CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Gitaris Metallica, James Hetfield Bintangi Filem Pembunuh Bersiri Ted Bundy

25-1-2019 03:34 PM| Diterbitkan: surfinv| Dilihat: 5819| Komen: 14|Original author: Oleh: surfinv

James Hetfield
James Hetfield (gambar) gitaris dan penyanyi terkenal Metallica yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat-peminat Heavy Metal bakal membuat kemunculan di layar perak apabila membintangi filem pembunuh bersiri Ted Bundy arahan Joe Berlinger bertajuk Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile.

Antara pelakon-pelakon yang terlibat termasuklah Lily Collins, John Malkovich, Jim Parsons dan Haley Joel Osment. Hetfield juga bakal berkongsi layar bersama Zac Efron. Hetfield memegang watak sebagai Bob Hayward, Polis Peronda veteran manakala Efron memegang watak sebagai pembunuh bersiri Ted Bundy, Collins sebagai teman wanita kepada Efron.



Berlinger yang turut menjadi Produser dan Pengarah filem Metallica: Some Kind of Monster berkata, "Setelah meluangkan masa beratus-ratus jam bersama Hetfield dan Metallica, saya mengenal pasti karisma dimiliki beliau. Berlinger menambah lagi, "Hetfield memiliki kemampuan dengan secara bersahaja memberi impak dan tenaga serta persona kepada watak tersebut."

"Apabila dia (Hetfield) setuju membintangi filem tersebut, saya sangat teruja." tambah Berlinger lagi. Ahli kumpulan Metallaica, Kirk Hammet memberikan komen kepada berita tersebut sebagai, "Seram dan Metal...ia menjadi."

Berlinger (kiri) dan Efron ketika penggambaran filem Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile
Ted Bundy merupakan pembunuh bersiri sekitar tahun 1970an di Amerika. Sebelum dijatuhi hukuman mati, Bundy mengaku bertangungjawab terhadap lebih daripada 30 siri pembunuhan yang kebanyakan mangsanya terdiri daripada wanita muda. Namun, jumlah sebenar mangsa jenayah Bundy dipercayai lebih banyak daripada itu.



Metallica: Some Kind of monster
Ted Bundy

Filem Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile bakal ditayangkan di Festival Filem Sundance di Utah pada 24 Januari hingga 3 Februari ini. - CARI 
16

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 25-1-2019 05:31 PM
Ted bundy jgk pembunuh yg bijak sbb dia jd peguam utk diri dia sndri..sampai hakim cakap kalau dia bukan pembunuh,ted akan jd peguam yg terbaik..dalam kena tahan pn bijak cari jalan lari penjara tu pn terlepas kejap ja sempat lagi bunuh org..
Quote MissVixen 25-1-2019 06:57 PM
Tengok gambar ted, teringat michael fassbender
Quote dani-rox 26-1-2019 01:21 AM
hollyweird suka glorify penjenayah dan pembunuh bersiri... sampai kiamat tak abis2 bikin filem psl dia org. ai baru check movies psl ted bundy, termasuk yg latest nih: 5 filem.
Quote makbedah 26-1-2019 03:14 AM
Buku, cerita, documentary kalau bunuh2 mesti us pertengahkan dia ni sebab dia dia macam landmark case. Ada rupa ada otak tapi gila.
Quote ChildrenOfBodom 26-1-2019 07:19 PM
Tajuk misleading, kalau sebut gitaris metallica, satu dunia taw adalah kirk hammet, lead gitaris.

James hetfield lead vocalist, rhytm gitar.. Do ur research next time
Quote manjalara_01 27-1-2019 02:13 PM
dani-rox replied at 26-1-2019 01:21 AM
hollyweird suka glorify penjenayah dan pembunuh bersiri... sampai kiamat tak abis2 bikin filem psl d ...

exactly!..undang2 pulak semua beri perlindungan, & mcm2 peluang utk psychopaths mcm ni..agar dpt hidup aman bahagia..walaupun dah kena tangkap..
hari tu terkejut jgk la manja masa tgh belek2 magazine kat supermarket ni...ttiber ade "American Crime Story" magazine...RM29.90
complete set with all the murder scene photos...rs mcm x caye kat M'sia dah start menjual..benda2 sadis mcm ni..right in the open..oppositemagazine rack tu pulak..cashier..& coklat2 utk budak2...mainan & sbgnye...










