Kuala Lumpur: “Ini negara Malaysia, bukan negara asing. Jika ada pemilik premis yang masih berdegil menggunakan bahasa asing, kita akan ambil tindakan. Tiada lagi kompromi,” itu antara amaran dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sewaktu Operasi Penurunan Iklan Bahasa Asing Siri 3, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonominya, Datuk Mohd Amin Nordin berkata, kebanyakan premis di sekitar Jalan Silang dan Lebuh Pudu menggunakan papan iklan yang tidak mengikut garis panduan ditetapkan pihaknya apabila tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan menggunakan tulisan asing yang tidak difahami rakyat Malaysia. “Mulai sekarang, papan iklan yang menggunakan tulisan asing akan diturunkan. Pemilik premis juga perlu memastikan tulisan bahasa Melayu lebih besar daripada tulisan bahasa lain,” katanya. Jelasnya, tulisan bahasa lain yang dimaksudkan tulisan boleh difahami seperti bahasa Inggeris dan bukannya tulisan dari negara lain seperti Myanmar dan Nepal.
Difahamkan, DBKL sudah mengeluarkan amaran kepada pemilik premis untuk menurunkan iklan berkaitan sejak seminggu lalu, tetapi tidak diendahkan. ANGGOTA DBKL menurunkan papan iklan mengandungi tulisan bahasa asing, semalam. |
2
Bagus |
4
Marah |
1
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura posted on 20-9-2013 10:58 AM
...yang ni besar gedabak sign bahasa Inggeris nya, jarak 5km pun boley nampak, so bila DBKL nak turo ...
pyropura posted on 20-9-2013 10:58 AM
...yang ni besar gedabak sign bahasa Inggeris nya, jarak 5km pun boley nampak, so bila DBKL nak turo ...
ADVERTISEMENT