CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tutuplah, Tutup Semua!" -Sinis, Najib Razak Perli Kerajaan

14-12-2018 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7551| Komen: 67|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas keputusan kerajaan mahu menutup beberapa Klinik 1Malaysia.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas keputusan kerajaan mahu menutup beberapa Klinik 1Malaysia.

Menurutnya perkhidmatan kerajaan untuk rakyat tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi sebaliknya memikirkan kebajikan dan keperluan rakyat.


Foto: FB Najib Razak
“Siapa pernah pergi Klinik 1Malaysia? Kerajaan sekarang nak tutup Klinik 1Malaysia. Katanya sebab kos tidak efektif.

Maknanya kerajaan rugi sebab Klinik 1Malaysia. Boleh terima alasan ini? Mereka ingat ini bisnes atau apa?,” tulisnya menerusi Facebook.

Najib turut menggesa kerajaan menutup klinik bergerak, balai polis, balai bomba, lampu jalan dan perkhidmatan kerajaan lain terutamanya di kawasan pedalaman.


Foto: Worldofbuzz
“Semuanya tidak kos efektif. Buat apa kita nak buka lagi? Tutup saja lah semuanya.

“Perkhidmatan kerajaan untuk rakyat tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi. Kita fikirkan kebajikan dan keperluan rakyat,” ujarnya secara sinis.

Sinar Harian melaporkan, beliau juga bertanya,  adakah beliau melakukan kesalahan dengan mewujudkan Klinik 1Malaysia, bertujuan memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat kepada rakyat.

“Salahkah apa yang saya buat dulu? Sepatutnya kerajaan hari ini mampu buat lebih banyak berbanding masa saya sebab sudah menjarah berpuluh bilion dari rizab Petronas.

“Malah ada yang dengan bangganya umumkan bahawa peruntukan RM29 bilion dalam Belanjawan 2019 adalah yang tertinggi pernah diterima Kementerian Kesihatan sepanjang sejarah belanjawan negara.

“Jadi mengapa ini berlaku? Tutuplah. Tutup semua." -CARI
10

Bagus
18

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 14-12-2018 07:30 AM
Edited by Remyda at 14-12-2018 07:35 AM

Buat permulaan 34 Klinik 1Malaysia ditutup
KEPUTUSAN penutupan klinik itu dibuat hasil daripada program rasionalisasi Kementerian Kesihatan.  -
UTUSAN ONLINE
Azrul Hakimie Anuer
12 Disember 2018 2:05 PM

704
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Buat permulaan, kerajaan berhasrat menutup sebanyak 34 buah Klinik 1Malaysia atau nama baharunya Klinik Komuniti.


Keputusan itu dibuat hasil daripada program rasionalisasi Kementerian Kesihatan yang mendapati klinik berkenaan berdepan dengan masalah kos tidak efektif.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, klinik yang ditutup perlu memenuhi beberapa kriteria tertentu antaranya mempunyai purata kehadiran rendah iaitu kurang 40 pesakit sehari, terdapat kemudahan kesihatan berdekatan dalam lingkungan 5 kilometer dan tidak terletak di kawasan projek perumahan rakyat (PPR).

“Selain itu, kriteria lain adalah penutup tidak dihalang Jabatan Kesihatan Negeri dan fasiliti yang ditutup tidak menjejaskan perkhidmatan sedia ada.

“Jadi selepas rundingan dengan Kementerian Kewangan dan juga JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), 34 Klinik 1Malaysia akan ditutup secara peringkat awal,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Senator Sabani Mat yang meminta jawapan mengapa kerajaan PH mengambil langkah menutup Klinik 1Malaysia. - UTUSAN ONLINE
Quote Simunggu 14-12-2018 07:34 AM
betul apa ex-pm cakap...org kampung mcm mana???
Quote cekgihani 14-12-2018 07:49 AM
Semenjak najib jatuh ni ramai plk yg meratib kebaikn dia  
Dulu fb dia org duk kecam manjang

Quote dinopower2 14-12-2018 07:51 AM
cekgihani replied at 14-12-2018 07:49 AM
Semenjak najib jatuh ni ramai plk yg meratib kebaikn dia  
Dulu fb dia org duk kecam manjang
...

ramai fans najib skrg.... semua dok backup die haha
Quote otai_g 14-12-2018 08:22 AM
Kalo tkt ayat 1malaysia tu tkr je la jd klinik maha.
Quote fushimi 14-12-2018 08:51 AM
otai_g replied at 14-12-2018 08:22 AM
Kalo tkt ayat 1malaysia tu tkr je la jd klinik maha.

Klinik AsMah lol

nek Asmah ngan Tok 93
Quote bangcak 14-12-2018 08:59 AM
bila penyamun marah tokey kedai yg bangkrap disamunnya
"tutup la kedai tu, tutup! taktau ke org kampung ramai nak beli barang?? jgn dok bg alasan bangkrap kene samun, cuba pikir org kg nak beli barang camner??"
Quote dekmieDandy 14-12-2018 09:08 AM
dulu2 zaman penah eksiden aku penah gi klinik 1malaysia ni nak cuci luka

dia boleh halau aku dengan alasan malam2 kami x cuci luka

x tau lak cuci luka ada jam lulz, habistu nurse2 situ buat keje benda jelar kan

tapi sebabkan swasta cas mahal nak mampos,  terpaksa buat muka seposen kat nurse tu, baru dia cuci walaupun dia buat muka cam babi sikit
Quote tri-max 14-12-2018 09:13 AM
boleh tak bab2 kesihatan rakyat jgn di politik kan
takut jadi mcm kat amerika nun, nak masuk sepital kena ada insuran atau deposit
klu tak matila ko tepi jalan tu
Quote FOTHER-MUCKER 14-12-2018 09:16 AM
Simunggu replied at 13-12-2018 03:34 PM
betul apa ex-pm cakap...org kampung mcm mana???

