain itu, daun pudina juga mampu membantu untuk menurunkan berat badan. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan menggunakan daun pudina ini. Teh pudina Ambil beberapa helai daun pudina dan masukkan ke dalam air yang telah dididihkan. Biarkan sejuk sebentar sebelum ditapis dan diminum. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, teh pudina ini boleh diminum dua hingga tiga cawan setiap hari. Jus pudina Ambil segelas daun pudina dan sedikit daun ketumbar. Kisarkan dengan secawan air dan setengah cawan buah lemon. Minum segelas setiap hari. Namun, jika anda mahu mendapatkan berat badan yang lebih ideal, senaman dan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat tidak harus dilupakan. - CARI
|
9
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
URUHA replied at 11-2-2019 01:36 PM
Minum teh pudina pun x guna kalau x jaga makan. Yang penting jaga makan & bersenam. Kalau malas nau ...
ipes2 replied at 11-2-2019 11:15 PM
Absolutely.
Good input and medically sound.
URUHA replied at 12-2-2019 12:29 AM
Thank you momod bg tacang sebenarnya meols komen tu based on pengalaman diri sendiri. Dul ...
ipes2 replied at 26-2-2019 06:53 AM
even better input nih
URUHA replied at 12-2-2019 12:29 AM
Thank you momod bg tacang sebenarnya meols komen tu based on pengalaman diri sendiri. Dul ...
smurfetz replied at 26-2-2019 05:18 PM
jadi yer u buat IF.. bestnya
perut tak masuk angin ke?
ada perasan apa-apa side effect melainkan ...
ADVERTISEMENT