CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Kritik Masakan Isteri Tak Cukup Garam, Maut Ditikam 35 Kali

16-1-2019 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3698| Komen: 26|Original author: Oleh: Myra Rozi

Berang masakannya dikritik, seorang wanita bertindak menikam suaminya sekurang-kuranynya 35 kali sehingga mati.

Mangsa, yang dikenali sebagai Slava Davydkin, 43, dibunuh selepas mengadu masakan yang dimasak Evgenia, 31, tidak cukup masin ketika ada tetamu lain datang ke rumah mereka di wilayah Penza.


Kredit foto: Daily Mail
Daily Mail melaporkan, Evgenia menunggu suaminya tidur sebelum menikamnya di hadapan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.

Dia mengaku melakukan jenayah tersebut menggunakan pisau.

Menurut sumber lagi, pasangan itu bergaduh disebabkan masakannya yang 'hambar'.

Mangsa yang juga merupakan seorang nelayan menuduh iterinya sudah tidak mencintainya lagi kerana menyediakan makanan sebegitu.


Kredit foto: Daily Mail
Pertengkaran berlanjutan selepas tetamu masuk tidur dan mangsa mula bertindak memukul isterinya.

Selepas menikam mangsa, Evgenia meminta tetamu tersebut untuk menghubungi ambulans.

Mangsa mati di tempat kejadian. Pihak berkuasa menyatakan, 

"Tertuduh memberitahu insiden itu bukan kali pertama mereka berdua bertengkar."

Bagaimanapun penduduk tempatan mengkritik keputusan untuk membenarkan suspek menjadi tahanan di rumah, dengan alasan untuk menjaga anaknya. -CARI
6

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-1-2019 12:16 PM
joke p. ramlee dlm filem seniman bujang lapuk
jadi kenyataan

Quote moonbug 16-1-2019 12:21 PM
Pasal masakan hambar pun pukul isteri, lepas tu mati kena tikam. Tak berbaloi langsung
Quote onexox97 16-1-2019 12:22 PM
Erm ngerinya
Quote grouper 16-1-2019 12:24 PM
Blh dah lekat artikel ni besar2 kat area dapur
Quote aHoi83 16-1-2019 12:27 PM
Isu garam sekadar punca pergaduhan. Buat lakinya kene tikam mungkin sbb selalu dipukul. Article dh kata, mangsa memukul isteri nya selepas tetamunya tido. So rest in hell to u
Quote buapakperut 16-1-2019 01:03 PM
dah tak suka tengok muka bini, pasa garam pun nak menikam2.
Quote palmolive 16-1-2019 01:06 PM
kenapa kau masak sayur tak bubuh belacan...
Quote kaklong32 16-1-2019 03:00 PM
kat sana xde jual maggi cukup rasa ke  
Quote DollahRepek 16-1-2019 03:06 PM
Selayaknya lah kena tikam. Lain kali kalau nak menegur biar ada adab. Bukan memalukan isteri depan org ramai & pukul isteri tu
Quote amukgemuk 16-1-2019 03:38 PM
Bagi aku, ni melebih lebih media je ni.

Aku percaya memang dah ada ketegangan dalam hubungan diorng sebelum ni.
Kurang garam tu, pencetus saja waktu tu.
Quote seri_mawr 16-1-2019 03:43 PM
buapakperut replied at 16-1-2019 01:03 PM
dah tak suka tengok muka bini, pasa garam pun nak menikam2.

yang kena tikam suami....
yang menikam isteri.....
Quote buapakperut 16-1-2019 03:44 PM
seri_mawr replied at 16-1-2019 07:43 AM
yang kena tikam suami....
yang menikam isteri.....

oh baru perasan, terbalik dh iols baca.
Quote rosasa 16-1-2019 03:45 PM
Mangsa yang juga merupakan seorang nelayan menuduh iterinya sudah tidak mencintainya lagi kerana menyediakan makanan sebegitu.

Pertengkaran berlanjutan selepas tetamu masuk tidur dan mangsa mula bertindak memukul isterinya.


Memang mendapatlah
Quote SissySembah 16-1-2019 03:54 PM
selayak nya lah dgn beliau....
sebab garam sahaja ujung2 mati katak... garam itu blh tambah sendiri sahaja kalau x cukup but he decide utk katok bini heshe & mati katak...

may you rot in hell (jikalau wujud tempat itu)
Quote mieymiey 16-1-2019 03:55 PM
Mesti anak tu trauma tengok maknya tikam ayahnya sampai 35x
Quote seri_mawr 16-1-2019 04:07 PM
buapakperut replied at 16-1-2019 03:44 PM
oh baru perasan, terbalik dh iols baca.

elok tampal berita ni dekat meja makan....

supaya laki pikir 100x nak komen...jgn tahu nak kritik jek...gitu...
Quote Burong_Hantuk 16-1-2019 04:11 PM






Quote weezerfan 16-1-2019 04:12 PM
Stress sgt gamaknya jd isteri jantan ni.. Lega dh x perlu masak utk dia. Infact x perlu masak lg dh
Quote NmeeraR 16-1-2019 04:15 PM
mungkin kesabaran dia dah hilang kot .
mesti suami jenis kaki pukul ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 1.325883 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top