CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Anak Kembar Tapi Tak Dapat-Dapat? Jom Baca Faktor Penentu Hamil Bayi Kembar!

18-12-2018 11:31 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 6518| Komen: 2|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Teringin nak dapat bayi kembar? Mempunyai anak kembar merupakan satu anugerah Tuhan yang cukup hebat. 

Namun begitu, tak semua orang sanggup menjaga dua bayi serentak. Kita semua sedia maklum akan cabaran yang harus diharungi oleh ibu yang melahirkan anak kembar.

Sumber foto : IG
Jom baca apakah faktor-faktor penentu kehamilan bayi kembar.

1. UMUR

Sumber foto : Google
Wanita berusia 30 tahun ke atas lebih cenderung untuk hamil kembar. Ini kerana semakin meningkat usia, semakin meningkat hormon FSH iaitu hormon perangsang folikel. Hormon ini berperanan dalam perkembangan telur di dalam ovari sebelum dilepaskan.

Hormon FSH ini penting dalam badan wanita yang lebih berusia kerana pembentukan telur di dalam ovarinya juga memerlukan lebih rangsangan berbanding badan wanita yang lebih muda.

Justeru, hasil tindak balas dengan hormon FSH yang tinggi ini, maka dua atau tiga telur dilepaskan, yang menyebabkan terjadinya hamil kembar. 

2. SEJARAH KELUARGA

Sumber foto : Google
Individu yang mempunyai sejarah keluarga kembar seiras tidak begitu cenderung melahirkan anak kembar. Ini berbeza bagi yang mempunyai sejarah keluarga kembar tak seiras kerana peluangnya untuk hamil kembar lebih tinggi.

3. BERAT BADAN

Sumber foto : Google
Jangan risau jika anda obes kerana wanita obes yang memiliki BMI 30 ke atas lebih berpotensi hamil kembar. Ini kerana faktor lemak berlebihan yang merangsang peningkatan estrogen. Apabila estrogen tinggi, lebih banyak telur dilepaskan oleh ovari lalu terhasil hamil kembar. 

4. KETINGGIAN

Sumber foto : Google
Wanita yang tingginya melebihi purata ketinggian wanita lebih cenderung hamil kembar. Sebuah kajian telah membuktikan wanita dengan purata ketinggian 164.8 cm lebih berpotensi hamil anak kembar berbanding ketinggian purata 161.8 cm. 

Tiada penjelasan khusus mengapa ini terjadi, namun terdapat satu teori yang mengaitkannya dengan pemakanan yang sihat (yang menyebabkan seseorang itu tinggi). 

5. BILANGAN ANAK

Sumber foto : Google
Biasanya, anak kembar lahir dalam kalangan wanita yang mempunyai bilangan anak yang ramai serta keluarga yang besar. 

6. BANGSA

Sumber foto : Google
Mengikut kajian, bangsa Afrika-Amerika lebih cenderung hamil kembar berbanding bangsa Eropah/kaukasian. Wanita Asia dikategorikan paling sedikit hamil kembar. 

7. MENYUSU

Sumber foto : Google
Ibu yang aktif menyusu serta hamil pada masa yang sama lebih berpotensi mendapat anak kembar. Ini terjadi walaupun kadangkala fasa menyusu menyebabkan badan ibu itu kurang subur dan kemungkinan untuk hamil menjadi rendah. 

8. PEMAKANAN

Sumber foto : Google
Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat, wanita yang banyak mengambil produk tenusu lebih mudah hamil kembar. Ini  mungkin disebabkan oleh tindakbalas dengan hormon tumbesaran yang diberikan kepada lembu, kemudian masuk ke dalam badan wanita tersebut. 

9. RAWATAN KESUBURAN

Sumber foto : Google
Rawatan kesuburan membuatkan ovulasi meningkat secara mendadak. Ini akan menghasilkan kembar dua, tiga, empat atau lebih. 

Bagaimana? Anda rasa anda berpeluang dapat anak kembar? 

Apa-apa sekalipun, semuanya berlaku dengan izin Tuhan. Selamat berusaha! 

Jom layan foto-foto anak-anak kembar yang comel! -CARI

 
Sumber foto: IG
13

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakyungpilah85 19-12-2018 08:53 AM
aku belum lagi dikurniakan anak walaupun dah 3 tahun kawen...umur pon dah 33..huhuhuh...aku doakan semoga ade rezeki anak tahun depan...aku doakan semua yg senasib dengan aku ada rezeki menimang anak tahun depan..aminnnnnnn
Quote rosasen 19-12-2018 09:53 AM
kakyungpilah85 replied at 19-12-2018 08:53 AM
aku belum lagi dikurniakan anak walaupun dah 3 tahun kawen...umur pon dah 33..huhuhuh...aku doakan s ...

sama lah kita...sama2 doakan utk kita..aamiin

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073407 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top