Quote dani-rox 27-1-2019 05:44 PM
manjalara_01 replied at 27-1-2019 02:13 PM
exactly!..undang2 pulak semua beri perlindungan, & mcm2 peluang utk psychopaths mcm ni..agar dpt h ...

kalau penulisan buku/artikel tu normal, tp tempat meletakkan buku2 true crime mcm manja cakap tuh memang tak sesuai esp didedahkan utk kanak2. sbg cth ai ni lah, TER-baca dan tengok benda2 gory dari zaman bbnu lg - dah berumur nih, ai rasa mcm dah desensitize yg ai malu nak akui.
anyhooo...
Hollywood suka mengabadikan kisah real life pembunuh bersiri berkulit putih - handsome, charming etc but "misunderstood", with complex.
There's nothing wrong to be curious about true crime, have interest to know why the murderers did what they did... it's normal for ppl to wondering how these monsters could act out horrible stuffs that the rest of us suppress.
BUT the way Hollywood gain their profits by glossing over the lives of victims jd sekadar jalan cerita yg remeh - itu baru jd isu. Brp puluh lg filem psl dia org? Tahun 2018-'19 saja, ada 4 filem psl Charles Manson.
Berapa kali keluarga mangsa harus diingatkan scene org kesayangan mereka dirogol, dicekik dan dibelasah dgn kayu oleh Ted Bundy. Mangsa2 Jeffrey Dahmer (ai baca ada filem baru psl dia bakal keluar) yg dikerat2 tu pon masih ada ahli keluarga yg hidup. Bayangkan penjahat2 yg menakutkan seluruh Amerika thn 70an-80an dulu kini jd beloved pop culture figures... perbuatan jenayah dan sob stories mereka jd legasi utk berthn2 akan datang. Pada masa yg sama, keluarga mangsa terpaksa meneruskan hidup dgn penuh kesedihan, setiap kali filem2 serial killers dihasilkan... their loved ones would be relegated to mere 'the victims'.
Quote raxief 27-1-2019 06:04 PM
gitaris met kirk hammett la... hetfield ni vocalist
Quote manjalara_01 27-1-2019 10:45 PM
Edited by manjalara_01 at 27-1-2019 10:52 PM
dani-rox replied at 27-1-2019 05:44 PM
kalau penulisan buku/artikel tu normal, tp tempat meletakkan buku2 true crime mcm manja cakap tuh  ...

laa..yea ke u?...no wonder la..masa i masuk thread Abuse Torture tu..i sense ade something not right dgn u....tp i diam je la...i ingat nak joke asking u...r u a serial killer...but i thought better not..
so how yea kalau dah desensitize?...is there anything u can do?

hhmm...tu la..Hollywood to suke glorify...all the wicked things..

i suggest u tgk movie "Kindergarden Teacher"...psl pedo in the closet u...but honestly it was a really good movie..tp i was shocked masa tgk interview cast & director...they keep saying..watak Michael Gyllenhal tu was going through a "dark phase"...it was also about women empowerment la..YEA LA TU!! BS with capital letters....!! nonsense betul la..SYMPATHIZING THE PEDOS, kalau x sympathize with the wicked ones..is to GLORYFY...thats what it's about....

lg 1 Glorifying and Desensitizing Beastiality for the kids..mak pak pun kena skali..."Beauty & THE BEAST"....b4 this i had no idea...dah byk kali tgk versi kartun...yea la zaman kanak2 kan..happy days gituww...

























