Seorang pengguna twitter bernama Faiz Wahab @faizwahab baru-baru ini telah berkongsi satu teknik pengurusan kewangan yang sangat mengujakan dan rasanya ramai lagi yang tak tahu cara Main Kutu Cara Hipster ini. Seperti yang semua orang tahu bermain kutu ini selalunya memerlukan beberapa orang ahli dan kemudian duit yang terkumpul setiap bulan akan diberikan kepada ahli mengikut giliran. Tapi cara hipster ini hanya perlu 'bermain sendiri' sahaja tanpa perlu mengumpul beberapa orang ahli untuk menjayakannya. Pengguna twitter tersebut mengatakan yang dia sebenarnya menyukai system kutu ini cuma dia tak suka beberapa risiko dalam kutu: 1. 2. Orang pecah amanah 3. Kena cabut undi bila kita nak dapat Bagi mengatasi masalah ni, Faiz telah berkongsi tutorial dimana ada satu features yang cool di Maybank2u. Jadi pengguna Maybank2u boleh lah mencubanya selepas ini ya. Memang superb! Caranya adalah menggunakan Goal Saving Plan dalam Maybank2u. Setakat ini katanya kita perlu menggunakan di laman web Maybank2u memandangkan di apalikasi telefon belum lagi tersedia. Bagi tutorial ni Faiz telah buat untuk kutu tabung korban. Dia menjangkakan bulan 7 nanti dah penuh tabungannya. Ini caranya: Lepas login Maybank2u, terus tekan pada create goal + Satu menu akan muncul pada skrin Isi butiran macam mana yang anda mahu. Untuk tabung korban
Faiz, dia buat untuk 7 bulan sahaja. Lepas tu akan muncul di skrin untuk comfirmation. Semak balik dan pastikan semuanya betul. Tekan sahaja comfirm bila semua maklumat yang diisi adalah betul. Dah siap tabung kutu korban anda.
Kalau anda nak buat tabung untuk raya ke, tabung travel atau tabung nak buat suprise birthday semuanya boleh. Tak perlu pening dan risau, nak hadap semua dengan ahli-ahli kutu yang bermacam ragam. Kalau nak buat tabung untuk road tax dengan insurans/takaful kereta pun boleh. -CARI |
11
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
b_n_c replied at 13-1-2019 01:18 PM
dia tolak tiap2 bln ke camna?
EncikRhoma replied at 13-1-2019 11:40 AM
aku tak paham mentaliti org yg main kutu ni. Daripda main kutu, baik simpan asb bulanan. Ada jugak d ...
mawar_pink replied at 12-1-2019 08:47 AM
maybank je ke?bank lain xleh?
chentadearhati replied at 13-1-2019 08:52 PM
Setakat ini...Maybank shj
ADVERTISEMENT