CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seram! Penggodam Melalui Kamera Sekuriti Berbual Dengan Pemilik Rumah

28-1-2019 05:54 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 5603| Komen: 25|Original author: Oleh: Archaiv

 

Sumber Video : azcentral 

Andy Gregg, ejen hartanah terkejut apabila mendengar suara lelaki misteri berpunca daripada kamera sekuriti rumah, Nest Cam IQ. Lelaki tersebut tidaklah mempunyai niat jahat dengannya tapi hanyalah memberi amaran kepadanya mengenai sistem sekuriti yang dimilikinya mudah untuk dicerobohi. 

Dalam dialog Andy Gregg bersama penggodam tersebut, penggodam boleh melihat sesiapa sahaja yang berada di rumahnya, dan mampu mengetahui lokasinya melalui alamat IP(Internet Protocol). Menurut perbualan mereka juga, penggodam boleh merancang rompakan sekiranya tiada siapa di rumah terlihat melalui sistem kamera tersebut.


Penggodam tersebut berjaya ditemu bual oleh Inside Edition. Dalam temubual tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Hank Fordham merupakan ahi Anonymous Calgary Hivemind. Dia merupakan salah seorang White Hat, Penggodam beretika. Kebiasaannya, White Hat diupah oleh kerajaan atau syarikat untuk membantu sistem sekuriti semasa. 

Kebanyakan dari mereka selalunya hadir secara terbuka semasa Persidangan Penggodam(Def Con) yang dijalankan tiap-tiap tahun. Bertentangan dengan White Hat, penggodam-penggodam seperti Black Hat dan Grey Hat yang mempunyai kepentingan sendiri dan bersifat materialistik.

Sumber Imej: Inside Edition

Sebelum ini, peminat Youtuber PewDiePie juga melakukan perkara yang sama. TheHackerGiraffe telah menggodam mesin pencetak yang berada dalam talian dan ingin membuktikan bahawa sistem keselamatan dalam talian mereka terdedah kepada penggodam. Selain itu, dia juga mahukan sesiapa yang membaca mesejnya untuk Subscribe to PewDiePie

Di Malaysia, semenjak zaman Dragonforce Malaysia dan ancaman Anonymous berkurang, rakyat Malaysia lebih berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk membantu menyelesaikan masalah umpama ini. Kes Scammer lebih kerap berlaku berbanding kes sebegini. 

Namun tidak semestinya masalah ini boleh dipandang enteng. Kalau berlaku, kita juga perlukan White HatYa, Subscribe to PewDiePie. - CARI 

Sumber Rujukan : Inside Edition, Az Central, BBC
9

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 28-1-2019 06:41 PM
Ade potensi utk kluar episode 2 season 5 Black Mirror kan?...
ehehehe...tajuk "Black Hat"....kalau white hat x thrill la...atau "Nest Cam"...
Quote armin 28-1-2019 06:51 PM
Selalu tgk struggle white hat ni bekas hacker jgk last2 kena tgkp kena kerja dgn csi n bos dorg percaya dorg blh jd baik. So jdla white hat.
Quote Orix 28-1-2019 07:07 PM
sbb tu pd iols zmn skrg ni, kena ada ilmu psal IT... psal online banking,  physical security tu sikit2 kena tahu... as a precaution
Quote VioletsAre_Blue 28-1-2019 07:26 PM
Straw hat pirates paling bahaya
Quote Archaiv 28-1-2019 07:37 PM
manjalara_01 replied at 28-1-2019 06:41 PM
Ade potensi utk kluar episode 2 season 5 Black Mirror kan?...
ehehehe...tajuk "Black Hat"....kalau  ...

Terima kasih baca. Emmm..  Entah.
Quote Archaiv 28-1-2019 07:37 PM
armin replied at 28-1-2019 06:51 PM
Selalu tgk struggle white hat ni bekas hacker jgk last2 kena tgkp kena kerja dgn csi n bos dorg perc ...

Terima kasih baca. Ya, setuju.
Quote Archaiv 28-1-2019 07:40 PM
Orix replied at 28-1-2019 07:07 PM
sbb tu pd iols zmn skrg ni, kena ada ilmu psal IT... psal online banking,  physical security tu siki ...

Terima kasih baca. Sekurang-kurangnya asas saja pun cukup. Cuma,  perbezaan generasi masih jauh jurangnya dari segi pengetahuan teknologi maklumat ini.
Quote Archaiv 28-1-2019 07:41 PM
VioletsAre_Blue replied at 28-1-2019 07:26 PM
Straw hat pirates paling bahaya

Terima kasih baca.  Mana boleh straw hats,  dia belum cukup kuat kalahkan yonkou..
Quote cHimo 28-1-2019 08:17 PM
Ini sebab saya letak pita pelekat kat camera laptop
Quote Archaiv 28-1-2019 08:29 PM
cHimo replied at 28-1-2019 08:17 PM
Ini sebab saya letak pita pelekat kat camera laptop

Terima kasih membaca.  Dari dulu zaman kolej lagi saya buat macam ni,  kawan hairan pula.  Tapi, ceroboh masuk sistem sekuriti bukan susah sekarang, tak perlu nak dark web pun, senang sangat cari dalam internet.
Quote Felycya 29-1-2019 02:42 AM
Edited by Felycya at 29-1-2019 01:46 AM
Archaiv replied at 28-1-2019 07:29 PM
Terima kasih membaca.  Dari dulu zaman kolej lagi saya buat macam ni,  kawan hairan pula.  Tapi, c ...


