Bekas
penyerang berbisa Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai
pengurus sementara kelab bola sepak tersebut bagi mengisi kekosongan yang
ditinggalkan oleh Jose Mourinho.
Menurut
kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi Manchester United (www.manutd.com) pada 19 Disember, Solskjaer
diberi kepercayaan untuk menggalas tugas itu sehingga musim Liga Perdana
Inggeris 2018/19 berakhir.
Bekas
pemain kebangsaan Norway itu menjaringkan sebanyak 126 gol dalam 366
penampilannya bersama Manchester United sepanjang 1996 hingga 2007.
Pada
2008, Solskjaer yang terkenal dengan aksinya sebagai pemain simpanan berbisa atau super sub dilantik
sebagai pengurus pasukan simpanan Manchester United sebelum menjadi pengurus di
FC Molde di Norway. Manchester United memberitahu, Solskjaer akan menguruskan kelab tersebut sementara proses pemilihan pengurus yang baharu dijalankan.
Beliau
akan dibantu oleh Mike Phelan sebagai jurulatih serta Michael Carrick dan
Kieran McKenna.
Sementara
itu, Solskjaer berkata, Manchester United sentiasa di hatinya dan beliau sangat
gembira untuk kembali sebagai pengurus kelab berkenaan.
"Saya
teruja untuk bekerja dengan skuad yang sangat berbakat, barisan pegawai dan
semua pihak di kelab ini," katanya.
Naib
Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward pula yakin gandingan
Solskjaer dan Phelan berupaya menyatukan para pemain serta penyokong dalam
cabaran separuh kedua musim ini.
"Ole
merupakan seorang legenda di kelab ini dan beliau sangat berpengalaman sama ada
di tengah padang atau sebagai jurulatih," katanya. Sudah tentu semua penyokong Manchester United di seluruh dunia mengharapkan sentuhan super sub berbisa Solskjaer untuk membawa kelab kesayangan mereka kembali ke puncak kegemilangan. - CARI |
12
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT