CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sekitar Reunion Akademi AF1 Yang Bikin Nostalgia, Gamit Kenangan 16 Tahun Lalu

31-1-2019 12:15 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 24612| Komen: 144|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Setelah lebih 16 tahun rancangan realiti Akademi Fantasi berlangsung, siri pertama AF1 masih terpahat dalam sejarah sebagai rancangan paling popular dan meninggalkan kesan bukan sahaja kepada para 'pe ...
Setelah lebih 16 tahun rancangan realiti Akademi Fantasi berlangsung, siri pertama AF1 masih terpahat dalam sejarah sebagai rancangan paling popular dan meninggalkan kesan bukan sahaja kepada para 'pelajarnya' tetapi juga kepada penonton.



Kredit foto: Instagram
Walaupun kesemua peserta AF1 telah memilih haluan masung-masing tetapi nampaknya keakraban mereka masih lagi terjalin erat. Minggu lalu, peserta siri tersebut telah mengadakan satu reunion bersama-sama dengan penerbit, kru, hos dan pasukan yang pernah terlibat sama.



Kredit foto: Instagram
Gambar-gambar reunion yang dimuat naik oleh salah seorang peserta Vince telah mengundang nostalgia kepada penonton yang membesar dengan siri itu. 

Bayangkan, 16 tahun yang berlalu bukanlah tempoh yang singkat. Dahulunya penonton masih di bangku sekolah, kini telah menggendong anak sendiri.  Demikian juga dengan bintang AF1. 


Kredit foto: Instagram
Antara yang hadir termasuklah Juaranya, Vince Chong, Atie, Adifashla, Nana, Sahri, Khai, Rosma dan pengacaranya Aznil Hj. Nawani. Turut sama termasuklah pengkritik Ramli MS dan Kudsia Kahar, penggiat seni Badrul Hashim dan wartawan dan pengulas seni Sultan Muzaffar. Menurut Vince, majlis reunion tertutup itu dianjurkan oleh orang kuat Astro, Rozina Aziz.

Memetik status Vince, beliau mengatakan baginya AF1 masih lagi musim yang terbaik dan betul-betul fenomena. Beliau turut berterima kasih kepada Astro kerana memperkenalkan konsep realiti TV yang masih lagi asing pada ketika itu.

Kredit foto: Instagram
Kata-kata Vince itu turut dipersetujui Badrul dan Atie yang mengatakan ketika itulah para peserta betul-betul jujur dan lurus. 


Kredit foto: Instagram
Tidak ketinggalan para peminat yang bernostalgia dan mengatakan AF1 membawa banyak kenangan manis bagi mereka. Ketika itu sanggup berhabis banyak wang ringgit untuk menyokong peserta kesayangan masing-masing.


Kredit foto: Instagram
Walau bagaimanapun, beberapa orang peserta seperti Azizi, Nija, Liza dan Burn tidak kelihatan mengundang pertanyaan; adakah mereka tidak mahu lagi muncul di khalayak ramai? 

Selain itu ada juga yang membuat spekulasi mungkinkah ada program khas yang bakal menemukan kembali peserta asal AF selepas reunion pada tahun 2017 kerana pertemuan ini kembali dianjurkan oleh orang kuat Astro?

Kredit foto: Utusan
Bagi peminat asal, sudah pasti ramai yang ternanti-nanti. Bagaimana pula dengan anda? -CARI
11

Bagus
8

Marah
14

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 31-1-2019 12:19 PM
Ya Allah memori sungguh.fenomena nih.aku siap beli vc dorang
Quote putehkundor 31-1-2019 12:23 PM
yang depan perut boncit dah atok2 dah rupanya
Quote putehkundor 31-1-2019 12:25 PM
yg paling depan perut boncit tu dah atok2 dah rupanya
Quote shernazz 31-1-2019 12:26 PM
Mmg wei.
Masa iols form 4 tu...dahnla.dok hostel
Bila balik..terus nak tgk
Mak.iols siap nanges nanges okeh bila.peserta tersingkir..
Hampeh btol
Quote haruslah 31-1-2019 12:26 PM
aku rasa af2 paling best
tp masa ni diorg da start 'belakon'

af1 sume masih baru, x reti lg
Quote cmf_premierleag 31-1-2019 12:30 PM
plg best mmg AF1
ms rosmah terkeluar mmg fenomena sungguh masa tu
Quote stania83 31-1-2019 12:40 PM
Burn tak DE?
Quote DeeHanania 31-1-2019 12:40 PM
Edited by DeeHanania at 31-1-2019 09:42 PM

memori sungguh,
AF1,AF2 &AF3satu ketika dulu
Akademi Fantasiaaaa
Quote Sang_Pencinta 31-1-2019 12:52 PM
shernazz replied at 31-1-2019 12:26 PM
Mmg wei.
Masa iols form 4 tu...dahnla.dok hostel
Bila balik..terus nak tgk

