Pasangan suami isteri yang melemparkan komen biadab terhadap institusi diraja menerima padah apabila kedua-duanya digantung kerja sementara oleh majikan masing-masing.
Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang kakitangan di Tenaga Nasional Berhad. Manakala lelaki berkenaan adalah kakitangan di PEMANDU Associates. PEMANDU Associates, sebuah firma perundingan melalui satu kenyataan rasmi di laman Facebooknya menyatakan, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Harian Metro melaporkan, seorang pengguna di laman Facebook dikenali sebagai Fitri Azmiza terkilan dan tidak berpuas hati terhadap kenyataan biadap terbabit. “Kenyataannya berbaur kebencian dan menghasut terhadap keluarga diraja dan sistem monarki di negara ini adalah tidak patut dan biadab, maka diharap tindakan tegas diambil.” Selain itu, pekerja sebegini juga menjejaskan reputasi firma berkenaan kerana menggaji pekerja yang tidak beretika. “Jika layak dibuang harus dilakukan segera. Perkara ini sangat tidak bermoral bagi seorang Melayu yang hidup dalam masyarakat bermonarki sejak sekian lama." Sebelum ini, Cisco Asean memutuskan untuk memecat seorang pekerjanya kerana menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook, susulan menerima tekanan daripada orang ramai. Kedua-dua kenyataan menghina tersebut dibuat selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, mengumumkan perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. -CARI
|
14
Bagus |
16
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CharlesDera replied at 8-1-2019 05:06 PM
Sorry, that page doesn’t exist! bro...wkakakakakakkakakaka
coughtlava replied at 8-1-2019 05:09 PM
gila kau nak terus menten page yg dah beribu orang maki
habis malu friends fb sedara mara baca ...
CharlesDera replied at 8-1-2019 05:11 PM
belajaq tinggi2 kereja baguih2 tapi bowdow....wakakakakakakak
coughtlava replied at 8-1-2019 05:18 PM
tak pepasal muka laki bini viral glamor silap pasal
mesti mak pak, mak mertua pak mertua, ipar duai ...
CharlesDera replied at 8-1-2019 05:25 PM
bak kata penganut kuil...karma......kita jangan percaya karma2 ni...ini semuanya kuil....wakakakak ...
ADVERTISEMENT