CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauke Pergi Tabligh, Pekerja Buat Ritual Hindu Depan Restoran Mamak

7-2-2019 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6315| Komen: 38|Original author: Oleh: Myra Rozi

Video berdurasi 49 saaat membabitkan aktiviti keagamaan Hindu di hadapan sebuah restoran tular di media sosial.

Rakaman tersebut menyaksikan seorang lelaki berjalan tanpa selipar membawa api melalui pagar besi tertera perkataan Prata Maju.


Mengulas mengenainya, pemilik restoran Prata Maju di Bandar Putra Kulai, Kulai, Abul Barakath Khanifah, 44, berkata, 


“Dia tahu ketika ini restoran mamak keluar dengan pelbagai isu bukan-bukan dan inilah kesempatan untuk menghentam bisnes saya.”


Tambahnya dia tidak menolak perbuatan tersebut dilakukan oleh pihak tertentu untuk mensabotaj perniagaan yang sudah diusahakannya sejak 17 tahun lepas bersama isteri, Syedha Begam Gani, 39.

Harian Metro melaporkan, sebagai seorang muslim, dia tahu mana halal dan haram.

Dia mengetahui mengenai video tersebut selepas diberitahu oleh pelanggan tetapnya sejak 10 tahun lepas.

“Ketika itu, memang saya terkejut melihat gelagat seorang lelaki mengadakan upacara perubatan tradisional India di hadapan kedai saya.

“Apabila saya perhatikan, lelaki itu adalah pekerja saya dan ia berlaku ketika saya mengikuti program ijtima’ jemaah tabligh di India selama tiga hari, minggu lalu.”

“Apabila saya tanya mengenai perbuatan itu, pekerja terbabit mengaku membuat perkara berkenaan kerana mahu mengubati penyakitnya (pekerja).

“Dia mengaku melakukan perbuatan berkenaan ketika kedai kami ditutup selepas jam 12 tengah malam tanpa memberitahu saya atau isteri.”

Foto: Facebook
Video yang tular itu memberi kesan kepada perniagaannya hingga tiada pelanggan datang kerana dipercayai percayakan fitnah netizen yang tidak tahu perkara sebenar.

“Kejadian ini seperti mengulangi sejarah lalu apabila restoran saya pernah mendapat kecaman pada 2003.

“Cuma dulu tidak ada medium media sosial dan cerita restoran ini dijaja dari mulut ke mulut termasuk makanan tidak sedap, tempat tidak bersih hingga mengadu perkara itu kepada Kementerian Kesihatan.

“Tapi akhirnya pihak yang menjaja cerita gagal dalam usahanya untuk menjatuhkan bisnes saya.” 

Tidak timbul isu halal atau haram kerana semua bahan mentah dibelinya sendiri dengan isteri.

Foto: Facebook
“Tukang masak saya orang Melayu bernama Kak Hamidah, selain dibantu tiga pekerja muslim lain termasuk warga Indonesia.

“Saya menyerahkan isu berkenaan kepada Persatuan Usahawan India Muslim (PERUSIM) untuk mengambil sebarang tindakan sewajarnya.

“Identiti individu yang merakam dan menyebarkan video terbabit sudah dikenalpasti." -CARI
9

