CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Emas Jadi Makanan Golongan Kaya Di Dubai! Ada Yang Mampu?

11-1-2019 10:40 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 12095| Komen: 60|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Emas lazimnya dijadikan perhiasan seperti rantai, cincin dan gelang atau disimpan dalam bentuk jongkong.

Lain pula halnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana emas dijadikan makanan di negara Teluk yang kaya dengan hasil minyak itu.


Memetik laporan Step Feed, walaupun dikritik banyak pihak, tindakan bekas pemain skuad bola sepak kebangsaan Perancis, Franck Ribery memakan stik disalut emas 24 karat bukanlah sesuatu yang luar biasa di Dubai.


Franck Ribery (kiri) dan stik bersalut emas berharga ASD350
Kredit foto: Step Feed

Selain stik berharga ASD350 (RM1,434) itu, ada banyak lagi makanan berasaskan emas ditawarkan kepada mana-mana pelanggan yang mampu membelinya di sana.



Ais krim Black Diamond berharga ASD816 (RM3,344)


Kredit foto: WhatsOn

Hidangan pencuci mulut ini diperkenalkan oleh Scoopi Café pada 2015. Ia mengandungi ais krim kacang vanilla dari Madagascar, saffron dari Iran, trufel hitam dari Itali serta kepingan dan serbuk emas 23 karat.


Kek cawan Golden Phoenix berharga ASD1000 (RM4,098)


Kredit foto: YouTube / Bloomsbury's

Difahamkan, pelanggan yang mampu dan teringin mencuba makanan ini boleh mendapatkannya di Dubai Mall.


Kopi berharga ASD20 (RM82)


Kredit foto: Facebook Hotel Armani Dubai

Dijual di Hotel Armani di Burj Khalifa. Kopi Arab yang diadun sendiri oleh hotel berkenaan ditabur dengan dedaun emas 23 karat.


Pakej Go for Gold berharga ASD50 (RM205)


Kredit foto: YouTube / Curly Tales

Ketulan ayam dan kentang jejari yang ditabur 30 gram serbuk emas ini dijual di Trophy Room iaitu sebuah bar sukan di Fairmont Dubai.


Kepingan nipis emas atas burger  


Kredit foto: Instagram

Pelanggan di 24 Karat iaitu sebuah restoran Itali di Hotel Marriott Dubai boleh memesan makanan seperti burger, pizza dan salad yang dihidangkan bersama kepingan nipis emas.


Burger Burg Khalifa berharga ASD63 (RM258)


Kredit foto: Instagram

Pada 2017, The Roadery iaitu sebuah syarikat pengendali trak makanan dari United Kingdom (UK) menjual burger yang ditabur dedaun dan serbuk emas pada rotinya ketika pesta Eat The World DXB berlangsung.

Boleh cuba makan kalau anda mampu, tetapi tidak pasti pula sama ada emas akan memberi kesan sampingan terhadap badan manusia atau tidak. - CARI
10

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orgkgdukobesi 11-1-2019 11:29 AM
Huntung lah....ramai rakyat makan hati jer sekarang nih
Quote irwansuhadi 11-1-2019 11:33 AM
so tahi nanti warna emas. boleh jual balik tak?
Quote Sang_Pencinta 11-1-2019 11:33 AM
kesan ke atas kesihatan??
Quote noor2 11-1-2019 11:34 AM
Dunia akhir zaman. ..hehe
Quote Redvelvet3 11-1-2019 11:40 AM
Pelik2....ingatkan emas ni utk perhiasan dan kecantikkan je...rupanya boleh dimakan jugak....
Quote friedfishsoup 11-1-2019 11:44 AM
Untung lah dapat makan emas
Quote nisako 11-1-2019 11:51 AM
ape kesan jika mkn ………...
Quote Artemesiaa 11-1-2019 11:54 AM
Bila duit dah terlalu banyak dan dah tak tahu nak buat apa dengannya mulalah ada keinginan nak makan makanan yang pelik dan paling mahal
Quote chicozinn 11-1-2019 12:24 PM
alah, korang beli je la gold leaf kat shopee ke lazada bru brape ratus pastu boh la kt atas kek..aku kat klcc dulu da slalu mkan gold leaf..huhhu
Quote intan_smsb 11-1-2019 02:24 PM
uols ni tu kan makan urban

makanan org highclass

sedangkn emas pn x mampu beli mengaku highclass

Quote Supersirap 11-1-2019 03:54 PM
kena beringat kepada orang yang susah
Quote nuryakmal 11-1-2019 04:20 PM
edible gold leaf sekarang ni bersepah. kat lazada pun hade.

tepek sikit makanan terus more than 200% increase price

takde rasa pun anyways.
Quote bawangkecik 11-1-2019 05:07 PM
akhirnya keluar menjadi taik hitam legam malah berbau lagi
Quote mawar_pink 12-1-2019 08:49 AM
xde kesan ke mkn emas ni?
Quote meowlin 12-1-2019 03:22 PM
Err ada rasa kah
Quote ChildrenOfBodom 12-1-2019 04:21 PM
arab bodoh lahanat
Quote ChildrenOfBodom 12-1-2019 04:23 PM
dh kaya sgt sampai makanan pon buat dari emas pi la tolong negara2 arab miskin tu, bangsat sgt kaum laknatulloh ni, padan muka kena buli dgn isroel
Quote gigahertz 12-1-2019 05:02 PM
Artemesiaa replied at 11-1-2019 03:54 AM
Bila duit dah terlalu banyak dan dah tak tahu nak buat apa dengannya mulalah ada keinginan nak makan ...

UAE ni antara jajahan Uthamniah dulu. cuba bayangkan Uthmaniah masih ada.
Quote gigahertz 12-1-2019 05:05 PM
ChildrenOfBodom replied at 12-1-2019 08:23 AM
dh kaya sgt sampai makanan pon buat dari emas pi la tolong negara2 arab miskin tu, bangsat sgt kaum  ...

Negara arab dah tahu diorang tak boleh bergntung pada minyak lagi.kena cari cara lain.tambah income. best way open country pada negara luar la.Yang datang nanti Kalau tak China mesti US

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.203314 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top