|
Tiada apa yang mustahil buat Dato' Seri Vida. Apa sahaja yang diimpikan (dari segi material) hampir pasti menjadi kenyataan kerana duit bukan masalah buat dirinya. Meminati barangan berjenama Louis Vuitton (LV) menjadikannya sebagai pengumpul jenama mewah tersebut. Tidak hanya itu, tahun 2019 mencatat kejayaan peribadi apabila anaknya, Cik B rajin ke sekolah. Jadi, untuk menghargai kerajinan Cik B, Vida membuat kejutan dengan menghadiahkan 'cover' buku nota dari jenama LV. Wah! Dah lah sebelum ini Cik B pernah dapat hadiah kereta mewah dan kucing, sekarang buku nota yang kulit bukunya ditinta daripada kulit jenama mewah tersohor ya. Rakaman dilakukan ketika Vida membuat pilihan kulit buku LV di butik Louis Vuitton, Pavilion.
"Saya buat surprise untuk
Cik B. Gigih walau hujan. Hari ni ada masa skit, saya pergi. Tapi Cik B
tak kejut sangat sebab dia dah tertengok IG saya." Vida juga merakamkan beberapa video untuk menunjukkan cara dia membuat kejutan tersebut. Jelas di wajah Cik B yang tidak terkejut dengan kedatangan ibunya namun tetap gembira kerana Vida menghadiahkan buku nota yang 'cover'nya dibuat dari jenama LV.
Menurut Vida, Cik B sebenarnya lebih sukakan kehidupan yang lebih 'low profile' berbanding dirinya yang lebih gempak. Namun apa yang dilakukan adalah untuk memberi semangatnya supaya lebih rajin ke sekolah. Biarpun tidak menyatakan harga kulit buku tersebut, namun ramai yang percaya ia berharga RM3,000 ke atas. Pelbagai pendapat netizen di ruangan komen, ada yang kagum dengan cara Vida menghargai anak-anaknya tetapi ada juga yang mengira-ngira berapakah kos kulit buku nota tersebut. Malahan rakan artis seperti Harith Iskandar turut memuji Vida dengan kebaikan yang ditunjukannya. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan ini adalah cara Vida menghargai insan kesayangannya memandangkan rezeki yang dia ada. Jadi, Cik B jaga baik-baik ya buku berkulit LV itu ya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|