Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM2500 kepada seorang pendakwah bebas kerana berkhalwat dengan pelajarnya. Pendakwah bebas yang popular dengan panggilan Ayah Lie itu dipercayai berkhalwat dengan pelajarnya di dalam kereta di Taman Pulau Warisan.
Sinar Harian melaporkan, Ayah Lie juga berdepan dengan hukuman tiga minggu penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Pendakwah berusia 53 tahun dan berstatus duda ini mengaku bersalah berkhalwat dengan pelajarnya berusia 38 tahun di dalam kereta di kawasan parkir Tambakan Taman Pulau Warisan kira-kira jam 11.15 malam pada 28 Oktober tahun lepas. Menurut sumber, ketika ditahan, wanita tersebut berada di kerusi pemandu dan baring di atas peha lelaki tersebut yang ketika itu duduk di tempat penumpang hadapan.
Ketika diserbu, wanita tersebut bangun manakal lelaki menarik zip seluarnya ke atas. Wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan yang turut mengaku salah atas pertuduhan sama dikenakan denda RM2,000 atau dua minggu penjara, jika gagal menjelaskan denda. Pasangan ini mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat. Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Azlan Md Noor dihadapan Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof. Mohd Fakhruddin meluahkan rasa kesalnya dengan perbuatan dilakukan tertuduh kerana dia merupakan seorang ulamak, yang mengajar kitab-kitab turath. "Sepatutnya kamu lebih tahu tentang halal dan haram serta dosa dan pahala kerana kamu seorang yang disegani masyarakat dan antara tenaga pengajar agama tersohor di tempat kamu. "Tetapi amat menyedihkan, kamu sanggup mengambil kesempatan ke atas pelajar sendiri yang ingin menuntut ilmu agama difahamkan disediakan secara percuma oleh kamu kononnya ingin menarik minat pemuda-pemudi di tempat kamu untuk belajar agama." -CARI
|
pokaibanktokyo replied at 29-1-2019 02:17 PM
Tunjuk muka la bodoh
pokaibanktokyo replied at 29-1-2019 02:17 PM
Tunjuk muka la bodoh
FOTHER-MUCKER replied at 30-1-2019 06:24 AM
Gambat dia orang sedang beramas mesra dalam kereta.
hird replied at 30-1-2019 06:56 AM
aiikk, dah tak ada hukuman sebat ka? Sila SEBAT!..
Bedah.Cun replied at 30-1-2019 07:26 AM
Tengah nak blowjob ker?
dodolgemok replied at 30-1-2019 07:31 AM
Hudud lah. Kena hudud rejam. @dinopower2
ADVERTISEMENT