CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dakwa Pensyarah Universiti Melayu Tak Boleh Pakai, Cef Fikree Dituduh Si Tanggang Tak Sedar Diri

14-12-2018 03:34 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 9430| Komen: 27|Original author: Oleh: Ain

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 

Ramai orang cenderung meluahkan perasaan di media sosial dan golongan selebriti juga tidak terkecuali daripada melakukannya kerana mereka juga insan bernama manusia.

Namun, kita perlu bersedia dengan akibat daripada setiap tindakan diambil kerana kita tidak boleh menjangkakan semua orang akan bersetuju dengan pendapat kita.



Begitu juga Cef selebriti dan pengacara, Fikree Aznan yang berkongsi luahan hatinya terhadap tenaga pendidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Tindakannya mempersoalkan kredibiliti pensyarah di universiti Melayu telah mencetuskan provokasi, sekali gus dihujani kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan dakwaannya itu.


Fikree mendakwa ada pensyarah yang mengutuk dan memulaukan dirinya selepas dia berjaya dalam bidang kulinari dan dikenali di kaca televisyen menerusi program beli-belah CJ Wow Shop.



"Sama jugak pensyarah, yang mana pesan suruh jadi yang terbaik dan bila kita jadi terbaik, dikutuk dan dipulaukan pula saya.

"Sebab tu saya berani cakap pensyarah muda dan tua di universiti Melayu tak boleh pakai. P/s kat uni yang saya belajar ya, uni lain semua ok!" ujarnya di Facebook.

Dakwaannya itu membuatkan orang ramai panas hati kerana insan yang telah banyak berjasa membentuk kita hingga menjadi diri kita hari ini telah diperlekehkan.


Si Tanggang tua pakai otak udang



Selain menyifatkan cef itu sebagai seorang yang lupa diri, netizen menganggap Fikree seorang yang gila glamor dan gemar mengejar populariti.


Patutlah mampu jadi Cef CJ Wow Shop je...




Pun begitu, beberapa pihak menasihatkan agar orang ramai tidak mudah melatah dengan posting Fikree.


"Cuba faham ayat dia"


Kredit foto: FB Chef Fikree Aznan

Tidak kisahlah sama ada baik atau buruk guru yang mengajar kita, janganlah kita menghinanya kerana boleh jadi tidak berkat ilmu yang sudah diturunkan kepada kita kelak. - CARI
5

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 14-12-2018 03:39 PM
Perkara biasa bila kau kena pulau. Aku pun kena pulau masa belajar dulu. Wat lek wat pis dah la. Nampak jantan, tapi hati kelempok
Quote kucingitam 14-12-2018 03:51 PM
kan dia kata kat tpt dia bljr je..mestilah ada sebab dia..dia kena pulau dek lecturer dia sendiri..yang budak2 lain panas dah kenapa?
Quote prettyuglybabe 14-12-2018 04:14 PM
kan dia ada kata uni dia je..
yang orang lain nak sibuk tu pehal..
Quote BoongaKertas 14-12-2018 05:25 PM
hmm..kenapa pensyarah pun ada perangai hazabedah mcm tu sekali? euww!
Quote CiliPadiSedap 14-12-2018 05:37 PM
Akak dulu masak karipap jadi popia lopa
Quote ayjay 14-12-2018 05:41 PM
" tidak berkat ilmu yang sudah diturunkan kepada kita kelak"

Lol. Statement typical melayu yang tak boleh blah. Cikgu, lecturer semua dibayar. Ilmu dia itu adalah barang jualan dia. Bukan dia turunkan ilmu secara free.
Quote ladybugz 14-12-2018 05:49 PM
Kene pulau ngna pensyarah? Kesian juga. Dulu i penah kene pulau ngan satu  coursemate hanya kerana seorg manusia yg suke menyebar fitnah. Peritnya rasa dipulau. Moga pensyarah yg pulau die tu minta maafla dan insaf.
Quote besarkecik 14-12-2018 06:21 PM
ladybugz: Kene pulau ngna pensyarah? Kesian juga. Dulu i penah kene pulau ngan satu  coursemate hanya kerana seorg manusia yg suke menyebar fitnah. Peritnya ras ...


Faham.. Aku siap kena pulau satu kolej, sebab mulut sorang gayboy kelempok.
Quote pearl.silver 14-12-2018 07:12 PM
Dia p/s jangan buruk sangka
Tapi elok ayat sebelum tu dia dah buruk sangka kt pensyarah dia
Quote gummiebear 14-12-2018 07:30 PM
Heols cakap lect kat uni heols study dulu. Yang lain tak payah lah terasa. Mungkin ada la apa2 yang lect heols cakap yang menyebabkan heols terasa hati sampai keluar statement gitu
Quote makita 14-12-2018 10:48 PM
BoongaKertas replied at 14-12-2018 05:25 PM
hmm..kenapa pensyarah pun ada perangai hazabedah mcm tu sekali? euww!


Ada. Meols terjumpa lecturer ni mood swing pegh...tarap prof madya. Hasilnya puas dia cari student utk buat projek under geran yg dia dpt. Hahaha. Tp bila bagi markah mmg pemurah lah.
Quote RatuDunia94 14-12-2018 10:49 PM
Heols ni dulu masa mula2 keluar TV kendu jugak.. tp skrg dh boyakkk..
Quote kroit92 14-12-2018 10:52 PM
dia cakap lain, orang lain marah kan benda lain, lawak la netizen Malaysia ni

Quote Jorja 15-12-2018 12:40 PM
Tak kisah la cikgu ke pnsyarah, I pcaya aja ilmu tak berkat kalau kita kurang ajar dgn orang yg ikhlas, bpenat lelah mgajar kita,  Yg tak pecaya tu pujuk hati sendiri lettew dolu dolu mesti ada kes dgn psyarah ke cgu dia
Quote hyie 15-12-2018 03:54 PM
RatuDunia94 replied at 14-12-2018 10:49 PM
Heols ni dulu masa mula2 keluar TV kendu jugak.. tp skrg dh boyakkk..

meols dulu start taste kat heshe lepas tengok heshe, chef kacukan, n sorang lagi lupa nama ammar laki amyra rosli kot, kat rancangan masak2 astro...sekarang dah taste lite2 jer abang heshe hairi safwan pon tasty jua namun heshe lagi tasty lah sebab abang heshe nampak style rempit n mulut longkang sket...turn off sangat yach
Quote rukia2 15-12-2018 04:24 PM
Uni melayu??? Uitm ke um
Quote LautBiru52 15-12-2018 07:57 PM
Lecturer pun manusia jugak. Tak semuanya baik. Tak semuanya ikhlas mengajar. Dah jangan ade yang kecam aku pulak ye {:nose
Quote cleopatralady 15-12-2018 09:58 PM
pulakk..  


Quote OnionAuntie 15-12-2018 10:49 PM
Halah i pernah je jd lecturer contract kat beliau blaja tu.mmg hazabedah pun perangai lectuter situ.depa mengata lecturer lain mcm makcik2 pprt.bila yg depa kata tu sambung blaja sampai dpt phd pun skrg depa duk kata blkg lg kot...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074687 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top