SEREMBAN – “Saya sudah menyesal dengan perbuatan dilakukan. Sepanjang bulan Ramadan lalu, saya berpuasa penuh dan tidak pernah meninggalkan sembahyang dan saya merayu agar mahkamah mempertimbangkan hukuman di atas kesalahan pertama yang dilakukan,” kata tertuduh, Muhammad Sombhas Abdullah, 49, yang merayu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Zaky Mohammad ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban dekat sini, lewat petang kelmarin. Dalam prosiding tersebut, pengamal perubatan Islam yang berhadapan dengan tiga tuduhan melakukan upacara nikah batin yang berlawanan dengan hukum syarak dan menghina al-Quran di sebuah rumah di Kampung LBJ, 17 September 2012 itu, menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah di atas kesemua tuduhan ke atasnya. Muhammad Sombhas sewaktu dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 10 Oktober tahun lepas atas pertuduhan mengamalkan nikah batin. Hakim Syarie, Abu Zaky yang mendengar pengakuan bersalah tertuduh kemudiannya menetapkan hukuman setahun penjara sejak tarikh ditangkap terhadap tertuduh setelah mengambil kira rayuan yang dikemukakan. Bagaimanapun, Muhammad Sombhas yang hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban dengan memakai baju tahanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) dibebaskan serta merta berikutan tempoh penahanannya sudah tamat. Sebelum ini, tertuduh ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, atas tiga pertuduhan iaitu mempermainkan, mengajuk atau mengejek amalan atau upacara berkaitan agama Islam dan perjalanan mazhab yang muktabar dengan menjalankan upacara pernikahan batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Kampung LBJ pada 17 September lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mempermainkan, mencela, mengejek-ejek dan menghina ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan senaskhah al-Quran di dalam pernikahan yang dilangsungkan bertentangan dengan syarak dan meletakkan kitab suci tersebut di atas lantai semasa melakukan pernikahan itu di lokasi dan tarikh yang sama. Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 49 Enakmen yang sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara selama tiga tahun. Manakala, pertuduhan ketiga, Muhammad Sombhas turut didakwa menjalankan upacara pernikahan yang berlawanan dengan hukum syarak dengan wanita terbabit di lokasi dan tarikh yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen yang sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara selama tiga tahun. Prosiding kes turut dihadiri isteri tertuduh. Tertuduh yang kelihatan kurus diwakili peguam, Hanif Hassan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarie, Salmi Amalia Jamil. Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah, Muhammad Sombhas turut menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah atas tuduhan memikat seorang wanita dengan niat untuk melakukan persetubuhan haram. Tertuduh yang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Hamizan Mohd Nor. Hamizan yang turut mengambil kira rayuan tertuduh kemudiannya memutuskan hukuman setahun penjara sejak tarikh ditangkap.
|
blackred99 posted on 20-9-2013 10:19 AM
kampung LBJ ni same ke dgn Felda Lyndon B Johnson yg jutawan segera tu?
ADVERTISEMENT