CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diserang Strok Di UK, Pihak Insurans Pula Buat Hal

8-1-2019 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5564| Komen: 39|Original author: Oleh: Myra Rozi

Hasrat untuk meraikan kejayaan anaknya menerima Ijazah Sarjana pada majlis graduasi di United Kingdom (UK) tidak kesampaian apabila Sahrom Ahmad, 59 diserang strok sebaik sampai di negara tersebut.


Harian Metro melaporkan, dia turut mengalami pendarahan otak dan terpaksa menjalanai pembedahan di Hospital Charing Cross, London.

Anaknya, Nur Amalina Sahrom berkata dia menjaga bapanya di hospital sementara menunggu ibunya Almah Semail bersama ibu saudara dan adiknya tiba dari Pulau Pinang.

“Kalau sebelum ini saya seorang saja jaga bapa, mujur ahli keluarga lain tiba minggu lalu. Jadi sekarang kami sudah boleh bergilir-gilir. Saya tak pasti sama ada bapa sedar atau tidak.

“Bapa terbaring kerana masalah kesihatannya turut membabitkan otak yang mungkin tidak dapat berfungsi seperti biasa."

Foto: Harian Metro

Tiga minggu selepas rawatan bapanya semakin stabil dan pihak hospital membenarkan Sahrom pulang ke Malaysia namun terbantut kerana kerenah birokrasi daripada syarikat insurans di Malaysia.

“Urusan tertangguh berikutan masalah polisi insurans bapanya ambil di Malaysia. Bapa beli pelan insurans perjalanan VIP membolehkan dia menebus bayaran balik insurans perubatan sehingga RM300,000 dan repatriation (bawa balik) pada nilai sepadan.

“Polisi insurans pelancongan itu hanya menanggung kos perubatan hingga RM300,000 saja dan sekarang ia meningkat kepada RM366,000. Semakin lama bapa di hospital, kos akan terus meningkat.

“Pihak hospital anggarkan kos untuk bawa bapa pulang adalah RM300,000 membabitkan paramedik, katil dan kelengkapan perubatan."

Amalina cuba menguruskan sendiri dengan syarikat insurans tapi terdapat banyak halangan.

“Pihak hospital memang mahu membantu mempercepatkan urusan kami. Kakitangan sangat baik dan memberikan sokongan kepada kami, tapi syarikat insurans pula macam melengah-lengahkan,” katanya.

Masalah yang menimpa Sahrom turut mendapat perhatian pejabat kedutaan Malaysia di London dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Mereka akan menghubungi syarikat insurans berkenaan untuk mempercepatkan urusan. Apabila kita berada di luar negara, sukar untuk mendapat wang tunai dengan cepat.

“Saya harap ada pihak yang sudi untuk bantu kami bawa bapa pulang dan menerima rawatan lanjut di Malaysia."

 Nur Amalina sepatutnya menerima ijazah sarjananya pada 17 Disember lalu namun masalah kesihatan menimpa bapanya menyebabkan dia tidak menghadiri majlis graduasi.

Kakitangan TNB itu menerima Ijazah Sarjana (Sains) Pengurusan Antarabangsa dari Universiti Loughborough. -CARI
8

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 8-1-2019 09:52 AM
SAHROM menerima rawatan di Hospital Charing Cross, London akibat serangan strok.
Quote kucingitam 8-1-2019 09:55 AM
kesiannya...semoga urusan dipermudahkan...
Quote Remyda 8-1-2019 09:59 AM
(Eds - Due to some technical issues faced by the above account, the family will be contacting the bank to resolve the matter. For the time being, those who wish to contribute can do so via the wife’s Bank Islam account number:

07016020007585 - Salmah binti Ismail)
Quote riyadhK 8-1-2019 10:05 AM
Semoga semuanya dipsrmudahkan
Quote Remyda 8-1-2019 10:06 AM
Insurans akan cover mengikut polisi yang kita beli. Sebab tu kita kena faham. Beli Nilai Polisi mengikut negara yang kita lawati.

Jika ke UK ambilah polisi 1 Juta. Sebab perbezaan Currency. Satu lagi  jangan beli polisi pay & claim. Polisi ni memang murah.

Minta beli polisi Full Coverage.

Quote arasham 8-1-2019 10:13 AM

Dia memberitahu, masalah menimpa bapanya turut mendapat perhatian pejabat kedutaan Malaysia di London dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB Akan cover husband dia punya cot perubatan kalau Malaysia Kan? So Dlm case ni app yg TNB Akan boleh tlg eh?? Semoga diprmudahkanlah urusan mereka..
Quote EJALTI 8-1-2019 10:17 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan...
Quote gummiebear 8-1-2019 10:21 AM
Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Btw, congrats Amalina on your graduation!
Quote umbut 8-1-2019 10:40 AM
Bercuti ke luar negara pun bahaya kalau tiba2 sakit.. insuran pun kadang x cukup
Quote Nonones 8-1-2019 11:20 AM
arasham replied at 8-1-2019 10:13 AM
Dia memberitahu, masalah menimpa bapanya turut mendapat perhatian pejabat kedutaan Malaysia di Lon ...

TNB dah buat derma kilat utk bawak balik En. Shahrom ni & CSR RM 50,000.00.
Quote arasham 8-1-2019 11:28 AM
Nonones replied at 8-1-2019 11:20 AM
TNB dah buat derma kilat utk bawak balik En. Shahrom ni & CSR RM 50,000.00.

Tq.. atas pencerahan
Quote moonbug 8-1-2019 11:30 AM
Good job TNB prihatin & proactive. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ni
Quote TuntungReturn 8-1-2019 11:34 AM
tnb pun ade hat limit utk sakit. cam opis aku limit sakit berpanjangan rm60,000 setaun. sakit biasa rm1000 setaun.
Quote Artemesiaa 8-1-2019 11:35 AM
Masa nak beli insurance perjalanan elok baca semua terms and conditions nya dulu baru buat keputusan nak pilih coverage yang mana.  Juga ada eloknya buat pemeriksaan kesihatan dengan doctor dulu sebelum travel nak2 buat yang dah ada sejarah masaalah kesihatan sebelum ni.  Bukan apa ia demi untuk memastikan seseorang tu fit untuk travel jauh.
Quote dinopower2 8-1-2019 11:41 AM
Artemesiaa replied at 8-1-2019 11:35 AM
Masa nak beli insurance perjalanan elok baca semua terms and conditions nya dulu baru buat keputusan ...

aku beli insuran pun kdg2 tak baca hbis...
sbb yg jual pun sedara mara...
Quote aHoi83 8-1-2019 11:47 AM
Mak ayah bekorban utk membesarkan anak dgn ilmu, anaknya pula sanggup bekorban utk tidak pg ke convocation day utk menjaga ayah nya. I doakan semoga dipermudahkan semuanya. Congrats adik amalina.
Quote pearl.silver 8-1-2019 11:53 AM
Tahniah dik..sebab dah grad dan jaga ayah..
Quote jazaa100 8-1-2019 01:36 PM
Remyda replied at 8-1-2019 10:06 AM
Insurans akan cover mengikut polisi yang kita beli. Sebab tu kita kena faham. Beli Nilai Polisi meng ...

sakit le kalau beli polisi pay & claim kan...
mana nak cekau duit cash dlm masa terddekat....

thnx for the info...


Quote PongKang 8-1-2019 01:43 PM
Insurans mana la tu yg banyak songeh

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.109827 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top