CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik 13 Tahun Sumbang Mahram Dengan Kakak 15 Tahun, Lahirkan Anak Dalam Tandas

17-12-2018 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28008| Komen: 229|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang ditahan polis mengaku melakukan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan  di dalam tandas rumah mereka di Taman Diawan, Kampar.


Kosmo melaporkan, perbuatan tersebut terbongkar apabila kakaknya yang berusia 15 tahun itu dibawa ke Hospital Kampar selepas bersalin.

Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, 

“Sebelum dibawa di hospital, remaja perempuan yang tidak bersekolah tersebut mengadu sakit perut kepada ibunya pada pukul 3.30 petang sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air besar.

“Remaja yang mengaku tidak mengetahui dia sedang mengandung itu terkejut apabila dia secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas berkenaan."


Hasron menambah, ibu mangsa terdengar jeritan mangsa sebelum mendapati dia sedang berlumuran darah sementara bayi yang berada dilahirkan berada di dalam mangkuk tandas.

“Ibunya terus membawa remaja dan bayi tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil soal siasat terhadap remaja perempuan itu mendapati dia mengaku telah beberapa kali melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka."

Bayi tersebut dipercayai dilahirkan awal, kira-kira usia tujuh bulan kandungan.

Dia kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar manakala remaja perempuan tersebut kini dirawat di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Polis telah menahan adiknya di rumah mereka dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan." -CARI
10

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 17-12-2018 12:22 AM
nauzubillah
Quote jerukkedondong 17-12-2018 12:26 AM
Nauzubillah hi min zalik..
Ngilu pulak celah.........





Quote ninja boy 17-12-2018 12:30 AM
Mak dapat cucu baru
Quote emelia1509 17-12-2018 12:44 AM
Kesiannya family tu.
Hmmm..
Quote rainbowrainz 17-12-2018 01:29 AM
Apa nak jadilah dgn dunia skrg ni...
Quote buapakperut 17-12-2018 01:44 AM
dajjal betul...apa nak jadi la.... minta dijauhkan. ibu baoa alertla dengan anak2
Quote Kiah.comei 17-12-2018 02:11 AM
Astaga..
Kat Malaysia dah ada ke syllabus sex education dah ke belum ya?
Masa kiah sekolah xde..
Its a bout time.. kena ajar sex edu in school.. primary school even..
Quote merrissa 17-12-2018 02:13 AM
erk dahsyat nya...13 thun dah main kakak.....ptt nya umur tuh masih main cop2 tiang...ish ish ish
Quote besi_kelabu 17-12-2018 02:50 AM
dengan adik bradik sendiri pun bernafsu??? teruknya zaman sekarang ni..
Quote pisangbanana 17-12-2018 04:23 AM
speechless...
baby tu siape la jage nnti...
Quote sukacactus 17-12-2018 06:33 AM
Adoi!
Xleh terima kepala aku news2 mcm ni....sedih, marah, risau semua ada
Quote weezerfan 17-12-2018 06:38 AM
Mcm manalah leh jd sumbang mahram ni...
Quote Redvelvet3 17-12-2018 06:43 AM
Nauzubillah......
Quote kuzaime 17-12-2018 06:47 AM
Astagfirullah'alazim.. yg laki br 13 thn dh jadik bapak budak..kakak sndiri pulak tu yg ko kongkek..yg si kakak mengaku main tp x tau dia pgnant..yg emaknya pulak lngsung x prasan anak smpai dh 7 bln mengandung..
Quote Buritan 17-12-2018 06:48 AM
Benda nii dah lama dah.. dan dah ramai pun jugak.. mak ayah sibuk cari duit.. anak anak terabai laaa.. beware pd aku dan pd forumer forumer lain jugak
Quote Remyda 17-12-2018 07:06 AM
Edited by Remyda at 17-12-2018 07:53 AM

Apakah faktor nya ?

Mungkin Tiada bimbingan ibu bapa. First ibu bapa paling penting main peranan ni sejak anak - anak masih kecil. Yang mencorakkan tingkah laku seseorang anak itu ibu bapa. Kalau kurang bimbingan, anak - anak pun mungkin tak tahu apa yg diorang buat itu tindakan betul atau tidak

Mungkin faktor sekeliling. Budak - budak  zaman sekarang ni tak macam zaman kita. Advance dia lain macam. Satu mungkin zaman kita penyebaran internet tu takda. Sekarang kau pergi je kedai. Beli hp rm 400 lebih dah boleh dapat. Langgan internet. Kau google je benda kau nak. Tu belum kau pergi sekolah lagi, jumpa pulak kawan - kawan sebaya kau yg semua advance jugak. Apa lagi naik sheikh la kau. Siap sekolah rendah dah ada main kawen - kawen tau. Bila ditanya kawen macam mana, Depa jawab macam suami isteri ' buat' tu.


TV sekarang pun banyak cerita yg pada aku tak sesuai Kalau tengok ramai ramai satu keluarga. Cite Hollywood jangan cakap lah, cite Bollywood sekarang pun nak setaraf hollywood dah aku tengok. Cite Melayu pun apa kurangnya, adegan macam - macam sekarang. Bila dibahas, diorang jawab itu sekadar lakonan sahaja. Biul ke tak biul ? Budak - budak kecik apa lagi mudah mengikut


Mungkin keadaan rumah sesebuah keluarga. Tak semua dilahirkan dalam keadaan selesa & senang. Kita tak pasti keadaan rumah orang lain macam mana. Mungkin ada bilik ke atau tiada bilik ke. Atau satu bilik ke. Then macam-mana depa hari2 nak tukar baju or mandi & dll. Adakah tukar depan - depan ke ? Aku tengok kau kau tengok aku. Aku tengah imagine mcm mana keadaan keluarga yg ada anak ramai then rumah diorang uzur. Nak tak nak kena hadap lah. Mungkin keadaan yg macam tu boleh juga menimbulkan rasa syahwat. Tapi rumah adik badik ni tak pasti lah mcm mana. Sumbang mahram kat bilik belakang. Sedih kisah kisah yg tak masuk akal boleh terjadi



No hard feelings.  Aku sekadar mengutarakan pendapat aku

Quote missDollie 17-12-2018 07:39 AM
Heyyyyyy..aje ghoje gilerrrr...i kenot brain this news... lembam kah korang 3 beranak ni??
Quote dinopower2 17-12-2018 07:42 AM
merrissa replied at 17-12-2018 02:13 AM
erk dahsyat nya...13 thun dah main kakak.....ptt nya umur tuh masih main cop2 tiang...ish ish ish

iols dulu time ni maksud rogol oun tak tahu apa gituh haha
Quote monsterwife 17-12-2018 07:45 AM
Ya rabbi.moga dijauhkan daripasa ini semua.kalau dgn org lain tu boleh le diterima akal tapi ni adik-beradik.budak2 je pun...

Lihat semua komen(229)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042073 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top