"Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati sangat." "OMG Bae teruk." "Tall, dark, hensem. Melting." Biarpun sudah berusia 36 tahun dan ramai aktor baru meningkat naik, namun aura Remy Ishak sukar dikikis daripada ingatan peminat. Tampil dengan pakej lengkap seperti masih belum berkahwin, tinggi, kacak dan macho membuatkan pelakon ini sentiasa menjadi pilihan produser tempatan. Apatah lagi apabila ada cerita-cerita di belakang tabir yang mengisahkan kebaikan Remy membuatkan ramai jatuh hati. Terbaru, netizen ini mendedahkan yang Remy meminta izin untuk tumpang solat di lokasi penggambaran menjelaskan yang pelakon tersebut begitu menjaga solatnya. Ia membuatkan ramai peminat wanita teruja dengan karektor Remy. Akan tetapi ada juga yang menyatakan solat itu kewajipan, apa yang peliknya?
Maka, ramai pula yang menceritakan kebaikan Remy seperti bertemu di masjid di kampung dan sebagainya. Malahan ramai pula yang dari tidak menyukainya, tiba-tiba minat pula. "Apa nak pelik, tu kan kewajipan!" "Kalau Ebby Yus buat gitu, ada orang nak heboh-heboh tak?" Bagaimanapun, ada juga yang hairan dengan kekaguman netizen yang keterlaluan. Bagi mereka tiada apa yang peliknya dengan Muslim bersolat kerana itu adalah kewajipan. Sedangkan tidak ramai yang tahu betapa susahnya sebagai anak seni untuk menunaikan kewajipan tersebut jika tidak punya hati yang kental. Pastinya situasi sebagai anak seni tidak sama dengan situasi mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, jika Remy Ishak solat sekalipun, bukan dia yang menyebarkan berita ini, maka kita perlulah sentiasa mewar-warkan cerita positif supaya ada yang terikut sama. - CARI |
7
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eizarz replied at 31-12-2018 12:17 PM
mat bangla ni pun ramai org nak kecoh...
ADVERTISEMENT