Setelah mendapat sambutan menggalakkan, maka sekali lagi dihidangkan bebenang khas yang mengkompilasikan pergaduhan sesama artis. Jika thread sebeleum ini, pergaduhan berdasarkan bermula sebagai kawan tetapi kemudiannya menjadi musuh kerana beberapa isu tertentu, kali ini adalah berpunca dari pergaduhan mulut. Mengambil kompilasi daripada pengulas industri hiburan sosial media, Jefri Aduba menyenaraikan 11 insiden membabitkan artis bergaduh kerana perang mulut. Tetapi, kami mengambil 7 pergaduhan sahaja bagi mengimbangi cerita sebelum ini. Menggelarkan nama tragedi ini ialah Kerana Mulut Badan Binasa atau nama glamournya "KemutBisa" agak ironi dengan artis-artis yang akan dipaparkan di bawah dan kita mulakan dengan tempat ke-7.
Menyenaraikan pergaduhan antara Sheila Rusli dengan Raja Azura bermula dengan pelbagai teori, antaranya ialah apabila Sheila mengatakan Kak Engku pengotor, maka Kak Engku sentap ditegur dan juga berkenaan isu sebagai hos program Melodi. Biarpun sudah lama, mereka tiada projek bersama membuatkan ramai netizen berasa mereka masih belum berbaik. Seterusnya menduduki tempat ke-6 ialah pergaduhan antara Azwan Ali dengan Adibah yang berperang mulut menerusi media sosial. Walaupun pada mulanya Adibah seperti 'bolayan' tetapi Azwan terus-terusan memprovokasi hingga ada kenyataan "lahirkan anak haram' yang sangat keterlaluan membuatkan Adibah membalasnya.
Umum tahu yang Fasha Sandha adalah artis sangat berdisiplin. Jadi, apabila Iqram Dinzly datang lambat ke tempat penggambaran, Fasha bengang, namun isu tersebut tidak berpanjangan. Hinggalah apabila Iqram membuat kenyataan bidas yang kononnya Fasha sangat entah apa-apa membuatkan Fasha berasa terpukul lalu berlaku perang mulut. Carta ke-4 KemutBisa adalah antara Ifa Radziah dengan Safura. Ia bermula apabila Ifa menuduh ada artis yang menyihirkannya dan dalam masa sama, menuju ke arah Safura. Hal ini membuatkan Safura tidak berpuas hati lalu menyama Ifa tetapi Safura kalah dan perlu membayar kos mahkamah kepada Ifa. Bagaimanapun Safura tidak membayarnya hingga Ifa bising tetapi lama kelamaan mereka dilihat bermaafan. Sekali lagi Ifa menjadi artis kaki gaduh. Kali ini bersama Roslan Shah yang didakwa mendedahkan banyak rahsia mengenai Ifa di FB Live. Lantaran itu Ifa membalasnya lagi dan tidak berkesudahan antara mereka. Tempat kedua adalah pergaduhan antara Amyza Aznan VS Didi Alias. Amyza mula rasa tidak sihat untuk bekerja lalu didiagnosis terkena sihir dengan 'clue' ke arah Didi. Namun, sekarang mereka sudah berbaik hingga dikatakan kononnya gimik semata-mata. Dan inilah dia Juara pergaduhan dalam kalangan artis iaitu Anzalna dan Neelofa. Pelbagai isu didakwa bermula ketika Dewi Remaja lagi, membuatkan akhbar ketika itu memaparkan isu pergaduhan antara berita yang laris di dada akhbar. Ternyata pergaduhan sesama artis berpunca dari perang mulut memang boleh tahan juga. Ada dua impak yang boleh didapati dari pergaduhan ini sama ada ia boleh menaikkan nama artis yang sendu atau sebaliknya, memadamkan karier artis tersebut dari dunia seni. Jadi, ada lagi tak artis yang suka berperang mulut, tetapi tiada dalam senarai ini. Anda tentukannya. - CARI |
5
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MatDeghem replied at 30-1-2019 12:40 PM
ok bye!!!
Orkidgold replied at 30-1-2019 12:47 PM
Baguslah matdeghem ni...banyak simpan gbr lopa...minat lopa ye...
Orkidgold replied at 30-1-2019 04:47 AM
Baguslah matdeghem ni...banyak simpan gbr lopa...minat lopa ye...
petai011212 replied at 30-1-2019 04:57 PM
Masa kes anjal vs lopak
kenapa ea ujung2 anjal yang say sorry?
sbb ada bukti yang anjal burukkan l ...
virgo19 replied at 30-1-2019 05:56 PM
rasanya silap yg kes lopak - anjal tu. mula2 tashashila menang artis baru abp, lepas tu lopak cakap ...
MatDeghem replied at 30-1-2019 11:49 AM
10 year challenge
ADVERTISEMENT