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-2-2019 11:43 AM
Sembahan hindu di mana mana
Quote minguk 7-2-2019 12:20 PM
dah kenapa buat sembahan dalam restoran muslim?
Quote iwansa 7-2-2019 12:44 PM
dalam 10 cakap 1 nombor, dalam hati aku ada apa aku cakap.. kikikiki
Quote shamsadis 7-2-2019 12:59 PM
boikot. next.
Quote kambinggila 7-2-2019 01:10 PM
boikot kenapa? musykil aku.. kalau tukang ngambik order tu bukan Islam, kena boikot ke?
Quote lee_sakura 7-2-2019 01:30 PM
plot twist sbb nk selamat kn tengkok masing....boikot je senang
Quote CharlesDera 7-2-2019 01:31 PM
bilo dah bankrap nanti buleh la buek kuil situ...itu yo kojo rantuang ko...wakakakakakakkaa
Quote armin 7-2-2019 01:37 PM
Sembah lepas pukul 12 malam? Membomoh ke apa? Tak reti balik rumah berubat ke kalau ye pun? Percayala sgt
Quote HannahMontana 7-2-2019 01:57 PM
Jangan makan kedai mamak , sebab rata2 pekerja mereka tukang masak Hindu.
Quote kucingitam 7-2-2019 03:44 PM
iwansa replied at 7-2-2019 12:44 PM
dalam 10 cakap 1 nombor, dalam hati aku ada apa aku cakap.. kikikiki

hahaha.....terbayang aku aci yang nyanyi lagu ni...

Quote zjen 7-2-2019 06:05 PM
susah la nak kasi restoren mamak semua tak wujud,   sbb bangsa deols mostly akan sokong wlpon agama lain

iols rasa pasal mamak mostly ada wat roti canai,  harga sekeping tak sampai 2 ringgit,  so ramai akan gi makan mender tu yg tak sampai 2 ringgit,   kat area iols budak ala ala penagih pun selalu kunjung kedai mamak makan roti canai,  Cina pon ramai,  sometime iols terasa jeles naper restoren Melayu x mampu tarik pelanggan dr pelbagai backgroud,  tapi apa boleh buat

wlpon dah ramai Melayu bangkit boikot mamak,   tapi deols masih ada customer,    sampai abang polis pon selalu masuk,   biasa nye deols order roti canai + teh tarik
Quote zjen 7-2-2019 06:07 PM
something lupa tambah .... org bangla dan paki ...  depa juga setia dgn kedai mamak
Quote Malaysia.Doom 7-2-2019 06:09 PM
so hindu tu kerja bahagian masak kari ke?
Quote Malaysia.Doom 7-2-2019 06:09 PM
so hindu tu kerja bahagian masak kari ke?
Quote Dwdrum 7-2-2019 06:47 PM
tauke muslim kan .....makanan di jamin halal kan ....
takut kenapa sekadar staff beritual jah ...bukan boleh buat ummah pergi kuil pun ! .......
Quote cm_matjawasp 7-2-2019 08:39 PM
zjen replied at 7-2-2019 06:05 PM
susah la nak kasi restoren mamak semua tak wujud,   sbb bangsa deols mostly akan sokong wlpon agama  ...

Sebab layanan mungkin.tempat aku pekerja mamak akan panggil "boss" kat pelanggan dia, sampai ke budak sekolah pun panggil "boss".rasa macam tuan le.
Quote awanearisu 7-2-2019 08:41 PM
Kalau setakat pekerja am, tak faham kenapa tak boleh ambil pekerja tempatan. Gaji murah sangat ke?
Quote Decaffeinated 7-2-2019 08:42 PM
minguk replied at 7-2-2019 12:20 PM
dah kenapa buat sembahan dalam restoran muslim?

pernah ada melayu sholat dlm meeting room negara kaper.

dorang semua tunggu quietly dlm meeting room yg sama.
Quote batmana 7-2-2019 10:21 PM
zjen replied at 7-2-2019 06:05 PM
susah la nak kasi restoren mamak semua tak wujud,   sbb bangsa deols mostly akan sokong wlpon agama  ...

Mengikut kajian..mamak masa uli tepung roti canai. Peluhnya byk dri org Melayu.
Jadi jatuhan peluh yg menitik ke tepung.tu menjadikan roti tu lebih sedap.

Tak percaya?sila buat eksperimen sendiri.
Sorg melayu sorg mamak
Pstu dua2 uli tepung masing2 masak jadi roti canai
Nescaya yg mamak tu lagi sedap





Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048515 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top