CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dekat Traffic Light Saja 10 Minit Terbuang, KL Ni Nak Jadi Apa Sebenarnya?"

11-1-2019 10:51 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8484| Komen: 55|Original author: Oleh: Azza






Anda warga Kuala Lumpur (KL)? Mesti anda sudah biasa dengan kesesakan jalan raya yang melanda ibu negara Malaysia ini. Sana sini 'jammed' hinggakan pada waktu kemuncak, situasi menjadi semakin teruk dan akhirnya berlaku kemalangan. Lebih parah apabila pembangunan yang dilakukan oleh pihak berkuasa semakin galak dilaksanakan, seolah-olah tiada tanda untuk berhenti.

Ramai warga KL makan hati namun seakan pasrah dengan situasi tersebut lalu redha menghadap kesesakan sama setiap hari. Namun bagi yang sudah tidak tahan, mereka menyuarakan di media sosial, hanya itu yang mampu dilakukan. Rupa-rupanya ramai warga KL berkongsi pengalaman pahit yang sama. Sampai bilakah tragedi ini akan berakhir?



Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Carian Internet

Bagi warga KL ini, pengalaman menghadapi kesesakan semakin menganggu pemikirannya. Manakan tidak, berada di 'traffic light' Park Royal sahaja memakan masa 10 minit. Sangat mengejutkan kerana tidak pernah berlaku sebelum ini. Bayangkan jika minyak kereta hampir kehabisan? Malahan, Kampung Baru yang sudah padat itu pun, pihak berkuasa menaikkan projek kondominium menyebabkan kawasan di situ semakin sesak!


Ia turut dipersetujui oleh warga KL yang turut mengalami pengalaman sama. Sebut sahaja nama daerah di KL ini, Setiawangsa, Wangsa Maju, Kampung Baru, Ampang dan lain-lain yang sudah padat itu tetap dibangunkan dengan pelbagai projek perumahan, LRT dan sebagainya. Hal ini menyebabkan jalan semakin sesak dan warga KL seperti berada dalam kebingungan.


Kredit foto: Carian Internet

"Masalahnya construction kat KL ni bukan manfaat untuk rakyat Malaysia pun. Naik kondo, naik opis untuk orang luar. Kita yang kena hadap jammed, jalan lubang sana sini!"

Bagi warga KL yang menetap dan bekerja di bandar KL iaitu destinasi ketujuh menjadi pilihan pelancong selepas London, Paris dan Dubai, pastinya Kuala Lumpur semakin sesak dengan perancangan bandar yang tidak sempurna. Ia juga menggambarkan berlakunya keputusan luar jangkaan atau ia memang kehendak pihak berkuasa?


Kredit foto: Carian Internet

"Habis tu, dah kenapa banyak sangat projek pembangunan sampaikan di Cheras, ada 3 mall yang berdekatan, nak jual kat sapa?"

Bagi warga KL, apabila pembangunan dibuat tanpa mengambil kira kepadatan penduduk, ia membuatkan jalan semakin sesak hinggakan jalan cuma tinggal 3 lane sahaja. Contoh terdekat ialah di Cheras.


Kredit foto: Carian Internet

Nampaknya pihak berkuasa tidak menghiraukan bantahan warga KL sehinggakan banyak insiden berlaku pun tidak menginsafkan mereka. Antaranya ialah kren tumbang lalu menghempap kereta di Kampung Baru dan jambatan Mid Valley runtuh sekalipun tidak pernah menghentikan kerakusan mereka membina bangunan. Jadi, apa yang kita nak buat sekarang? - CARI 
3

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paz 11-1-2019 11:09 AM
Challenge Paz hari-hari ni. Dulu setengah jam dah sampai opis. Seakrang sejam.

Paz pilih datang awal 6++ dah kat office sebab tak nak jem langsung.
Quote NurAlia14 11-1-2019 11:26 AM
Lame2 org pn xnk beranak sbb mase bnyk hbs kt jln raya nk spend mase dgn anak pn xdan
Quote mizruncing 11-1-2019 11:26 AM
bagus la ada org yg suara kan benda ni. hope ada la pak menteri yg perasan
Quote irwansuhadi 11-1-2019 11:30 AM
duduk kl ni, kebanyakkan org setiap hari buang masa 3 -4 jam atas jalan sahaja (untuk pemunya kenderaan).  Itu tak termasuk dengan sikap kekampungan yang dibawa ke KL kalau ada eksiden. Sibuk nak perlahankan jalan sebab nak tengok eksiden yang berlaku kat jalan bertentangan. K bai
Quote Cyempaka 11-1-2019 11:31 AM
minggu ni sangat2 jem. lebih dr biasa. 2jam perjalanan aku ke ofis. biasanya 45minit ja
Quote moonbug 11-1-2019 11:33 AM
Musim cuti pun jalan sesak
Quote knnk 11-1-2019 11:39 AM
Memang pun, benci betul I.
Ampang tu especially traffic light kat LRT Station and nak masuk Akleh dulu memang jammed tapi la ni almost everywhere dekat Ampang jammed termasuklah kalau nak pi bukit belacan ke apa.
Benci betul.
Quote cik_sssara 11-1-2019 11:40 AM
Edited by cik_sssara at 11-1-2019 12:20 PM