Quote dani-rox 28-1-2019 12:28 AM
manjalara_01 replied at 27-1-2019 10:45 PM
laa..yea ke u?...no wonder la..masa i masuk thread Abuse Torture tu..i sense ade something not rig ...

nak reverse desensetize tu mcm mana ya? entahlah... elakkan baca/tengok benda2 18SG. kena selalu tengok kittens, puppies, rainbows kot

ai serial killer? hohoho...



just kidding



but am i?








psl filem2 yg cuba glorify penjenayah, ai tertarik dgn teori Overton Window, aka window of discourse... idea2 yg dipandang keji, yg unthinkable oleh masyarakat cuba di normalized oleh corporate media secara sedikit demi sedikit. Sekarang ai tengok agenda Hollywood utk menggambarkan pedophilia sbg disorder biasa dan cuba berteduh di bwh payung LGBTQ - bukannya jenayah jijik. They want to make pedo as the next normal. Cth filem "Call Me By Your Name", kemudian stand up comics tanpa segan silu selitkan baby rape jokes, pastuh menerbitkan articles luahan hati pedos - "I'm pedo, not a monster"... utk meraih simpati konon. At this point, Hollywood ppl are working hard to push their gross agenda - it's a well known fact that US media is the largest and most sophisticated propaganda operation in human history. They've been shaping our values and perceptions for years. Marilah kita lindungi anak2 drpd kejahatan manusia2 lahanat ini.

Quote manjalara_01 28-1-2019 10:51 AM
dani-rox replied at 28-1-2019 12:28 AM
nak reverse desensetize tu mcm mana ya? entahlah... elakkan baca/tengok benda2 18SG. kena selalu t ...

Aminn...

good question....later today i akan tanye pakcik google...tgk ape die kata..hope i'll find something juicy for u

betul tu u..it's so sickening how they spread all these lies..deceitful yg amat...golongan cendekiawan from their ivy league universities pun same je...brainswashing the young & brainy generation pedos are good people...mmg duk sibuk nak nyelit masuk LGBTQ team...  

even dlm iklan2 pun ade jgk..kluar ala2..pedo vibes...x ingat bile punye iklan , i noticed local ad kluar youtube...maybe it was for merdeka ke hari malaysia last year..ade 4 adults..biase la chinese indian malay, iban kot...pakai bj tradisional....1 scene...the indian man was a boy..he was holidng hands with this malay man,....then ttiber scene transform the indian boy jadi adult and they were grossed out sbb tgh pegang tgn..

bak kata Sherly Manson " I think paranoid...manipulated..."

i belum tgk lg movie yg u suggest tu..but i came across "Lolita"..just watching the trailer was disturbing...x lalu nk tgk movie..tu

U ade bc x buku "Age of Propaganda" & "The Perfection Machine: The Television and The Bomb" Joyce Nelson...?? i nk sgt bc tp cari2...edisi pdf free download x jumpe pulak...frust sgt....

Kalau u ade pdf copy ke ape...nnt bleh share dgn i x?...teringin sgt nak bc....

p/s: your answer was disturbing ahahaha....(noot funny) ahahah..


Quote surfinv 3-2-2019 05:05 PM
ChildrenOfBodom replied at 26-1-2019 07:19 PM
Tajuk misleading, kalau sebut gitaris metallica, satu dunia taw adalah kirk hammet, lead gitaris.

...

Mungkin maksud gitaris tu encik xfaham kot, maksud gitaris semua pemain instrumen gitar (tidak termasuk gitar bass) boleh dipanggil gitaris.Nak panggil ketua kumpulan xleh juga pasal ulrich ketuanya, nak kata rhythm tu terlalu niche plak, sedangkan antara hammet dan hetfield pun ada solo dan riff harmonic masing2. dan maksud lead gitaris tu bukan ketua pemain gitar, tetapi pemain gitar solo. kalau kata gitaris boleh juga dimaksudkan hetfield, hammet, mustaine (ex member) sebab gitaris tu maksudnya pemain gitar (tidak termasuk bass) . klo buang gitaris tu letak nama dia je bolehjuga namun bukan semua pembaca adalah peminat metallica. dan hetfield bukan lah lead vocalist, dia hanya vocalist, sebab dia je satu2nya yg menyanyi dalam metallica... i am my research. dont worry and i dont need your next time.

p/s maybe ada yg keliru bila diterjemahkan ke bahasa melayu agaknya.
Quote surfinv 3-2-2019 05:07 PM
haha actually angle story ni adalah nk gitau yg hetfield buat kemunculan di layar perak haha
Quote Jorja 23-4-2019 08:53 PM
Wow rindu nak tengok Haley Joel berlakon , bole download ke movie ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.115649 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top