CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diserang Ketika Jogging, Lelaki Cekik Singa Sebesar 80 Pound Hingga Mati

19-2-2019 06:15 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5898| Komen: 42|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang lelaki yang sedang berjogging di denai West Ridge, Colorado mengalami detik cemas apabila diserang hendap oleh seekor singa gunung sebesar 80 pound (36kg). Lelaki itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan mencekik singa tersebut sehingga mati.



Kredit foto: Carian Google


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Taman dan Hidupan Liar Colorado, lelaki yang namanya dirahsiakan itu sedang melalui denai berdekatan pergunungan Mountain Open Space di Fort Collin apabila tiba-tiba mendengar bunyi di belakangnya.


Apabila dia menoleh, singa itu menerpa ke arahnya, kemudian menggigit muka dan lengannya. Lelaki itu yang tidak dapat melarikan diri membalas serangan tersebut dengan mencekik binatang itu hingga mati, tanpa menggunakan sebarang senjata, lapor CPW.



Kredit foto: Carian Google


'Dia tidak ada cara lain untuk menyelamatkan diri kecuali menyerang balas' kata Mark Leslie, pengurus Jabatan Taman dan Hidupan Liar Colorado. Lelaki itu cedera parah tetapi sempat meminta bantuan sebelum dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan. Beliau kini dilaporkan stabil.




Menurut Ty Petersburg, Pengurus Hidupan Liar di kawasan itu, singa gunung jarang menterang manusia kecuali merasa terancam. 'Singa itu mungkin ingatkan lelaki tersebut sesuatu ancaman' katanya lagi. Menurut rekod, hanya sekitar 20 serangan pernah berlaku di seluruh negara Amerika Syarikat.


Syabas kepada lelaki tersebut kerana berjaya menyelamatkan diri ketika berada dalam keadaan antara hidup dan mati. - CARI 
4

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kibodwatriuh 19-2-2019 06:18 PM
haritu sorang ayah gigit kaki buaya sampai buaya tu lari, harini ada yang cekik rimau gunung sampai mati. all i know, kalau aku berhadapan situasi ni aku memang mati kejung awal-awal lagi.
Quote Sang_Pencinta 19-2-2019 06:23 PM
Beraninya diorang ni

Tapi antara hidup dan mati kan?
Quote buapakperut 19-2-2019 06:23 PM
oh songa kecil saja
Quote najib888 19-2-2019 06:44 PM
Mountain Lion.. mmg badass la mamat ni..
Quote dess402 19-2-2019 07:00 PM
kibodwatriuh replied at 19-2-2019 06:18 PM
haritu sorang ayah gigit kaki buaya sampai buaya tu lari, harini ada yang cekik rimau gunung sampai  ...

kesian  ..
Quote Decaffeinated 19-2-2019 07:04 PM
lepas ni mamat ni akan menghadapi tuduhan membunuh tapi dibebaskan atas alasan self defence



Quote CiliPadiSedap 19-2-2019 07:26 PM
kalau kaka, kaka bawa wiskes bagi dia makan. xmahal mana RM 8.50 je..
Quote noraidil_06 19-2-2019 07:51 PM
{:cryrun hang ingat hanh tera
Quote newyork 19-2-2019 08:13 PM
Gila berani .. mmg tidak jadi lauk la kat singa tu..
Quote Nurul8001 19-2-2019 08:24 PM
CiliPadiSedap replied at 19-2-2019 07:26 PM
kalau kaka, kaka bawa wiskes bagi dia makan. xmahal mana RM 8.50 je..

Adoi bang cili, hahahha
Nak pulak binatang liar makan keropok keropok.
Kucing pun kadang kadang menolak
Quote matamata 19-2-2019 08:58 PM
Anak singa....yg dewasa 80-100kg
Quote hanakikan 19-2-2019 09:07 PM
mamat ni muka dia pun dah keluar sebab dia bagi statement lepas kena kecam pasal bunuh singa tu kat socmed. giler betul pakcik makcik bawang omputih ni. lg dasyat dr bawang rangers malaysia.
Quote mesmerize 19-2-2019 09:12 PM
mountain lion ni biasanya nampak orang dia lari.. penah tengok video sorang pompuan ni tengah jalan atas jambatan tiba2 mountain lion ni melintas laju.. dia nak lalu je
Quote lee_sakura 19-2-2019 09:21 PM
berani nya, berbaloi gak la serang balik & singa tu mati....kot dia plak yg mati, kenyang la singa tu
Quote Skuau 19-2-2019 09:53 PM
matamata replied at 19-2-2019 08:58 PM
Anak singa....yg dewasa 80-100kg

sian anak singa tu...mana la dia reti...muda lg..
Quote winamp05 19-2-2019 10:06 PM
CiliPadiSedap replied at 19-2-2019 07:26 PM
kalau kaka, kaka bawa wiskes bagi dia makan. xmahal mana RM 8.50 je..

hahaha comel
Quote matamata 19-2-2019 10:12 PM
Skuau replied at 19-2-2019 09:53 PM
sian anak singa tu...mana la dia reti...muda lg..

Yelah....sib baik tak jumpa mak singa...
Quote CiliPadiSedap 19-2-2019 10:24 PM
kibodwatriuh replied at 19-2-2019 06:18 PM
haritu sorang ayah gigit kaki buaya sampai buaya tu lari, harini ada yang cekik rimau gunung sampai  ...

Kulit buaya diperbuat daripada hernes lv bag mustahil boleh gigit
Quote munchkin 19-2-2019 11:41 PM
Kena cakar dek kucing pun aku dah menjerit meraung meraung

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049189 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top