LOL. Dah nama pun dekat bandar. Pusat bandar pulak tu. Takkan nak macam tu je keadaannya dengan 5/10 tahun dulu. Bangunan naik tu semua investment long term. Nak kerja/menetap dekat bandar tapi taknak hadap consequences of city life. Buka minda, cuba banding dengan ibu negara negara lain, then do the talk.

Kalau nak aman, tinggal/kerja jela dekat luar/pinggir bandar.



Quote Artemesiaa 11-1-2019 11:49 AM
Ada benarnya sebab tu sekarang makin ramai pilih duduh diluar sikit dari kawasan tengah bandar.  Walaupun nampak cam jauh sikit tapi tak selalu tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang teruk melainkan bila masuk ke kawasan tengah bandar.
Quote AbukRokok 11-1-2019 12:04 PM
pundek apa nak stop all contruction...rugilah tauke developer
Quote Rogue98 11-1-2019 12:15 PM
Edited by Rogue98 at 11-1-2019 12:31 PM

Dah semua nak kerja KL... hadap lah... Shopping pun nak gi KL... Dating pun nak gi KL... Buat biz pun kat KL.. nak cuti pun gi KL... pastu salahkan construction...
Quote prettyuglybabe 11-1-2019 12:32 PM
nama pun ibu negara..
tu pun mujur office gomen dah dipindahkan ke tempat lain..
kalau tak, fikir la sekarang macam mana..
dengan kemampuan mereka berkereta lagi..
sorang satu kereta masuk pusat bandar..
Quote cmf_Strawberry 11-1-2019 12:56 PM
Jadi macam ni sebab kat msia ni semua pun fikir poket sendiri dan sebab rasuah. Mana ada tanah kosong mesti nak buat bangunan. Flyover berlapis2... jem tetap jem cuma beralih tempat
Quote missinpiece 11-1-2019 01:18 PM
Area puchong exit kesas hati bkerja sangkut ham pir setengah jam kalau kluar rumah kul 8. So iols  kuar awal skitla utk elak sakit kepala. Skali dh terkena kena amik inisiatif sendiri la
Quote intan_smsb 11-1-2019 02:05 PM
ooo nasiblah sy sejenis yg suke simpan kereta dirumah
dan guna pengangkutan awam/grab
Quote matseh 11-1-2019 02:26 PM
Kesian yg kerja area KL SEl  dll. Aku kerja di Jejawi , rumah pun di Jejawi. Masuk pukul 7.45, pukul 7.30 baru start keta. Kalau x hujan naik moto. Singgah dulu breakfast di Al Sagoff sblh masjid Jawi. Tapi aku keluaq awai sikit la sbb nk bfast.

Kesian .....hangpa. Muka di permudahkkan dan dimurahkkan rezeki semuanya. Member yg duduk Bandar Saujana Putra apa cerita depa?
Quote Jajabeans 11-1-2019 02:39 PM
missinpiece replied at 11-1-2019 01:18 PM
Area puchong exit kesas hati bkerja sangkut ham pir setengah jam kalau kluar rumah kul 8. So iols  k ...

kan.. dh tau jalan yang hari2 ko lalu tu jem buat alternatif sendiri bangun awal gerak awal pagi konfem jalan clear. Your grumble is nothing to them. selagi ada demand, mmg membiak la construction sana sini.
Quote Supersirap 11-1-2019 03:52 PM
Keluhan masyarakat perlu diambil kira, masalah traffic ni patutu dijadikan agenda di dalam mana-mana saluran yang berkaitan dengan kerajaan
Quote DollahRepek 11-1-2019 03:57 PM
Kalau jem di area KL itu mmg ramai yang dah biasa. Tapi bila jem di area kg2 terutama musim perayaan tiba2 penduduk KL menjadi baran seperti tak pernah menempuh jem

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.106550 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top