CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kisah Seram Di Sekitar Bandar Baru, Kedah

19-9-2013 02:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 41543| Komen: 114


bandar baru merupakan sebuah pekan di kedah. ia berdekatan dengan parit buntar dan nibong tebal. banyak aku ada dengar cerita yang pelik-pelik yang berlaku di bandar baru ni.

kisah ni terjadi kepada seorang cikgu aku. dia seorang cikgu perempuan. sekolah mengadakan sebuah dinner untuk cikgu-cikgu pada suatu hari. dinner tersebut habis lewat. so cikgu ni terpaksa balik lewat ke rumahnya di bandar baru sekitar pukul 12 kalau tak salah.

die balik sorang-sorang sebab cikgu-cikgu lain balik asing-asing. sewaktu perjalanan ke rumah, die lalu disebatang jalan di bandar bar (tapi tak ingat excact lokasi ni). malam tu sunyi sangat-sangat. tibe-tibe die dengar ada bunyi yang kuat menghempap bumbung keretanya.

kesan hempapan makin serius dan bumbung kereta tu makin kebawah menghampiri cikgu tu. die terpaksa tunduk disebabkan dihimpit bumbung yang kemek tu. die meneruskan perjalanan sehingga selamat sampai kerumah. die terus masuk ke rumah. selepas menenangkan diri die kembali mengintai keadaan keretanya melalui tingkap. yang peliknya keretanya tidak mengalami apa-apa kemek dan elok seperti biasa. die berasa bernasib baik kerana teringatkan peringatan ibunya yang mengatakan bahawa kalau jadi pape time bawak keta kat kawasan tu, jangan turun dari kete. nasib bek die tak turun dari kete time tu.

macam-macam setan, iblis dan jin ni wat untuk menganggu manusia.

so kalau ade sape-sape yang ade cite lagi sal kejadian pelik di bandar baru ley kongsi ramai-ramai.

kalau cite ni dah ade saya mintak maaf banyak-banyak eh

2

Bagus
7

Marah
6

Terkejut

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fatehana 26-5-2011 11:32 AM
skerinya kalau tetiba ada benda menjelma dpn cikgu tue

ana pernah gie bandar baru kedah nie sbb tersesat masa nak gi belah Penang nun dan waktu tue pun waktu mlm, gelap lak tue
Quote FARISZONE 26-5-2011 11:44 AM
ishhh...takutnya.....
Quote arcana 26-5-2011 02:04 PM
kedah lah pulak.....
Quote penjaga_kedai 26-5-2011 02:24 PM
kat mana kejadian tu ? haku org bandar baru gak tp la ni merantau
biasanya kalo balik kg tu lps tgh mlm br sampai bandar baru tu..
mungkin kejadian ni route nak ke serdang kot sbb situ mmg agak sunyi la jlnnyaa
Quote zackshinoda 26-5-2011 02:57 PM
bandar baru merupakan sebuah pekan di kedah. ia berdekatan dengan parit buntar dan nibong tebal. ban ...
dzul90 Post at 26-5-2011 11:13



   pelik kan...skali tengok xde pape..
Quote liyanur 26-5-2011 04:24 PM
kat mana kejadian tu ? haku org bandar baru gak tp la ni merantau
biasanya kalo balik kg tu lps tg ...
penjaga_kedai Post at 26-5-2011 14:24


aku org serdang tp x penah dgr apa2 cite pun.....
slalu gak blik kg smpai serdang 2-3pg tp so far xde pape....
yg penah dgr kat 300 sbb abg aku n family penah kena....
ada benda mencakar n duduk atas bumbung smpai kete gerak slow sbb berat....
Quote zadzamusa 26-5-2011 04:54 PM
Bandar Baru dulu kalau ikut kata abah... kawasan hitam.. kawasan komunis banyak kalau tak salah... dulu sampai tahun 1980an.. sebelum komunis letak senjata lepas pukul 7 malam ada curfew.. larangan keluar dari rumah lepas waktu tu...

