Anda boleh menjumpai banyak tasik yang airnya sejernih kristal tapi tidak akan dapat menandingi tasik yang terletak di New Zealand ini. Blue Lake, sebuah tasik kecil yang terletak di Nelson Lakes National Park merupakan tasik paling jernih di dunia!
Juga dikenali sebagai Rotomairewhenua, tasik ini dikatakan tersangat jernih dan menyerupai air yang disuling dan kejernihan airnya boleh dilihat sehingga kedalaman tasik mencecah 80 meter! Jernih bukan? Blue Lake dikatakan sebagai tempat suci oleh penduduk asal New Zealand iaitu puak Maori. Jadi, manusia tidak dibenarkan langsung untuk berenang dan masuk ke dalam tasik berkenaan. Walau bagaimanapun, seorang jurugambar dan wartawan bernama Klaus Thymann ini mendapat kebenaran khas oleh pihak Maori dan beberapa pihak lain yang terlibat untuk masuk dan merakamkan keindahan tasik paling jernih ini.
Tasik yang terletak di Nelson Lakes National Park, iaitu sebuah taman yang indah ini sangat popular di kalangan pengunjung dengan aktiviti seperti mendaki, berkhemah dan memancing. Pendaki mengambil masa selama 2 hari untuk sampai ke tempat di mana tasik ini dapat dilihat. Pemandangan tasik ini juga dapat dinikmati dari helikopter yang disediakan oleh Reid Helicopters Nelson. Bagaimana? Hebatnya ciptaan Tuhan! - CARI
|
farlis: Aduhhh.. Teringat2 new zealand. Tasik2 dia semua cantik
ADVERTISEMENT