Berikutan laporan yang menyatakan kedai serbaguna dari Jepun, Family Mart tidak mendapat pengesahan halal, ramai netizen kini mula was-was untuk menikmati makanan yang terdapat di situ. Walaupun pada awalnya ramai rakyat Malaysia berebut-rebut untuk membeli Oden, sushi, onigiri, aiskrim, coklat dan lain-lain yang didatangkan khas dari negara matahari terbit itu, kini isu halal menjadi permasalahannya. Bagaimanapun, netizen ini memberi pendapat bernas iaitu mengaitkan status halal haram dengan kehidupan seharian kita. Tulisnya, orang kita terlalu sibuk menghukum benda yang belum tentu sahih tetapi perkara haram pula dipandang sebelah mata. Netizen yang bersetuju dengan pendapat tersebut turut menambah perangai orang kita yang sebenarnya tidak membantu langsung seperti datang ke kedai dengan alasan menyokong tetapi minta diskaun. Selain itu suka sangat komplen mengalahkan pakar dan juga banyak kesalahan yang tidak disedari atau sengaja tidak mahu sedar. Bagi mereka yang yakin pula menyatakan ia satu perkara yang bagus kerana mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan makanan tersebut. Namun begitu, bagi segelintir netizen, pandangan tersebut tidak harus diangkat sebagai pegangan kerana status halal kedai dan juga halal ketika bekerja perlu seiring bersama. Jadi, adalah kurang bijak memberi pendapat yang menyamaratakan semua perkara. Lagi pula kedai, warung dan restoran Melayu sendiri pun sebenarnya ada lagi yang tidak mendapatkan pengesahah halal walaupun berbelas tahun dibuka. Jadi, pengguna perlu bijak menapis. Sementelah Family Mart dikategorikan dalam kedai serbaneka yang tidak memungkinkan mendapat sijil Halal kerana turut menjual alkohol. Anda pula bagaimana? Dah berapa banyak Oden di makan? - CARI |
8
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Rogue98 replied at 16-1-2019 01:31 PM
Bab makan ni susah nak cakap tapi kalau ada rasa was2 tu tak payah lah makan dan yang penting pulak ...
giyomi replied at 16-1-2019 05:52 PM
kat opis i pon ada 2 minah ni, kekonon very islamik, ni tak bole tu tak bole, tp selalu lambat , mc ...
ADVERTISEMENT