CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

#DoneClaim, Betul Ke Pelumba MotoGP Hafizh Syahrin Daftar Hak Cipta Trademark 'Bossku'?

9-2-2019 03:24 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8543| Komen: 27|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Susulan kemeriahan tagline atau slogan 'Bossku' yang kini sudah menjangkau banyak medium, terdapat ura-ura kononnya perkataan itu sudah dipohon sebagai cap dagang oleh Hafizh Syahrin iaitu pelumba MotoGP negara.



Kredit foto: Carian Google

Menurut seorang netizen, pelumba motor berkenaan telah memohon hak cipta tersebut sejak 30 Ogos tahun lalu kepada Perbadananan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO. 


Kredit foto: Facebook

Sebelum ini, perkataan yang dikatakan bermula di negeri Sabah itu telah digunapakai secara meluas dalam filem (Paskal), slogan ahli politik (Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dan acara-acara hiburan tempatan.


Kredit foto: Carian Google


Kredit foto: Carian Google

Susulan berita berkenaan, permohonan tersebut yang mula disebarkan di laman BeautifulNara, netizen mengecamnya sebagai tidak berpatutan disebabkan frasa dan slogan tersebut telah menjadi kebiasaan sejak berpuluh tahun lagi. 


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Antara komen netizen termasuklah menyamakan perbuatan tersebut dengan warganegara jiran yang suka menuntut hak pemilikan terhadap sesuatu budaya yang mempunyai persamaan dengan mereka menggunakan tanda pagar #doneclaim.


Kredit foto: Facebook

Bagaimanapun, terdapat juga peminat Hafizh Syahrin yang menerangkan bahawa pelumba itu menggunakan nombor plat 55 dalam perlumbaan. Jadi, beliau telah memohon untuk cop dagang 'Bo55ku' dan bukannya 'Bossku' seperti yang disebarkan. 

Pun begitu, dalam dokumen permohonan yang didaftarkan kelihatan seperti 'Bossku'.


Kredit foto: Carian Google

Menurut semakan Borneo Netizen pula, pelumba itu mendaftarkan kedua-dua tagline BOSSKU dan BO55KU. 


Kredit Foto: Facebook
 
Sekiranya permohonan Hafizh diluluskan, orang ramai tidak lagi sewenang-wenangnya menggunakan slogan atau frasa tersebut terutamanya dalam percetakan atau perniagaan. 

Tindakan mahkamah boleh diambil bagi mana-mana pihak yang menggunakannya jika didapati melanggar undang-undang tersebut.


Apa pendapat anda? Wajarkan slogan popular ini didaftarkan oleh individu untuk tujuan perniagaan? - CARI
10

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 9-2-2019 03:43 PM
Pprtnya kau

Dlu org sapot kau
Even pakai sticker, moto color scheme, topi bkn ori mcm merchandise dari kau
Tapi still sapot kau. Tp kau maki org y beli xori

Kau patut syukur org sokong kau. Nk ikutkn performance rider2 kau xterer mana pun
Just guna nama rookie nk cover xterer kau tu je

Skg nk register bossku? Gi matey
Quote Sang_Pencinta 9-2-2019 03:49 PM
Mantan PM Najib pun kalah ni

Tak boleh pakai sewenang-wenangnya lagi kalau lulus
Quote buapakperut 9-2-2019 04:16 PM
peguam cap apa nk tolong legal advice dia ni.. bossku bodoh pun nk daftar myipo. bende dah basi dia pulak terhegeh2
Quote matbad 9-2-2019 04:17 PM
Aku dok fikir nak claim apa yaaa
Quote armin 9-2-2019 05:34 PM
Rempit sgt bosku ni
Quote armin 9-2-2019 05:35 PM
Mat rempit yg selalu ckp bosku mengendeng dgn najib tu aku rasa nak lempang je. Dah la suara annoying nak mampos
Quote pokaibanktokyo 9-2-2019 06:34 PM
Sakit otak la siapapun yang hadap bossku bossku itu semua
Quote belilies 9-2-2019 07:40 PM
Iols rather biarkan dia ni claim tm bossku drp si nazibun. Tagline tu dh biasa di kalangan sabahan kot.. apehal sibudu najibi claim it like it's exclusively owned by him?
Quote salmon-suki 9-2-2019 07:45 PM
Same mcm y cainis y patternkan term "shellout" tu laa..kebodohan y amat for both parties,y memohon dan y meluluskan..{:nose
Quote Sang_Pencinta 9-2-2019 07:58 PM
Have to give prop to PM Najib

Sebelum ni hanya Sabahan dan mat rempit yg tahu tag tu

Beliaulah yg perkenalkan seantero dunia
Quote winamp05 9-2-2019 09:06 PM
ini semua duitttt
Quote mizzmimi 9-2-2019 11:44 PM
Apoo.. Gini pun nak trademark ka.. Bersepah dah orang print kat tshirt.. Kat pasar malam belambak jual..

Teringat jayz ngan beyonce nak register trademark nama anak diorang. Berjaya tak ek?
Quote mizzmimi 9-2-2019 11:44 PM
Apoo.. Gini pun nak trademark ka.. Bersepah dah orang print kat tshirt.. Kat pasar malam belambak jual..

Teringat jayz ngan beyonce nak register trademark nama anak diorang. Berjaya tak ek?
Quote chicozinn 9-2-2019 11:48 PM
Xtau plak dy ni da lama guna bo55ku ni??nmpak sgt aku tau tme pokjib sebut2 je..hehe
Quote Orix 10-2-2019 01:17 AM
Ummah pprt n tak educated jah yg selalu guna bosskur bosskur ni. Plg ramai pn ummah rempit yg guna
Quote MadameOnion 10-2-2019 07:09 AM
Sebelum ni aku tak kenal pun dia ni sapa..nasib baik la najib femeskan bossku bossku ni tau la kewujudan dia..tu pun sbb nak claim bossku bossku..
Quote otai_g 10-2-2019 09:33 AM
Patut la jd pelumba moto je. Kurang akal rupanya.

Quote RatuDunia94 10-2-2019 11:04 AM
Ala benda2 gini sekejap je.. tagline2 mcm ni bermusim. Sehari dua lg sendu la..
Quote Nadine30011990 10-2-2019 05:32 PM
Lorh.. netizen dh tlg fofularkan pon mau bising2 kasi trademarks pulokkk

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040918 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top