CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Individu Lahir Bulan Januari Dan Februari Berpotensi Besar Jadi Selebriti

23-1-2019 12:31 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3525| Komen: 11|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Hasil dua kajian yang dijalankan di UK

Jennifer Aniston mempunyai zodiak Aquarius. Kredit foto: Mirror

Mereka yang dilahirkan dalam bulan Januari atau Februari bukan sahaja menyambut ulang tahun kelahiran lebih awal berbanding rakan-rakan sebaya malah dikatakan mempunyai peluang lebih cerah untuk menjadi selebriti.

Menurut laporan Mirror pada 17 Januari lalu, mereka yang dilahirkan dalam dua bulan tersebut serta mempunyai bintang zodiak Aquarius lazimnya menjadi kaya dan terkenal.

Journal of Social Sciences mendapati sebahagian besar bintang Hollywood dilahirkan antara 20 Januari dan 18 Februari.

Sekumpulan penyelidik yang menjalankan kajian itu memilih secara rawak individu dari pelbagai latar belakang termasuk ahli politik, ahli sains, penulis, bintang sukan, penyanyi, pelakon dan selebriti pada masa silam dan sekarang.


Bermula dengan saiz sampel sebanyak 100 orang sebelum ditambah kepada 200 dan seterusnya 300 orang, mereka mendapati sebahagian besar selebriti mempunyai zodiak Aquarius.

Individu dengan zodiak tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bertenaga, imaginatif dan berdikari sekali gus menjadikan mereka cenderung menyertai bidang yang berkaitan dengan kreativiti.

Cristiano Ronaldo dilahirkan pada 5 Februari 1985. Kredit foto: Getty

Antara selebriti yang mempunyai zodiak Aquarius ialah Jennifer Aniston, Oprah Winfrey dan Cristiano Ronaldo.

Kajian lain yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Kebangsaan United Kindom (ONS) pula mendapati mereka yang dilahirkan dalam bulan Januari lazimnya menjadi doktor dan ketua pegawai eksekutif (CEO).

ONS turut merumuskan lebih ramai artis dilahirkan dalam bulan Februari berbanding bulan-bulan lain.

Walaupun anda dilahirkan dalam bulan Januari dan Februari, tidak semestinya anda menempa kejayaan secara automatik dalam hidup jika hanya duduk goyang kaki tanpa berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh. - CARI
17

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Shamila83

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 23-1-2019 01:23 PM
Aiman Hakim, Dato Siti Nurhaliza, Zahirah Macwilson...
Quote julia5094 23-1-2019 01:31 PM
Ku tunggu jugak masanya bila nak jadi celebrity ni..harap jadi kenyataan..
Quote gerbera.memopad 23-1-2019 02:16 PM
Yg aku dengar dulu, kebanyakan yg lahir Januari - Mac suka/pandai berniaga.

Tapi betul la tulisan artikel ni, kalau goyang kaki aje, apa pun tak jadi
Quote chinta89 23-1-2019 02:23 PM
gerbera.memopad replied at 23-1-2019 02:16 PM
Yg aku dengar dulu, kebanyakan yg lahir Januari - Mac suka/pandai berniaga.

Tapi betul la tulisan ...

hehehehehe btl tu
Quote RatuDunia94 23-1-2019 05:13 PM
So??

Naak kena maen bulan bape ni supaya anak lahir nanti rap2 bulan 1-2?
Quote Artemesiaa 23-1-2019 06:19 PM
Kebetulan je semuanya tapi kalau dah berbakat besar lahir bulan berapa pun pasti berjaya juga
Quote diss69 23-1-2019 09:00 PM
Akk pon Aquarius.. {:love
Quote Asdan 23-1-2019 11:17 PM

lain bulan lain bintang paling dekat bumi pengaruhi hidupan bumi
Quote noraidil_06 24-1-2019 12:03 AM
julia5094 replied at 23-1-2019 01:31 PM
Ku tunggu jugak masanya bila nak jadi celebrity ni..harap jadi kenyataan..

Hi i am February baby
Quote julia5094 24-1-2019 10:12 AM

Wah...kita sama seppp...nanti dah jadi celebrity jangan pulak lupa anak2 kat forum ye..
Quote noraidil_06 24-1-2019 10:21 AM
julia5094 replied at 24-1-2019 10:12 AM
Wah...kita sama seppp...nanti dah jadi celebrity jangan pulak lupa anak2 kat forum ye..

Kena ade artis harapan kategori veteran la noks.huahuahua. seiring usia.ekekkekeke

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.389317 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top