Satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai haiwan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu lebih kurang jam 7.05 malam. Tiga lelaki yang memakai topi keledar berjaya membawa lari dua ekor kucing 'British short hair’ yang harganya RM2,800 dan seekor Persian, RM400.
mStar Online melaporkan, ketika kejadian, salah seorang mangsa yang merupakan pekerja di Neko Catrus berkata, “Masih terngiang-ngiang di kepala teringat jeritan kucing kesakitan yang disumbat dalam beg.”
Seorang lagi pekerja yang dikenali sebagai adrah Aqilah Ahmad Nazim, 21, memberitahu ketika itu dia dan tiga lagi staf sedang berborak mengenai pelanggan mereka. “Rakan sekerja saya, Zira seperti sudah rasa ada sesuatu yang tak kena apabila melihat beberapa remaja lelaki datang (pakai topi keledar) cuba masuk. “Staf lelaki (Len) cuba halang pintu dan menyuruh kami lari selamatkan diri. Namun pintu ditolak agak kuat hingga dia terpaksa melarikan diri ke belakang. “Dua lagi perompak terjah masuk dah siap bawa beg kucing. Lelaki pertama terus ke kaunter tempat saya berdiri. Dia acukan parang ke arah saya menyuruh buka kotak duit. “Saya memang ‘blur’ ketika itu. Langsung tak terfikir nak larikan diri. “Saya terus beri kepadanya (bekas duit)dan lari ke belakang. Masa tu saya sempat tutup muka sebab tak bagi dia cam muka saya. “Saya yakin mereka orang tempatan kerana dengar suaranya menyuruh ‘buka’ langsung tidak pelat." Menurutnya lagi ketika memang sunyi dan tiada sesiapa berada berdekatan untuk diminta tolong. “Kami buka pintu gril di belakang menjerit minta tolong. Kedai di sebelah premis saya kiri kanan memang kosong. Jadi kawasan itu agak sunyi sedikit. “Saya cuba hubungi 999 tetapi terlupa alamat penuh kedai. Lepas kejadian barulah saya hubungi balik dan bagi alamat penuh." Selain itu nilai wang tunai yang dirompak berjumlah RM2300. Seorang lagi pekerja Nadrah memberitahu, “Sebelum ini Mei tahun lalu ada kejadian curi kucing, tetapi milik pekerja di sini dan kucing tempatan sahaja. “Selepas itu, Disember lalu, saya yakin orang yang sama juga datang menyamar jadi pelanggan dan terus ke belakang nak ambil kucing. Tapi masa tu kami sempat melarangnya. “Saya syak memang mereka sasar nak curi kucing. Mereka dah siap bawa beg kucing. “Saya memang sedih fikirkan kucing itu kerana saya jaga, bagi makan kedua-duanya. Yang seekor tu (british short hair) memang penakut. “Saya masih teringat kucing tu menjerit ketakutan ketika mereka sumbat dalam beg. Saya sangat marah, geram. “Saya harap kucing-kucing itu selamat. Tak tahu nak fikir apa sebab mereka memang dijaga rapi di sini." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|