Wanita yang selama ini memegang rekod manusia paling tua disyaki menipu umurnya dengan beza 23 tahun berbanding umur sebenar. Wanita itu, Jeanne Calment, meninggal dunia pada bulan Ogos 1977 di Perancis ketika berumur 122 tahun 164 hari menurut Guinness World Records. Bagaimanapun sepasukan penyelidik Rusia yang menerbitkan penyelidikan mereka di Research Gate mendakwa Jeanne telah lama mati pada tahun 1934 dan anaknya Yvonne Calment telah menyamar dan menggunakan identiti ibunya sehingga tahun 1977. Yvonne dikatakan dikatakan berbuat demikian kerana keluarga mereka mahu mengelak daripada membayar cukai warisan yang tinggi menurut In side Edition. Antara bukti yang dikemukakan oleh pasukan penyelidik itu termasuklah data lama pengenalan Jeanne keluaran 1930an yang merekodkan warna rambut dan ketinggian yang jauh berbeza dengan data dan gambarnya sebelum meninggal. Menurut mereka lagi, suami Jeanne juga tidak pernah berkahwin semula walaupun masih berumur 42 tahun ketika kematiannya. Percanggahan umur orang gaji yang kononnya membawa Jeanne juga ditemukan dan menambahkan kecurigaan.
Penyelidik tersebut menyatakan keraguan mereka kerana keluarga tersebut enggan bekerjasama untuk membuat semakan arkib dan mendakwa semua dokumen mereka ‘telah terbakar’ menyebabkan mereka mengesyaki keluarga itu menyembunyikan sesuatu. Dapatan penyelidik Rusia ini disangkal oleh Jean-Marie Robine, penyelidik Perancis terdahulu yang membantu mengesahkan umur Jeanne. Menurutnya beliau telah membuat kajian terperinci termasuk bertanya soalan peribadi yang hanya diketahui oleh Jeanne. ‘Agak mustahil seseorang bertukar identiti tidak menjadi buah mulut masyarakat dulu, lagipun tak mungkin si ayah tiba-tiba menjadikan si anak sebagai isteri barunya tanpa menjadi skandal’ kata Jean-Marie. Hanya satu cara yang sahih untuk menyelesaikan masalah ini iaitu menggali kubur kedua-dua Jeanne dan Yvonne untuk menentukan usia mereka berdasarkan ujian saintifik. Sekiranya dakwaan penipuan ini benar, gelaran Jeanne akan dilucutkan dan diganti oleh Sarah Knauss, rakyat Amerika Syarikat yang mati pada tahun 1999 ketika berumur 119 tahun. - CARI |
7
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 2-3-2019 05:00 AM
inheritance tax...i see interesting...
ADVERTISEMENT