CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Terjunam Dalam Air

24-1-2019 12:07 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 4225| Komen: 16|Original author: Oleh: nameera

Kemalangan yang menyebabkan sebuah kereta terjunam dalam laut di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini, telah mengundang pelbagai reaksi dan pendapat di media sosial. 

Rata-rata begitu marah dengan tindakan pemandu yang begitu cuai sehingga membawa padah kepada pemandu lain.


Kredit Foto : Youtube

Malah, ada juga yang tertanya-tanya andai situasi ini terjadi kepada mereka, apakah tindakan terbaik untuk menyelamatkan diri?

Memetik Astro Awani, ini beberapa tip yang dikongsikan dari laman YouTube Tech Insider yang tular dan boleh dimanfaatkan andai berdepan kejadian ini.



Kredit foto: Pinterest


1. Jangan panik.

Kereta yang terjunam ke dalam air (sama ada laut, tasik mahupun sungai) tidak akan terus tenggelam serta-merta. Sebaliknya, ia mengambil sedikit masa, tetapi memerlukan ketenangan fikiran sebelum bertindak kerana peluang masih ada untuk menyelamatkan diri.


2. Buka tali pinggang keledar, cuba keluar dari kenderaan.


Kredit foto: YouTube

Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah jangan sesekali cuba membuka pintu kerana ia akan mempercepatkan proses kereta tenggelam serta tekanan kuat ketika berada di dalam air menyebabkan usaha ini amat menyukarkan.


3. Buka tingkap dan keluar.

Sekiranya sistem kenderaan masih berfungsi, berusahalah untuk membuka tingkap seluas-luasnya dan keluar daripada kereta anda. Jika tidak, anda boleh memecahkan cermin kereta dengan mensasarkan cermin bahagian tepi.


Kredit foto: wikiHow

Jangan cuba memecahkan cermin di bahagian hadapan kerana ia telah dicipta untuk melawan impak kuat.

Andai kaedah tendangan tidak cukup kuat untuk memecahkan cermin kereta, anda boleh juga menggunakan kunci stereng atau besi pada bahagian tempat duduk untuk memecahkan cermin kereta.


Kredit foto: wikiHow

Semua tindakan ini perlu dilakukan dengan pantas bagi mengelakkan anda daripada terus terperangkap dalam kereta yang mungkin menyebabkan kematian.


Jom kongsi dan tularkan kepada semua. - CARI
12

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 24-1-2019 12:11 PM
teori memang nampak mudah, hakikatnya impact yg kuat semasa kete cecah permukaan air menyebabkan 90% pemandu yg terjunam dlm air akan pengsan sebab terhantuk kepala..
Quote umbut 24-1-2019 12:13 PM
Kalo dah buat semua tu tapi x tau berenang pun x jadi
Quote Artemesiaa 24-1-2019 01:08 PM
Yang paling penting jangan panic kalau dah panic apa pun tak jalan
Quote JunkMail 24-1-2019 01:12 PM
Takdenya org tak panik bila kenderaan terjun dalam laut...kompom panik macam nak mampos...bila panik apa tindakan pun jadi kelam kabut.. nafas tercungap-cungap. Dalam filem je nampak senang... hakikatnya sukar.
Quote anaktoyol 24-1-2019 01:45 PM
Artemesiaa: Yang paling penting jangan panic kalau dah panic apa pun tak jalan

kereta dah kena langgar...then kita tahu kereta kita menuju ke dlm air....boleh ker relaks????
Quote moonbug 24-1-2019 01:48 PM
Bila dah panic + injured, satu apa pun tak ingat dah
Quote NmeeraR 24-1-2019 03:11 PM
umbut replied at 24-1-2019 12:13 PM
Kalo dah buat semua tu tapi x tau berenang pun x jadi

Ha ah.camno kalau tak pandai berenang....
Quote NmeeraR 24-1-2019 03:13 PM
zulka replied at 24-1-2019 12:11 PM
teori memang nampak mudah, hakikatnya impact yg kuat semasa kete cecah permukaan air menyebabkan 90% ...

Betul tu.. bila dah pengsan apa pun tak boleh... Kalau tak boleh berenang pun, apa pun tak boleh....


Quote VirginLady 24-1-2019 03:20 PM
mintak simpang, touch wood

terpk jugak macam mana anak2 yg bercarseat di belakang...hadoii la mcm mana nk selamatkan derang diri sdri pun x nafas pendek
Quote zulka 24-1-2019 03:38 PM
VirginLady replied at 24-1-2019 03:20 PM
mintak simpang, touch wood

terpk jugak macam mana anak2 yg bercarseat di belakang...hadoii la mcm ...

betul...tu yg paling risau kalau sorang mungkin boleh gagah lagi selamatkan diri kalau tak pengsan, tapi kalau ada anak2 dlm kete taktau nk ckp apa dah
Quote NmeeraR 24-1-2019 03:44 PM
Tips ni memang boleh digunakan kalau driver tidak pengsan atau pandai berenang. Tetapi bagaimana pula kalau sebaliknya? TIPS ini memang tiada gunanya la..
Pada pendapat korang, apakah tindakan yang boleh diambil untuk hindari masalah ini dari berulang lagi?

Kalau pendapat sis, inilaaa... tai tak taula logik ke idok...

1. Sediakan /Kerapkan pasukan peronda (laut/darat) supaya sentiasa pantau kawasan berpotensi ni. (Terutama 12 malam ke atas)
2. Banyakkan camera AES
3. Diri sendiri, wahai pemandu please fikir keselamatan org lain.
4. Tinggikan lagi pembahagi jalan.

Logik kahh pendapat ioulsss ni???

Apa cadangan korang pula? Jom Kongsi....


Quote LautBiru52 24-1-2019 05:17 PM
VirginLady replied at 24-1-2019 03:20 PM
mintak simpang, touch wood

terpk jugak macam mana anak2 yg bercarseat di belakang...hadoii la mcm ...

Anak panik menangis. Kita pun sama. Tak boleh imagine. Mintak dijauhkan
Quote RatuDunia94 25-1-2019 01:33 PM
Ianya perlukan keajaiban utk tidak panic.. kalau a kereta tu menggelungsur ke dalam air scr berhemah xpe juga.. ini menjunam tunggang tebalik plak tu.
Apa pon at least ada juga tips utk usaha selamatkan diri kan walopun..
Quote Nadine30011990 10-2-2019 05:34 PM
Cmana pula dgn org yg tak pandai berenang ya?? Risau plak iolss {:cryrun{:cryrun
Quote OttoVonBismark 10-2-2019 08:44 PM
hollywood banyak mengajar kita bagaimana untuk menghadapi situasi seperti ini......
Quote LadyCarefree 21-2-2019 08:19 AM
Kalau airbag boleh direka knape belom ada yng reka semacam pelampong yng deploy bila kereta hit air? Ya ckap mmang senang tp kot now dh ade teknologi boleh buat bende ni. Same terfikir psal parachute auto untok plane bermasalah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062573 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top