CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

10 Fakta Menarik Lagu Berhantu Sepanjang Zaman, Bohemian Rhapsody

18-2-2019 04:01 PM| Diterbitkan: al-tapahi87| Dilihat: 5332| Komen: 17|Original author: Oleh: Amshar Sofyan

Lagu berhantu dari band legenda British, Queen, ini telah berusia 44 tahun semenjak ia diterbitkan pertama kali pada 31 Oktober 1975. Tajuk lagu legenda ini juga telah dijadikan tajuk filem biografi vokalis Queen, Freddie Mercury.  Walaupun mengundang pelbagai reaksi sewaktu diperdengarkan kepada pendengar pra-dengar,  lagu ini berjaya menduduki tangga pertama carta lagu United Kingdom pada tahun 1976. 


Malah, lagu ini berada di tempat ketiga single paling laris di UK sepanjang zaman di belakang lagu Candle in the Wind oleh Elton John, dan lagu Do They Its Christmas oleh Band Aid. 


Cukup dengan pengenalan tentang kejayaan lagu yang juga dikenali sebagai Bo-Rhap di kalangan peminat Queen ini, jom kita baca 10 fakta tentang lagu Bohemian Rhapsody ini.



1.Freddie Mercury mula menulisnya pada tahun 1968. Lagu ini mula ditulis oleh Freddy semasa belajar di Kolej Ealing Art di London. Lirik pertama yang ditulis ialah Mama, just killed a man tanpa melodi. Dia sedang memikirkan tentang Old West semasa menulis lirik, jadi dia menamakan lirik yang belum selesai pada waktu itu sebagai The Cowboy Song.


2.Bohemian Rhapsody menduduki tempat pertama carta UK Single Chart selama 9 minggu berturut-turut sehingga penghujung tahun 1975.


3. Scaramouche yang disebut di dalam lirik lagu ini adalah watak dalam komik Dell Arte, badut yang selalu berjaya terlepas dari situasi sukar.  Badut ini seringkali menemukan penyelesaian kepada situasi sulit, tapi dengan mengorbankan orang lain.


4. Lagu ini diperdengarkan buat pertama kalinya di radio oleh pelakon komedi Kenny Everett, yang juga seorang DJ di Capital Radio. Pada mulanya dia merasakan durasi lagu itu terlalu panjang, tetapi setelah mendengarnya pada kali pertama, lagu ia terus mencuri hatinya.


5. EMI pada mulanya cuba untuk memotong durasi lagu ini ke durasi yang lebih pendek. Tapi dibantah keras oleh Queen. Kekalkan durasinya atau tidak menerbitkannya sama sekali, itu kata dua yang pernah diberikan oleh Roger Taylor, drummer kumpulan Queen.


Foto: Carian internet


6. 70 jam diperlukan untuk menghasilkan bahagian opera pada lagu ini.


7. Freddie Mercury menulis lagu ini pada buku telefon dan kepingan-kepingan kertas, menyukarkan anggota Queen yang lain untuk memahami lagu ini pada mulanya.


8.180 overdub diperlukan untuk menyiapkan lagu. 180 overdub adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Tapi berbaloi kerana lagu ini menjadi hit sepanjang zaman.


9. Lagu ini diterbitkan semula dalam album These Are The Days of Our Lives  setelah kematian Freddie Mercury pada 1991. Ia berjaya mencipta satu lagi fenomena dan menduduki carta pertama pada waktu  itu.


10.Persoalan paling penting yang sering ditimbulkan pendengar, apakah makna lagu ini? Jawapan penciptanya, Freddie Mercury, ia boleh jadi apa-apa saja, terpulang kepada anda". - CARI 

8

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 18-2-2019 04:21 PM
Antara lagu paling fav.
Quote iloveyou 18-2-2019 04:29 PM
x boring dgr selalu.
Quote supernaturalee 18-2-2019 04:35 PM
so...sape2 blh bg sinopsis
atau ape sj yg  korang faham ttg lagu bo-rhap ni


eh...mcm xsedap je bunyi singkatan tu
seriously, queen's fan?

