Keputusan penuh rasmi PRK Cameron Highland telah diumumkan tadi, yang mana calon BN, Ramli Mohd Nor diumumkan menang PRK dengan 12,038 undi mengatasi M Manogaran yang hanya mendapat 8,800 undi. Manakala calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib mendapat 314 undi, dan Wong Seng Yee pula hanya 283 undi. Calon BN Ramli Mohd Noor telah menang dengan majoriti 3238 undi. Pada PRU 14 lepas , Calon BN memperolehi 10, 307 undi manakala calon DAP pula 9,710. Calon PAS mendapat 3,587 manakala calon PSM mendapat 680 undi dan calon Berjasa hanya mendapat 81 undi. Calon BN hanya menang dengan majoriti 597 undi. Seperti yang dijangka oleh ramai pemerhati politik sebelum ini, BN memang tiada masalah untuk mengekalkan kerusi tradisinya di parlimen Cameron Highland walaupun penyandang kerusi asal iaitu Sivarraajh telah didapati bersalah mengamalkan rasuah pada PRU14.
Pada PRU 14 lepas, Sivarraajh dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah didapati merasuah dan mengancam pengundi, terutama masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada 20 peratus pengundi di sana. Mereka juga dikatakan telah membayar pengundi kawasan itu "duit rokok," mengakibatkan Manogaran kalah pertandingan kerusi parlimen itu sebanyak 597 undi. Menyedari kepentingan undi orang asli sebagai penentu kemenangan, BN telah mengatur strategi paling ampuh dengan meletakkan orang asli sebagai calon PRK ini walaupun tradisinya kerusi Cameron Highland ialah milik MIC. Selain kerana faktor orang asli, kemenangan BN juga disebabkan faktor penyokong PAS. Pada PRU 14 lepas, calon PAS memiliki 3,587 undi dan apabila undi PAS ini dicampur kepada undi BN, secara matematiknya sokongan kepada BN semakin bertambah. PRK Cameron Highland ini Pas tidak meletakkan calonnya dan jentera PAS telah dikerah untuk bersama-bersama berkempen untuk pastikan kemenangan BN. Kemenangan calon BN di PRK Cameron Highland ini bukan sahaja bukti BN masih kebal di Cameron Highland malah ianya telah mencipta sejarah baru Malaysia apabila buat pertama kalinya orang asli diangkat sebagai ahli parlimen. Semoga kemenangan ini, akan menjadi isyarat kepada kerajaan pada hari ini agar menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya jika tidak mahu dihukum pada PRU akan datang.-CARI
|
10
Bagus |
5
Marah |
12
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Voyagers replied at 26-1-2019 04:00 PM
ini peti undi orang asli
dinopower2 replied at 26-1-2019 03:58 PM
ni btul ka?
Voyagers replied at 26-1-2019 04:03 PM
CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi adalah pusat pengundian pertama ditutup ...
RED 666 replied at 26-1-2019 04:52 PM
Ph mmg undi cina laa kekuatan diorg sebab lebih 90% cina sokong dap
ADVERTISEMENT