Remaja berusia 16 tahun mengaku bersalah membunuh bapanya dan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun pada September 2016.
Mahkamah diberitahu, Jesse Osborne yang ketika itu berusia 14 tahun merancang untuk membunuh beberapa kanak-kanak di sebuah sekolah rendah dan membincangkannya dalam sebuah grup rahsia di Instagram beberapa minggu sebelum kejadian, lapor METRO. "Saya rasa, saya akan menembak lebih kurang 50 atau 60 budak sekolah. Kalau bernasib baik, mungkin saya akan dapat 150 (mangsa)," katanya dalam perbincangan itu. Difahamkan, remaja terbabit mensasarkan sekolah rendah kerana tahap keselamatan yang lebih longgar.
"Ada banyak polis di sekolah menengah, tapi tidak di sekolah rendah," katanya. Pembunuh remaja dari bandar Townville, South Carolina itu menembak bapanya, Jeffrey Osborne tiga kali di belakang kepala ketika mangsa sedang membaca di atas kerusi di rumahnya. Tujuan tertuduh membunuh bapanya adalah supaya dia boleh mengambil trak pikap mangsa sebelum memandu sejauh lima kilometer ke Townville Elementary School bagi menjalankan 'misi seterusnya'. Setibanya di sekolah berkenaan, Osborne merempuh pagar taman permainan sebelum melepaskan tembakan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di waktu rehat. Salah satu peluru mengenai kaki Jacob Hall, 6, menyebabkan mangsa maut akibat kehilangan banyak darah. Namun, Osborne kemudian mencampakkan senjatanya dan meraung meminta maaf ketika ditahan anggota bomba sukarela yang berada di lokasi kejadian. "Tolong jangan beritahu saya ada orang mati. Ada sesiapa yang mati?" soalnya dengan penuh kesal ketika disoal siasat, namun tidak diendahkan polis. Remaja itu berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun tanpa parol. - CARI
|
15
Bagus |
15
Marah |
8
Terkejut |
13
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
awekjepun replied at 14-12-2018 12:17 PM
Knpe diorg tak letak kes ni bwh kes juvana?
The two teens have much in common. Both, investigators say, tortured animals, obsessed over guns and bragged of their deadly intentions on social media
234126 replied at 15-12-2018 07:22 AM
mental problem yang buat kan ayah kehilangan nyawa. I wonder ada tak parents dia nampak any signs ta ...
ADVERTISEMENT