Memang real lah nangis masa ni

Especially masa Atie ke sapa tu tarik beg
Quote Kfsyaaa 31-1-2019 12:52 PM
AF 1 best tiap minggu balik kg nk tgk konsert, tak puas hati betul bila rosma tersingkir. Sebelum af2 start suruh ayah pasang astro tp klu ingat balik mmg ramai org pasang astro sebab AF
Quote Sang_Pencinta 31-1-2019 12:54 PM
helicornia replied at 31-1-2019 12:19 PM
Ya Allah memori sungguh.fenomena nih.aku siap beli vc dorang

Adik aku siap panjat bukit nak undi sebab line telefon tak clear lol
Quote Orix 31-1-2019 01:04 PM
Kfsyaaa replied at 31-1-2019 12:52 PM
AF 1 best tiap minggu balik kg nk tgk konsert, tak puas hati betul bila rosma tersingkir. Sebelum af ...

betul2.... mse dlu mmg ramai psg astro sebab AF zaman2 tahun 2003-2004......... tp for me AF2 plg best... AF1 kedua plg best, tringat Nija yg jiwa rock tp takut kucing
Quote Sang_Pencinta 31-1-2019 01:07 PM
Orix replied at 31-1-2019 01:04 PM
betul2.... mse dlu mmg ramai psg astro sebab AF zaman2 tahun 2003-2004......... tp for me AF2 plg  ...

Kualiti persembahan AF2 lebih bagus
Tapi dr segi daya tarik penonton, drama dan telatah pelajar, AF1 lebih bagus for me
Quote sleepandream 31-1-2019 01:13 PM
cmf_premierleag replied at 31-1-2019 12:30 PM
plg best mmg AF1
ms rosmah terkeluar mmg fenomena sungguh masa tu

plg best bagi iols as a whole AF2.. dengan kontroversi afmasuk lah, pasal Mas satay lagi... kisah cintun zarina lagi...AF1 start panas pun lepas rosma terkeluar... kononnya suara sheols berbakat sgt walaupun suara klon siti sangat masa tu


Quote shernazz 31-1-2019 01:21 PM
Sang_Pencinta replied at 31-1-2019 12:52 PM
Memang real lah nangis masa ni

Especially masa Atie ke sapa tu tarik beg

Ya lor..masa atie tu mmg nostalgia
Hahaha
Masa tu naif sgt pasal ship nana n burn..vince n liza...
Alahai..paling lawak masa nana nak.ngumpat ke apa..dia sembang dgn burn melalui tulis kat buku..hahaha
Quote shernazz 31-1-2019 01:22 PM
Orix replied at 31-1-2019 01:04 PM
betul2.... mse dlu mmg ramai psg astro sebab AF zaman2 tahun 2003-2004......... tp for me AF2 plg  ...

Adakah uols teringat anding pegang keychain sambil nanges teresak esak me genangkan edlin tersingkir ..hahaha
Quote Orix 31-1-2019 01:24 PM
Sang_Pencinta replied at 31-1-2019 01:07 PM
Kualiti persembahan AF2 lebih bagus
Tapi dr segi daya tarik penonton, drama dan telatah pelajar,  ...

iols tetap rasa AF2 lagi bagus dan fenomena... Drama AF2 lagi byak kot.... Linda terkeluar, Mas AF ramai tak sangka dia ibu tunggal, Ramli MS naik hantu baling2 pen, Adam nangis2 takleh terima kena nyanyi lagu apa tah, Farah breep2 suka layan Jonny n Jenny, Zahid tersipu2 Misha Omar dtg..

AF1 dlu kalo diari iols obses dengan Nemo kucing Khai tu   AF1 iols igt drama Nana kena marah ngn cikgu ct hajar pehtu nangis masa nyanyi lagu mehah n drama Khai n Rosma jah

Tapi mmg AF1 mmg peserta dia semua natural dan tak fake
Quote cmf_premierleag 31-1-2019 01:25 PM
sleepandream replied at 31-1-2019 01:13 PM
plg best bagi iols as a whole AF2.. dengan kontroversi afmasuk lah, pasal Mas satay lagi... kisah  ...

AF2 pun best gak
plg hot ms tok ram baling pen kat mas
Quote Orix 31-1-2019 01:26 PM
shernazz replied at 31-1-2019 01:22 PM
Adakah uols teringat anding pegang keychain sambil nanges teresak esak me genangkan edlin tersingk ...

tu pun igt jugak... masa AF1 dlu kalo pelajar tersingkir mmg terasa betul sedihnya tu...... AF2 pn sedih.... tapi start AF3 mcm takde feeling sgat dah.....

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.192367 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top