CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajah Sebenar Indonesia - Bila Sister Menyanyi Qasidah

27-3-2019 06:09 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3489| Komen: 7|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Video seorang Sister atau Rahib menyanyikan qasidah (lagu pop Islam) dengan sekumpulan wanita Islam menarik perhatian ramai apabila netizen memuji contoh itu sebagai simbol perpaduan antara agama di Indonesia di celah-celah keganasan agama yang berlaku di negara itu baru-baru ini.




Kredit foto: Carian Google


Video itu mula-mula dimuatnaik oleh Indonesian Bishop Conference (Konferensi Waligereja Indonesia - KWI) di saluran Youtube mereka Rabu lalu dan menjadi viral sepelas disebarkan oleh Twitter @qasimin yang sering menyebarkan lagu-lagu keagamaan Islam.




Menurut laman web rasmi KWI mirifica.net, Sister Yunita daripada Sisters of Charity, Gereja St. Charles Borromeo telah menjalankan latihan dengan kumpulan qasidah wanita Islam tersebut sebelum  persembahan mereka bersama-sama di pentas sambutan ulangtahun Jakarta Archdiocese's Civita Youth Camp di Ciputat, Banten. Beberapa orang Sister lain turut kelihatan menjadi penyanyi latar.



Kredit foto: Carian Google


Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan itu berjudul Jilbab Putih dan berunsurkan ketuhanan.  Netizen yang menonton video tersebut memuji toleransi yang ditunjukkan oleh dua kumpulan berbeza agama. 



Kredit foto: Youtube


'Sebagai etnik Cina Kristian yang pernah menyanyikan qasidah di sekolah, saya sangat menggemari video ini' kata @jen_l4u.  'Ianya tidak akan mengurangkan iman kita malahan akan menguatkan perpaduan' kata @benobenyoh. 


'Inilah wajah sebenar Indonesia' kata @dapedwepe.



Kredit foto: BBC News

Video ini muncul di celah-celah aksi keganasan yang berlaku apabila tanda salib dimusnahkan di sebuah kawasan perkuburan majoriti Muslim di Jawa Tengah kerana bantahan penggunaan simbol tersebut. Sebuah mozek berbentuk salib juga dicat di Surakarta sebagai satu protes.


Semoga video ini menjadi contoh perpaduan dan toleransi antara agama. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trofi 27-3-2019 07:51 PM
tak ape itu bukan lagu sholawat islam pun tak menjejaskan akidah dorang terhadap jesus langsung
Quote nobito 27-3-2019 08:03 PM
Indonesia boleh hormat perbezaan.

Yg Tak tahu hormat perbezaan ni Melayu je.

Perkauman ni Melayu je ramai.
Quote Sang_Pencinta 28-3-2019 08:50 PM
Menghiburkan jugaklah walupun suara tak sedap
Quote Austranesia 28-3-2019 10:11 PM
nobito replied at 27-3-2019 08:03 PM
Indonesia boleh hormat perbezaan.

Yg Tak tahu hormat perbezaan ni Melayu je.

Betul tu perkauman ni melayu je..sebab tu cina indonesia tak berani pakai nama cina .kan? Apatah lagi nak bersekolah di sekolah cina.
Quote nobito 29-3-2019 01:27 AM
Austranesia replied at 28-3-2019 10:11 PM
Betul tu perkauman ni melayu je..sebab tu cina indonesia tak berani pakai nama cina .kan? Apatah l ...


Ko tengok je lah macam Mana Melayu busuk hati Kasi lingkup Pelabuhan Riau...sebab Riau tu Bugis yg pegang.

Melayu kalau dengan British dan Belanda baik sangat sampai bagi Singapura, Penang, Melaka dan Manjung untuk dijadikan Pelabuhan baru.
Quote batmana 29-3-2019 06:49 AM
qasidah bukan lagu pop islam ler..
tu syair aja

Quote Ivysaur 5-6-2019 05:00 PM
Penari kat belakang tu aduh tak tahan tengok hahaha

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.097479 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top