"Siapa yang buat jadual UITM ni? Pack gila! 13 Weeks straight non stop, nak bagi mental ke apa?" Itu antara luahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) di Twitter apabila mendapat jadual belajar yang sangat padat, disusuli peperiksaan tanpa masa untuk berehat(tweet tersebut telah dipadam). Luahan tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang merasakan pelajar tersebut mengada-ngada kerana merungut perkara yang tidak sepatutnya. Lantaran itu, timbul lah pelbagai komen yang menyalahkan pengurusan masa pelajar tersebut serta daya ketahananya ketika belajar. Jika waktu luang begini pun boleh komplen, bagaimana bila sudah bekerja nanti?
Bagi netizen, zaman Universiti adalah zaman yang paling menyeronokkan kerana tidak terikat dengan komitmen hidup. Tujuan di IPT adalah untuk belajar jadi belajar sahajalah tanpa perlu merungut! Malahan ada netizen yang meminta pelajar sebegini melihat jadual pembelajaran anak-anak Dr. Sheikh Muzaffar yang sangat padat dari pagi sampai ke malam. Lagi pun, kelas yang dicanangkan selama 13 minggu tersebut bukannya ada kuliah setiap hari kerana pelbagai kemungkinan seperti dibatalkan tetap ada. Jadi, kenapa perlu merungut? Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang menyokong kenyataan ini kerana kelas tidak cukup, semester serentak antara diploma, ijazah dan pra diploma dan pelbagai masalah lain. Jadi, adalah tidak adil untuk mengecam pelajar UITM kerana bersuara. Dengan adanya media sosial, semua aduan, komplen akan dibaca ke seluruh pelusuk Malaysia. Mungkin generasi sekarang tidak tahu bahawa dari dulu pembelajaran di mana-mana universiti pun sentiasa sibuk dan padat. Baru belajar dah banyak komplen, kalau kerja dengan gaji yang tidak sepadan, apa perasaan mereka agaknya? - CARI |
6
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 25-1-2019 12:12 PM
Jadi babi je senang
Makan..tido..berkubang..
Tu je..
akmalrahman replied at 25-1-2019 12:48 PM
Shernazz aku nak qouted ayat kao ni..bestlahhhhh
belilies replied at 25-1-2019 11:27 AM
Attitude bebudak sekarang. Susah sket merungut. Lembik sangat. Deyols tak diajar cara nak beradab
shernazz replied at 25-1-2019 12:12 PM
Jadi babi je senang
Makan..tido..berkubang..
Tu je..
ADVERTISEMENT