Siapa kat sini peminat filem-filem superhero dari Marvel? Mesti korang semua tak sabar nak tunggu filem Captain Marvel dan Avengers: Endgame, kan? Tapi tunggu kejap, korang tahu tak Marvel sebenarnya ada projek besar yang lain, selain daripada bikin filem blokbuster? Dengan kerjasama Disney dalam streaming channel mereka sendiri iaitu Disney+, produser dan presiden kepada Marvel Studios iaitu Kevin Feige memaklumkan yang mereka mempunyai projek untuk melaksanakan cerita bersiri bagi beberapa superhero mereka. Apa yang bakal ditayangkan di Disney+ ialah superhero yang kita sudah sedia maklum akan kewujudannya, cuma kali ini kita akan disajikan dengan cerita spin-off daripada mereka, yang tidak terlalu berteraskan apa yang kita lihat di pawagam sebelum ini. Kevin Feige turut mengesahkan bahawa siri-siri baru ini akan membawa impak besar kepada perjalanan Marvel Cinematic Universe (MCU). Antara cerita bersiri yang bakal kita saksikan termasuklah.. 1. Loki Jika korang belum
jelas tentang siapa Loki, dia merupakan adik kepada salah satu superhero utama
Marvel iaitu Thor Odinson. Dikenali sebagai God of Mischief, Loki sebelum ini
lebih dikenali sebagai penjahat berbanding hero memandangkan dia merupakan
antagonis utama bagi filem Thor dan The Avengers. Namun selepas kejadian dalam
filem ketiga Thor iaitu Ragnarok, Loki lebih cenderung kepada seorang hero dan
berjuang bersama-sama abangnya. CEO kepada Disney iaitu Bob Iger mengesahkan
bahawa siri spin-off bagi watak Loki, dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu
Tom Hiddleston kini dalam perusahaan mereka. 2. Winter Soldier and Falcon Kedua-dua rakan karib
kepada superhero terkemuka iaitu Captain Amerika ini bakal dipasangkan dalam
satu siri pendek. Kita jarang sekali melihat kombinasi kedua-dua hero ini
kecuali ketika mereka menentang Spiderman dalam filem Captain America: Civil
War. Setakat ini, dikhabarkan bahawa siri ini akan ditulis oleh Malcolm
Spellman dan dibintangi oleh pelakon yang sama iaitu Anthony Mackie sebagai
Falcon dan Sebastian Stan sebagai Winter Soldier. Siri ini bakal ditayangkan
pada hujung tahun ini. 3. The Vision and Scarlet Witch Chemistry antara kedua-dua watak ini tidak dapat kita
nafikan lagi, seperti yang kita dapat lihat melalui filem Captain America:
Civil War dan Avengers: Infinity War. The Vision (lakonan Paul Bethany) dan
Scarlet Witch (lakonan Elizabeth Olsen) merupakan antara pasangan superhero yang
terkenal dalam dunia komik Marvel, selain Reed Richards dan Sue Storm dalam
Fantastic Four. Menurut sumber The Hollywood Reporter, Disney telah
melantik Jac Schaeffer sebagai produser eksekutif bagi siri ini. Jac Schaeffer
juga sama-sama terlibat dalam menulis filem Captain Marvel yang bakal
ditayangkan di pawagam pada Mac ini. 4. Rocket and Groot Peminat tegar MCU
pastinya mengenali duo dari filem Guardians of The Galaxy ini. Melalui siri
ini, kita mungkin dapat tahu dengan lebih jelas di mana sebenarnya duo ini
boleh bertemu antara satu sama lain dan bagaimana persahabatan mereka bermula
sebelum mereka bertemu ahli Guardians yang lain. Menurut sumber The Hashtag
Show, siri ini sedang dipertimbangkan oleh kedua-dua pihak Marvel dan
Disney dan menjadi antara pilihan utama presiden kepada MCU, Kevin Peige untuk
dilaksanakan. 5. Lady Sif Sif merupakan seorang
handal pahlawan dari Asgard, juga merupakan sahabat karib bagi superhero Thor.
Melalui filem Thor dan Thor: The Dark World, kita dapat lihat jelas tentang kekuatan
Sif ketika berperang namun Sif tidak dapat dikesan sepanjang filem ketiga Thor,
iaitu Ragnarok. Menurut sumber Discussing Film, Marvel sedang
mengusahakan siri pendek Lady Sif yang akan dilakonkan oleh Jamie Alexander,
namun tidak ada khabar angin yang mengatakan bahawa garis masa kepada siri itu
berlaku sebelum atau selepas Ragnarok, iaitu kehancuran tanah Asgard. Jadi antara
kelima-lima cerita siri ni, mana satu yang paling korang semua nantikan?
Sama-sama kita tunggu pengumuman seterusnya daripada Marvel dan Disney, orait? - CARI |
16
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MadameOnion replied at 22-1-2019 03:24 PM
adakah avengers juga akan kena reboot macam xmen? tak patut..tak patut..
hajimex replied at 22-1-2019 07:08 PM
diorang kate takkan reboot... diorang kate la... buat masa ni... n btw... xmen tak reboot kan?
hajimex replied at 22-1-2019 07:08 PM
diorang kate takkan reboot... diorang kate la... buat masa ni... n btw... xmen tak reboot kan?
MadameOnion replied at 22-1-2019 07:12 PM
Xmen dah reboot pun masa Days Of Future Past tu
MadameOnion replied at 22-1-2019 03:24 PM
adakah avengers juga akan kena reboot macam xmen? tak patut..tak patut..
MadameOnion replied at 22-1-2019 07:12 PM
Xmen dah reboot pun masa Days Of Future Past tu
hajimex replied at 22-1-2019 07:16 PM
x-men bukan reboot... tu mmg stroyline dia... dia still guna karakter yg sama... biasenye reboot2 ...
kroit92 replied at 22-1-2019 08:01 PM
oh, nak bagitau, takut spoiler..
jawapannya tak. tidak reboot. jangan risau, timeline marvel su ...
MadameOnion replied at 22-1-2019 08:15 PM
Ooo tak reboot ye..ingatkan reboot..tapi honestly saya prefer xmen after days of future past tu..d ...
MadameOnion replied at 22-1-2019 08:16 PM
Tapi mcu tak ambik story bulat2 from komik kan? Mcm ambik sikit2 je..boleh speku tapi lain yg jadi ...
kroit92 replied at 22-1-2019 08:33 PM
a'ah, diorang tweak, ubah sikit-sikit je. supaya sesuai dengan plot, untuk scene, CGI lagi. future ...
MadameOnion replied at 22-1-2019 08:15 PM
Ooo tak reboot ye..ingatkan reboot..tapi honestly saya prefer xmen after days of future past tu..d ...
kroit92 replied at 22-1-2019 08:01 PM
oh, nak bagitau, takut spoiler..
jawapannya tak. tidak reboot. jangan risau, timeline marvel su ...
hajimex replied at 23-1-2019 10:17 AM
selambe tuang satu baldi teh... lol
btw... aku lagi prefer terms dia avengers initiative... you ...
hajimex replied at 22-1-2019 07:16 PM
x-men bukan reboot... tu mmg stroyline dia... dia still guna karakter yg sama... biasenye reboot2 ...
ADVERTISEMENT