Kemeriahan Tahun Baru Cina menjadikan ramai peniaga mengaut keuntungan dengan menjual barang-barang perhiasan berasaskan Tahun Babi. Bagaimanapun, sepasang suami isteri Melayu yang memilih untuk menjual patung babi menjadi cemuhan netizen kerana barangan jualan itu dikatakan tidak bersesuaian. Pasangan suami isteri dari Sabah, Adam Baderun dan Yuslina Badrum yang menjual patung khas tersebut beranggapan ianya tidak menggoyangkan akidah mereka dan hanyalah barang seni dagangan biasa. 'Ianya tidak menjadi isu di kalangan pembeli dan pengunjung gerai sepanjang kami menjual kerana hormat menghormati budaya kaum lain sudah menjadi kebiasaan di negeri ini' kata mereka berdua.
Bagaimanapun, perbuatan pasangan tersebut menjual patung babi dikecam keras oleh netizen yang mengatakan patung tersebut adalah najis, dan seolah-olah menggalakkan orang ramai menyentuh babi. Ada juga yang mengatakan rasa geli dan terasa ingin muntah melihat barangan jualan pasangan tersebut. Sebaliknya, ada juga golongan netizen yang menyokong pasangan itu dan menggesa netizen supaya membezakan patung dan babi sebenar. 'Pasangan itu tidak goyah iman mereka hanya kerana menjual patung babi' kata seorang penyokong mereka lagi. Susulan pertelingkahan yang kian panas antara kedua belah pihak, sebilangan mereka mengambil jalan tengah dan menggesa kedua belah pihak supaya bertanya kepada orang-orang yang berilmu sebelum menjatuhkan sebarang hukuman. Nak mencari rezeki pun menjadi persoalan netizen. Pasti serba salah pasangan suami isteri itu sekarang. - CARI |
8
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Megikari replied at 8-2-2019 11:30 AM
Pegang/jual patung babi haram uollssss.... Pegang awek/bopren takpe, dapat pahala sebab menjalinkan ...
ADVERTISEMENT