Masa zad dengan adik nak pergi kenduri kat Permatang Kerat Telunjuk baru-baru nih jalan la ikut kulim, serdang lalu jugak dekat bandar baru nih... memang suram.. first yang keluar dari mulut adik zad.. macam bawak keta kat Pahang.. sunyi..
Quote zadzamusa 26-5-2011 04:55 PM
Maaf TT zad pun nak share jugak cerita kawan zad kat sini... boleh ya...

Awal tahun 2000 macam tu la... masa tu zad masih lagi belajar... Dalam tengahari macam tu housemate zad dapat panggilan katanya arwah neneknya sakit tenat... Kawan zad.. Hada(bukan nama sebenar) nih memang rapat dengan nenek dia... mau tak mahu dia kena balik jugak petang tu... sebenarnya Hada kalau plan nak balik kampung dia seboleh-bolehnya akan elak balik petang macam yang dia balik sekarang nih...sebab kawasan nih memang sunyi...

Hada dapat jugak balik ke kampung dia naik bas pukul 5 petang... perjalanan selalunya dalam 5 jam naik bas ekspress... Nak balik ke kampung Hada dia boleh naik apa-apa bas yang menuju ke Butterworth, Parit Buntar mahupun ke Kulim... yang paling awal hari tu bas ke parit buntar... Dalam pukul 11 macam tu Hada dah sampai kat stesyen bas Parit Buntar... Memang tak ada sesiapa yang boleh ambil dia... jadinya Hada kena ambik teksi untuk nak sampai kat kampung dia.... Dia tanya pada orang yang bawak teksi dia nak ke bandar baru... ramai yang tak mahu..Last sekali... ada pak cik yang kesian dekat dia offer nak tolong... prebet sapu... Hada terpaksalah sebab dia takut tak sempat nak jumpa nenek dia...

Dalam perjalanan nak balik ke kampung, sempat jugalah dia nak berbahasa basi dengan pak cik nih... duk ralit-ralit bersembang, ada perempuan tahan kereta tumpang... pak cik yang bawak kereta nih tak berhenti sebab dah ada penumpang... lagi pun dia kesian dekat Hada... Hada pun buat tak kisah lah... dia pun tengah susah hati... Jalan kat depan skit... ada lagi perempuan tahan kereta... dalam hati Hada... ramainya orang tahan kereta... masa tu dalam pukul 11 lebih kalau tak salah... pak cik tu buat dunno sekali lagi.... masuklah kali yang ketiga bila sekali lagi diorang nampak perempuan melambai kat kereta sama macam yang kedua dan pertama kali tadi... hati Hada memang rasa tak sedap dah... dia pulun la baca apa yang dia ingat... pak cik tu dah terdiam dah tak dengar dia cakap apa-apa lagi... nampak macam dia fokus kat jalan raya....

Tak lama lepas tu.. pak cik tu berhentikan kereta... dia suruh Hada baca apa yang patut... Hada memang tak berani nak pandang kat luar... dia cuma tunduk pastu pandang kaki dia... rasa memang macam nak menangis sesangat.. Pastu kedengaran pak cik tu melaungkan azan... masa azan dilaungkan tu memang Hada rasa sayu sangat-sangat... tak lama lepas tu pak cik tu start kereta terus sampai kat rumah Hada...

Masa Hada sampai kat rumah... dia ajak pak cik tu bermalam kat rumah dia, sebab risau kalau pak cik tu kena ganggu lagi.. mulanya pak cik tu tak mahu lepas ayah dan abang Hana bersungguh-sungguh ajak baru pak cik tu setuju...

Ikut cerita pak cik tu memang dia nampak perempuan tu 3 kali... perempuan yang sama tahan kereta dia... pastu dia rasa macam sesat... dan masa dia bawak kereta.. dia perasan kat depan jalan tu ada simpang...sedangkan jalan dekat situ sehala ja... dia memang dah biasa jalan dekat situ sebab selalu berulang alik kat situ... lepas azan baru dia nampak jalan... Lepas subuh baru pak cik tu minta diri balik..

Lepas pada kejadian tu Hada memang takkan balik time tu... kalau sampai lewat dia akan tunggu kat  stesyen bas...Maaf TT terpanjang la pulak... maaf ya..
Quote magentaonyx 26-5-2011 05:14 PM
Maaf TT zad pun nak share jugak cerita kawan zad kat sini... boleh ya...

