Penyiasatan kejadian penemuan misteri 400 bangkai kucing dalam keadaan mengerikan di Croydon, selatan Kota London sejak awal 2014 lepas kini ditamatkan apabila pihak polis mengumumkan bahawa kematian kucing-kucing itu berpunca daripada insiden dilanggar kereta kemudian bangkainya dimakan oleh musang liar.
Bagaimanapun orang ramai meragui pengumuman pihak Metropolitan Police Service kerana bangkai-bangkai kucing yang ditemui berada dalam keadaan seperti dibedah oleh manusia dengan pisau yang tajam. Kes yang ganjil itu bermula beberapa tahun lepas apabila ratusan bangkai kucing yang seakan-akan dibedah dijumpai di seluruh UK, dari London ke Mancester. Media menggelar pembunuhnya ‘The Croydon Cat Killer’ yang dikatakan memenggal dan mencacatkan bangkai kucing. Berikutan aduan pencinta haiwan, polis telah melancarkan sebuah operasi penyiasatan yang dinamakan Operation Takahe. Siasatan yang berlangsung lebih tiga tahun itu kini ditutup dan polis merumuskan kucing-kucing itu terbunuh kerana dilanggar kereta kemudiannya bangkainya disiat-siat oleh binatang liar seperti musang. Bedahsiasat terhadap 6 bangkai juga menemui DNA musang. Kajian terhadap CCTV juga menemui satu insiden di mana seekor musang dilihat memakan kepala kucing. Bagaimanapun, orang ramai tidak percaya dengan kesimpulan polis tersebut. Mereka mendakwa polis ingin menutup kes tersebut kerana kekurangan sumber. Ramai netizen mempersendakan pengumuman itu dan mempersoalkan ‘bagaimana musang-musang itu tahu menggunakan peralatan membedah’? ‘Bagaimana pula dengan insiden kucing dicuri dan bangkainya dipulangkan 6 bulan kemudian?' Seorang lagi netizen menyindir bahawa ‘polis perlu mencari di Universiti mana musang-musang ini belajar memegang peralatan tajam dengan tepat supaya kita boleh membedah dengan cekap seperti mereka’. Persoalannya, dengan tamatnya siasatan ini adakah kes kematian kucing secara misteri akan terus berlaku. -CARI
|
12
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
13
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
putehkundor replied at 23-12-2018 08:15 PM
mungkin utk testing beauty products kot
ADVERTISEMENT