Ketika mengandungkan anak kedua, Jessica Simpson, 38, membuat kenyataan bahawa itu adalah bayinya yang terakhir dan tidak berniat mengandung lagi. Bagaimanapun, hampir setahun kemudian Jessica kini mengandung lagi, anaknya yang ketiga.
Salah satu puncadia enggan mengandung dahulu kerana mempunyai kesukaran melawan ketagihan makanan menyebabkan berat badannya naik mendadak. Jadi untuk kandungan ketiga ini, sekali lagi Jessica berazam unntuk mengelak minuman manis dan makanan berkalori. Memberitahu hos radio, Ryan Seacrest, Jessica berkata bahawa ini adalah kandungannya yang ketiga dan terakhir. 'Saya memang berazam punya tiga anak, dan selepas ini saya tidak mahu mengandung lagi,' katanya mengulang janji lama. Malangnya, seperti kandungan kedua, tabiat makan Jessica kembali menggila dan dia mengunyah tidak berhenti-henti. 'Saya teringin nak makan semua, bila-bila masa, sehingga saya rasa sungguh kepenatan' katanya mengadu. Antara menu kegemarannya ketika mengidam termasuklah makanan tinggi kalori seperti Mac & Cheese, ayam goreng, minuman manis Coke, anggur dan oren soda. Tabiat buruknya itu merungsingkan suaminya Eric Johnson dan rakan-rakannya. Dilaporkan sehingga kini berat badan Jessica telah mencecah 120 kg, naik 45 kg daripada beratnya sebelum mengandung. Lebih memburukkan keadaan, Jesicca dikatakan mudah tersentuh jika diberikan nasihat mengenai tabiat permakanan buruknya. 'Dia sangat sensitif jika dinasihati dan enggan mengubah tabiat mengidamnya yang berbahaya' kata sumber itu memberitahu RadarOnline. Keluarganya pula takut sebarang komplikasi kesihatan ketika bersalin akibatnya berat badannya yang semakin naik mencanak. Tak salah mengandung dan mengidam tetapi kalau melampau sehingga menjejaskan kesihatan, mungkin Jessica perlu mendengar nasihat ahli keluarganya. -CARI
|
14
Bagus |
14
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
joyahglam: apa susah nye yong.. udah bersalin nanti upah ler personal trainer, yg jaga diet utk kurus. yong tabo ajer duit, habeh cerita.
ADVERTISEMENT