Quote 234126 18-2-2019 04:47 PM
intro dia sangat panjang. tapi lama2 dengar its not that rengsa anymore hahaha. iol suka bila start mama part tu. Sedap lagu ni. Freddie betul2 music genius. We will rock u, budak zaman 80-90’s mana yg tak penah dengar? Even ke ceruk2 kampung pun tahu
Quote ikinbest 18-2-2019 04:51 PM
iols ulang tengok bohemian rhapsody dekat 10x ... feeling sangat movie ni.. abam fredie genius musik yg jarang ada ..
Quote meisapoya 18-2-2019 05:55 PM
Kalau queen, suka layan i want to break free.
Quote Victorioussss 18-2-2019 10:23 PM
supernaturalee: so...sape2 blh bg sinopsisatau ape sj yg  korang faham ttg lagu bo-rhap nieh...mcm xsedap je bunyi singkatan tuseriously, queen's fan?


Bismillah!
Bismillah!

Antara lirik dia
Quote RatuDunia94 18-2-2019 10:28 PM
Dan bbnu pon acah2 minat Queen walopun hanya kenal 1 lagu Bho-Rap ni jah..
Quote dani-rox 19-2-2019 12:20 AM
Sebenarnya populariti lagu Bohemian Rhapsody dah sendu, tp dihidupkan semula pd era 90an apabila filem "Wayne's World" mainkannya dlm scene kereta yg ikonik.

[youtube]thyJOnasHVE[/youtube]

Quote MadameOnion 19-2-2019 10:22 AM
somebody to love adalah lagu wajib karok
Quote kisahkeaku 19-2-2019 02:52 PM
my kids suka part gallileooooo...gallileooooooo.....semua menyanyi style opera dah

but personally akak suka dont stop me now nyanyi sambil bawak keta.oh feeling!!! killer queen pun layan.
Quote jeligoreng 21-2-2019 10:36 AM
kisahkeaku replied at 19-2-2019 02:52 PM
my kids suka part gallileooooo...gallileooooooo.....semua menyanyi style opera dah

but persona ...

Galileo tu siapa tak sing along memang i tak tau lah nak kata apa haha! I suka this song, the movie is good and I paling suka yang rock part dalam lagu ni "so you think you can spit in my eye"~~
I pun suka lagu-lagu you mention tu and radio gaga, another bites the dust, somebody to love, we are the champion, we will rock you argggghhhhh bestttttttttttttt

Quote taji2906 22-2-2019 10:25 AM
aku suka lagu Another one bites the dust...
lagu ni aku pasang bila workout, jogging.. fuhh... mcm ada energy balik dgr lagu n lirik dia..
Quote alesandra 25-2-2019 01:41 PM
penah baca.. hanya queen member saja tahu lagu neh pasal apa.ramai speku lagu neh pasal freddie open up psl sexualiti tapi manager diorg pun denied.queen member pun sgt protective dan berhati-hati kalu berckp psl lagu neh.kalau pasal sexual orientation dia tak payah beriya nafi sgt la sampai skrg la.aku punya interpretation lagu neh memula ..ada kena mengena dgn chillhood dia.satu tragedi telah berlaku tapi tak tau apa dia.bila aku tgk filem BR aku dapat rase awkwardness dan tense antara dia dgn bapk dia.biasanya ank2 mmg rebel terhadap parents.tapi  freddie ngn bapak dia lain mcm je.


aku speku dia penah kena sexual abused oleh family member ..mungkin bapak dia.the last part of the song mcm nak kata' aku penah kena betrayed oleh  org yg sepatutnya sayang dan protect aku'tapi aku survived.so ko pun  nak tinggalkan  aku?'mungkin part tu ditujukan pada acik mary atau  gay lover dia masa tu.mungkin la..mungkin...aku speku je.
Quote Juju89 6-3-2019 04:40 PM
setiap lagu ada nostalgia dia tersendiri.
Quote BoLapciOus 17-3-2019 05:33 PM
Start suka the queen bila dgr lagu i was born to love u tu haaa..baru start we will rock u n we r the champion..suka tgk iv dia..sejenis klako gak orgnye
Quote noell 17-3-2019 08:59 PM
Fakta No. 11

Lagu ini telah diban dek radio malaya sampai sekarang sebab ada perkataan Bismillah


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.307240 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top