Kan ada klinik desa dan klinik keaihatan untuk orang kampung?
Quote namr 14-12-2018 09:22 AM
Diamlah penyamun
Quote Modngengade 14-12-2018 09:24 AM



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas keputusan kerajaan mahu menutup beberapa Klinik 1Malaysia, mendakwa klinik berkenaan berdepan dengan masalah kos tidak efektif.

Menurutnya, perkhidmatan kerajaan untuk rakyat tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi sebaliknya memikirkan kebajikan dan keperluan rakyat.

“Siapa pernah pergi Klinik 1Malaysia? Kerajaan sekarang nak tutup Klinik 1Malaysia. Katanya sebab kos tidak efektif.

Maknanya kerajaan rugi sebab Klinik 1Malaysia. Boleh terima alasan ini? Mereka ingat ini bisnes atau apa?,” soalnya dalam laman Facebook beliau, sebentar tadi.

Secara sinis, Ahli Parlimen Pekan itu menggesa kerajaan menutup klinik bergerak, balai polis, balai bomba, lampu jalan dan perkhidmatan kerajaan lain terutamanya di kawasan pedalaman.

“Semuanya tidak kos efektif. Buat apa kita nak buka lagi? Tutup saja lah semuanya.

“Perkhidmatan kerajaan untuk rakyat tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi. Kita fikirkan kebajikan dan keperluan rakyat,” ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan adakah beliau melakukan kesalahan dengan mewujudkan Klinik 1Malaysia, bertujuan memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat kepada rakyat.

Bahkan, katanya, beliau juga mempertimbangkan kos sara hidup rakyat pada masa itu dan enggan rakyat terbeban dengan kos perubatan sektor swasta yang kadangkala mencecah RM100.

“Salahkah apa yang saya buat dulu? Sepatutnya kerajaan hari ini mampu buat lebih banyak berbanding masa saya sebab sudah menjarah berpuluh bilion dari rizab Petronas.

“Malah ada yang dengan bangganya umumkan bahawa peruntukan RM29 bilion dalam Belanjawan 2019 adalah yang tertinggi pernah diterima Kementerian Kesihatan sepanjang sejarah belanjawan negara.

“Jadi mengapa ini berlaku? Tutuplah. Tutup semua,” ujarnya.
Quote pooh~key 14-12-2018 09:27 AM
Memanglah ph terpaksa tutup dekkkk.... pendapatan kerajaan kan dah merosot since tak ada gst. Rakyat jangan meroyan. Ini yang kau pilih dekkkk!
Quote FOTHER-MUCKER 14-12-2018 09:27 AM
Nyah kau ni suka sangat buka tred yang sama! Kowserr sgt?
Quote annabellaruz2 14-12-2018 09:33 AM
dekmieDandy replied at 14-12-2018 10:08 AM
dulu2 zaman penah eksiden aku penah gi klinik 1malaysia ni nak cuci luka

dia boleh halau aku deng ...

adik aku terkepit ibujari tangan waktu nak Maghrib.. jari luka dan kuku hampir tercabut.
yg terdekat dgn rumah aku masa tu klinik 1 malaysia (jarak kurang dari 1km)

Bila sampai kat klinik, petugas kata xde equipment utk cabut kuku.
Jadinya dirujuk ke hospital selayang yg jarak agak jauh dari rumah.
Adik terpaksa tahan sakit sementara nak dapatkan rawatan.

Persoalannya :


1. Setakat cabut kuku pastu bubuh ubat luka pun nak kena pergi hospital ker?

2. Kat klinik 1 malaysia tu mmg khas utk demam, batuk, selsema, cirit birit SAHAJA?


Quote zach2008 14-12-2018 09:40 AM
Tak pernah guna perkhidmatan Klinik 1M.
Cuma bg aku, ianya peninggalan yg baik oleh najib.
Tak semua org mampu bayarRM50-100 utk ke klinik swasta bg sakit ringan spt demam dan sebagainya.
Quote cik_chili 14-12-2018 10:09 AM
Pnah pg klinik 1M ni...benar dia open many job opportunities..tp aku g konon nk tampal gigi...skali tampal gigi 5 min jer siap..bila aku ckp kt dr tu...gigi aku mcm tampal xsiap..dr ckp dtg lain hari...mmg best gila dowhhh... that was my first and last
Quote sarahmirza 14-12-2018 10:22 AM
Simunggu replied at 14-12-2018 07:34 AM
betul apa ex-pm cakap...org kampung mcm mana???

Klinik Kesihatan kat dah ada...
Lagi bagus servis dari klinik 1Malaysia.
Quote sarahmirza 14-12-2018 10:23 AM
zach2008 replied at 14-12-2018 09:40 AM
Tak pernah guna perkhidmatan Klinik 1M.
Cuma bg aku, ianya peninggalan yg baik oleh najib.
Tak sem ...

Tak pernah tau kewujudan klinik kesihatan ke?

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062111 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top