"'Minah' macam kamu tak dialau-alukan dan saya tak akan merestuinya." Wah, marah betul ibu Sufie Rashid, Irma Suriana. Sampai tidak merestui hubungan anaknya dengan pasangan pilihannya. Kenapa tu?
Sufie yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan Nurulain Md Yusof, seorang ahli perniagaan dalam majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapat nampaknya mendapat tentangan daripada ibunya sendiri. Ibu Sufie tidak beri restu Menerusi Facebooknya, Irma memuat naik beberapa posting meluahkan kekesalannya dan menyatakan keenggenannya menerima tunang anaknya dalam keluarga mereka. Menerusi postingnya, Irma mendakwa majlis berkenaan berlangsung tanpa persetujuan daripadanya, malah dibuat tanpa kehadirannya dan adik beradik lain. Tambahnya lagi, dia tidak pernah menghantar wakil untuk merisik. Drama mamak yang diatur sendiri Minah ni... Irma juga mendakwa Nurulain hanya mengejar populariti dan tidak menghormati dirinya. Dalam masa sama, Irma memaklumkan dia bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar kepada pihak media. Sementara itu, menerusi laman Instagramnya, Sufie turut memuat naik sesuatu mengenai pertunangannya. "Saya tidak akan memilih jalan ini kalau tahu kesudahannya begini. Apa yang patut saya lakukan sekarang?" katanya. Alahai, penuh drama sungguh ibu dan anak ini ditambah pula dengan bakal menantu, semakin panas jadinya! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|