Alamak ai is seram baca..
Kalau kat hp mudah tak orang nak ceroboh ??.
Contoh nak tengok perbualan whatsapp, galeri dsb yang berada didalam hp kita..
Quote Felycya 29-1-2019 02:43 AM
Archaiv replied at 28-1-2019 07:29 PM
Terima kasih membaca.  Dari dulu zaman kolej lagi saya buat macam ni,  kawan hairan pula.  Tapi, c ...

Ai ada pernah ternampak kawan ai letak pita pelekat yang jenis kertas kat belah atas hp dia.

Mungkin dia tutup kamera depan hp dia lah ni.
Quote Archaiv 29-1-2019 05:39 AM
Edited by Archaiv at 29-1-2019 05:50 AM
Felycya replied at 29-1-2019 02:43 AM
Ai ada pernah ternampak kawan ai letak pita pelekat yang jenis kertas kat belah atas hp dia.

Mu ...


Terima kasih baca. Mungkin juga tu.  Asalkan kita ada aplikasi sekuriti,  kurang sikit risiko penggodam ni.
Quote Archaiv 29-1-2019 05:49 AM
Felycya replied at 29-1-2019 02:42 AM
Alamak ai is seram baca..
Kalau kat hp mudah tak orang nak ceroboh ??.
Contoh nak tengok perbu ...

Sebenarnya,  kalau dah kerja menggodam ni,  semuanya boleh pun.  Kita yang tahu sikit ni pun boleh kurangkan saja.  Kalau kamu risau sebab simpan byk password atau maklumat bank yg penting,  better simpan hardcopy.  Kalau gambar2 dan simpanan peribadi,  kamu boleh buat password atau fingerprint untuk file manager dan gallery. Sekurang2nya,  fail tidak dapat diambil remotely.  Macam yang  saya ckp tadi,  kita cuma mampu mengurangkan risiko penggodam.
Quote FanTasyCreaTioN 29-1-2019 08:26 AM
Terimakasih TT kerana bukaThread yang bagus seperti ini
Thread yang berinfomasi ..

Dan FC perati TT jenis "menjaga" Thread dan rajin melayan porumer yang baca Thread yang d buka.

Teruskan

Quote manjalara_01 29-1-2019 09:08 AM
cHimo replied at 28-1-2019 08:17 PM
Ini sebab saya letak pita pelekat kat camera laptop

me too!...baru2 ni tgk Snowden...check balik cam laptop just to make sure tutup
tp kan..u tutup x cam hp??....
Quote manjalara_01 29-1-2019 09:23 AM
Archaiv replied at 29-1-2019 05:49 AM
Sebenarnya,  kalau dah kerja menggodam ni,  semuanya boleh pun.  Kita yang tahu sikit ni pun boleh ...

mcm mana kalau setakat simpan copy dlm D drive?
sblum ni laptop i asyik kena format balik..so org kedai tu kata next time simpan semua dlm D drive
sbb kalau kena format balik ape2 dlm tu masih selamat...tp since i install Mcfee yg berbyr....ok la..xde masalah sampai kena format balik..
Quote momopoko 29-1-2019 09:26 AM
Terus tampal tape pada camera lepas tengok PC Mark FB
Quote Archaiv 29-1-2019 11:31 AM
manjalara_01 replied at 29-1-2019 09:23 AM
mcm mana kalau setakat simpan copy dlm D drive?
sblum ni laptop i asyik kena format balik..so or ...

McCafee salah satu antivirus yang baik.  Jadi, jangan risau.

Biasanya, penggodam akan menyerang komputer yang mempunyai perisian 'pirate' atau fail yang dimuat turun daripada internet.  Gambar, lagu, atau apa-apa saja boleh menyebabkan IP adress dan kata kunci anda terdedah. Sebabya,  ada binari tersembunyi dalam fail. Fail-fail yang tidak tidak berdaftar sebagai harta intelek kadang-kadang punyai binari tersembunyi.  Binari ni macam skrip yang akan menulis semua log komputer. Dan log ini akan dihantar ke penggodam sebagai kunci kepada komputer anda atau maklumat yang dicuri. Dan juga,  tolong elakkan mengetik iklan Pop-up.  Iklan yang muncul tiba-tiba ni kebiasaannya survey tu cara paling mudah untuk penggodam masuk.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.207884 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top