CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tegur Kereta Salah Parkir, Rupa-Rupanya Axia Tu Memang Kereta 'Hijau'

27-12-2018 10:45 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10683| Komen: 18|Original author: Oleh: Azza



Bercerita mengenai parkir kereta sememangnya boleh membuatkan ramai yang hilang pertimbangan. Berebut tempat parkir, menanda tempat dengan berdiri di kawasan parkir dan 1001 cerita membuatkan situasi di Malaysia juga sangat hangat.

Bagaimanapun, isu yang dibangkitkan oleh netizen ini memakan diri sendiri. Apabila dengan sinis dia menyatakan kereta yang berada di tempat parkir yang dikhaskan pada kenderaan hijau menonjolkan sisi kelakar rakyat Malaysia.

Mungkin baginya, kereta hijau bermaksud kenderaan yang menjimatkan minyak dan bukannya kereta kompak buatan Malaysia yang berwarna hijau ini. Namun, tanpa disedari kereta Axia ini juga sebenarnya berada dalam kategori hijau!

Kredit foto: Twitter

"Ya, orang Malaysia memang pandai switch kebodohan dan terus jump to conclusions. Its EEV and its a green vehicle."

Menyedari belum ramai lagi yang peka dengan kepentingan kenderaan yang mengurangkan pelepasan asap ini, alternatif mewujudkan tempat parkir sebegini haruslah diberi pujian. Namun, apabila ada pula yang memandai-mandai dan memuat naik status di media sosial, maka harus bersedia menerima akibatnya. Status tersebut mengundang kecaman netizen yang memahami ciri-ciri kenderaan mesra alam sekitar ini.


Bagi mereka yang mengetahui bahawa produk tempatan juga sudah setanding dengan industri automotif luar, maka setiap rakyat Malaysia tidak boleh memandang rendah keupayaan anak tempatan. Atau sekurang-kurangnya tidak menuduh sebelum membuat siasatan.

Bagaimanapun, apabila melihat jawapan balas di status ini, sebenarnya masih ramai yang belum peka dengan wujudnya 'kereta hijau' ini dalam kalangan kereta tempatan. Jawapan sinis seperti asap hijau adalah lambang pemikiran segelintir anak muda sekarang.

Kredit foto: Carian Internet



Kredit foto: Carian Internet

Tidak salahnya jika tidak tahui mengenai jenis kenderaan. Tetapi adalah salah jika menyebarkannya tanpa menyiasat kesahihan terlebih dahulu.  Jadi, jika anda membeli kereta dan nampak simbol daun hijau di 'dashboard', itu bermakna kenderaan anda adalah kereta hijau. Ini kerana ia menggurangkan penggunaan petrol sekaligus mengurangkan pencemaran asap dan ia dinilai bukan berdasarkan warna kereta, sebaliknya simbol daun. - CARI 
2

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-12-2018 10:54 AM
hahahahahahahaha tumpang gelak
Quote manehnya 27-12-2018 11:04 AM
bila semua org nk jd wartawan viral...
Quote NBM 27-12-2018 11:07 AM
terlajak perahu bokeh diundur terlajak kate nampak naw bodohnya
Quote meow_tompok 27-12-2018 11:12 AM
next target.. beli kete hijau
Quote Bilissey 27-12-2018 11:13 AM
Nak gelakkan orang..dia yg kena gelak
Quote sinalegna 27-12-2018 11:42 AM
Hari tu kat ikea aku mcm dia jgk la gelakkan kete ijau kt tmpt green vehicle parking, tp kete tu myvi 1st gen la.. so pretty sure its not eco friendly
Quote whadda 27-12-2018 12:44 PM
ooo baru tau
Quote palmolive 27-12-2018 01:01 PM
mender gini payah..
sepayah nak bagi signal bila masuk/keluar simpang..
Quote freesia71 27-12-2018 01:09 PM
Skrf  baru tau maksud parking hijau tu bilabaca thread ni.  Maksudnya keta i pun boleh la park kat situ, sbb i ada tanda daun hijau tu kat  my dashboard.
Quote miemiecha 27-12-2018 02:37 PM
mek nak tnya nih.. yg eco lambang daun tu yek??
wahhh...
so kete mek pun blh lah....
ke salah???
Quote NmeeraR 27-12-2018 07:34 PM
Adoi... Kan dah kena balik..
Quote Jorja 27-12-2018 09:19 PM
I ingatkn green cars tu yg hybrid aja, so kalu axia baru bole park meaning keta baharu I pun bole park ye #syukur
Quote b_n_c 28-12-2018 04:54 AM
in other way, at least bdk ni bagi banyak information kesedaran jgk psl green car ni...

bnda viral cpt ckit info tersebar..
Quote bulan_gerhana 28-12-2018 10:01 AM
owh ade erk keta ijo... bukan ijo mak kau..

frankly speaking .. ni aku baru tau.. sabau sabau.. mak anak kecit2.. x mo tambah utang.. pakai yg hado dulu.. ade rejeki bole target kete ijo
Quote Achubam 2-1-2019 01:50 AM
Opis weols. Saga lama yg parking kat green vehicle area... Evergreen katanya...
Quote Artemesiaa 2-1-2019 05:22 PM
Padah bila semua benda nak ditularkan
Quote LautBiru52 2-2-2019 08:41 PM
Oo baru tau kete yg ade lambang daun tulis eco tu green car bila baca thread ni
Quote clarizsa 3-2-2019 12:23 AM
Oh. Ok. i igtkan green car tu yg letric car je

So kete i pun boleh la park. Ade gak symbol daun ijau tu wpun enjin turbo

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.278332 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top