Awal tahun 2000 macam tu ...
zadzamusa Post at 26-5-2011 16:55



    skeri..nasib baik pakcik tu stop azan dulu..kalau gamble je amek memana simpang, taktau la camne
Quote amlisa 26-5-2011 05:28 PM
kawasan bandar baharu tu mmg angker ckit,dl kecoh pasal langsuir...kalau xsilap aku diorang ada bt penebangan hutan kat c2,lps tu ramai yg nmpk kelibat langsuir..aku ada gak cite nk share memandangkan kampung aku kat situ..

kisah pertama:
ada org nampak nenek aku jalan nk g surau...pki jubah putih...org tu nk g tegur nenek aku tp bila makin jauh nenek aku terbang ke udara...mksdnya apa yg dia nmpk tu bukan nenek aku..

kisah kedua
adik2 sepupu aku main badminton kat blkg umah nenek aku...kat blkg umah nenek aku tu ada lg satu umah tp umah tu xde org tggl...tuan umah tu skali skala je balik jenguk...bawah umah tu ada buaian...waktu diorang tgh main2 tu salah sorang drpd diorg ada tegur n tunjuk kat buaian tu...budak ni kecik la xpasti ms tu umur dia brapa..dia cakap nmpk kakak rambut panjang naik buai tu..tp yg lain2 xnampak budak ni sorang je nmpk..

kisah ketiga
adik aku dukung la ank makcik aku,umur ank makcik aku ni dalam 3tahun la...dia bawak jalan2 kat umah blkg nenek aku tu la..kat blkg umah tu ada perigi lama,kmdn ank makcik aku ni tunjuk2 kat perigi tu...adik aku ni xpaham bnd apa yg anak makcik aku ni cb nak cakap,dia bt xtau je la sbb dia xnmpk apa2 yg pelik pun kat perigi tu..
petang tu kitaorg pun balik la penang,balik umah la...malam tu adik aku tdo kn ganggu..dia terjaga tgh malam n dia nmpak ada pocong berdiri btl2 kat meja komputer dia..tp adik aku xbt apa2,dia xblh nk gerak..
malam kedua blkg badan adik aku macam kn simbah air panas...dia cakap rasa pedih tp sbnrnya xde air apa pun kat blkg dia..pastu br dia teringat yg pasal perigi tu...tp kitaorg just ignore je n lama2 xde gangguan lg..

ada lg cite2 seram kat area tu tp aku dah xingat huhu..
Quote dzul90 26-5-2011 05:48 PM
Reply 5# penjaga_kedai


   jalan yang lepas simang kuar highway tu ke?
Quote dzul90 26-5-2011 05:48 PM
Reply 7# liyanur


   300? katne tu?
Quote dzul90 26-5-2011 05:50 PM
Reply 2# fatehana

memang sunyi. dulu lampu jalan pun xde. gelap gila
Quote dzul90 26-5-2011 05:52 PM
Reply 8# zadzamusa


   maybe betol kot sbab dekat ngan siam kot
Quote asamfy87 26-5-2011 07:23 PM
Bandar Baharu ni macam terasing dgn daerah Kedah yg lain kan
Quote fatehana 26-5-2011 07:25 PM
Maaf TT zad pun nak share jugak cerita kawan zad kat sini... boleh ya...

Awal tahun 2000 macam tu ...
zadzamusa Post at 26-5-2011 16:55


skerinya rasa macam pernah ada citer mcm nie tapi bukan kat utara sebaliknya belah selatan, yg ingat bila driver keta azan br jumpa jalan sebenarnya
Quote mssuci 26-5-2011 08:01 PM
memang scaryyy la..kampung aku kat parit buntar tuh...ada jugak sedara duk bndar baru tuh
kwsn tu mg org tk drive la mlm2...memang tk kan pnya
Quote dzul90 26-5-2011 08:05 PM
Reply 16# asamfy87


   die memang pinggir kedah tapi xla terasing cam baling, serdang...
Quote cm_ikasafia 26-5-2011 08:38 PM
sgt2 skeri...

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051553 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top