Bunuh kekasih dan simpan mayatnya selama empat hari, malah menyorokkannya dalam katil sofa setiap kali keluar dari rumah. Tindakan kejam lelaki tersebut dilakukan pada sambutan hari jadinya yang ke-25.
The Mirror melaporkan, Evgeny Malakhov menikam mati Marina Abdulina, 31, ketika bertengkar di rumahnya di kawasan perindustrian Sverdlovsk Oblast, Russia. Sumber berkata, setiap kali keluar dari rumah, dia akan menyorokkan mayat mangsa di dalam katil sofa tersebut, namun akan mengeluarkannya semula bila berseorangan di rumah. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada dia ada melakukan sesuatu pada mayat tersebut setiap kali dikeluarkan.
Kehilangan Marian disedari oleh rakan baiknya, Olga Zudova apabila tidak mendengar khabar darinya selama beberapa hari. “Dia hilang begitu saja, dan langsung tidak menjawab panggilan atau pesanan ringkas saya. Saya tahu sesuatu tidak kena lalu menghubungi pihak berkuasa." Ibu Malakhov juga mengesyaki sesuatu dan bersemuka dengannya. Olga berkata, “Dia mula bertanya pelbagai soalan sebelum Malakhov dengan tenang mengaku membunuh Marina dan menyumbatnya dalam sofa. Maksudnya, sepanjang tempoh itu dia memang tinggal bersama mayat Marina." Malakhov berdepan dengan penjara seumur hidup. Sebelum itu dia pernah dipenjara setahun kerana memukul Marina. “Berulang kali saya cuba memujuk Marina meninggalkan Malakhov. Namun setiap kali dia menjawab ‘Saya sayangkannya." -CARI
|
9
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Berulang kali saya cuba memujuk Marina meninggalkan Malakhov. Namun setiap kali dia menjawab ‘Saya sayangkannya,’” kata Olga.
ADVERTISEMENT