Seorang suami didakwa membunuh isterinya semasa bercuti di Phuket. Lelaki dari Tianjin, China, itu bertindak sedemikian selepas membeli lebih 30 juta yuan (RM18 juta) polisi insurans hayat atas nama isterinya.
Shanghaiist melaporkan, Zhang Weifan, membawa isterinya yang lebih dikenali sebagai Xiaojie dan anak perempuan berusia 20 bulan ke Phuket pada akhir bulan Oktober. Namun pada hari ketiga percutian, ibu bapa Xiaojie menerima panggilan mengatakan Xiaojie lemas di kolam renang. Timbul kecurigaan apabila ibu bapanya mengetahui yang Xiaojie adalah seorang yang pandai berenang.
Mereka mendapati mayat Xiaojie mempunyai lebam dan melaporkan mengenai Zhang kepada polis. Semasa dalam siasatan, Zhang mengakui melemaskan isterinya. Menurut sumber lagi, Zhang berpura-pura pergi bekerja setiap pagi tetapi sebenarnya menganggur. Kira-kira158 gigabait pornografi turut ditemui di komputernya. Ibu bapa Xiaojie kini memohon ekstradisi Zhang dari Thailand.-CARI
|
15
Bagus |
10
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
17
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 17-12-2018 09:08 AM
Teringat cerita hindi yang Juhi Chawla nak lari dari cengkaman laki dia, buat-buat mati lemas. Padah ...
chinta89 replied at 17-12-2018 11:37 AM
cte ape u. nk tgk. mcm best.
ADVERTISEMENT