Nampaknya, tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya. Pelbagai coretan peristiwa dicatatkan dalam bidang seni suara tanah air untuk tahun ini, tidak kiralah sama ada pahit atau manis. Berikut merupakan senarai lima persembahan siaran langsung di kaca televisyen (TV) yang paling sumbang dan kontroversi untuk tahun ini! Zamani - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Gegar Vaganza/Astro)
Sebut saja nama Zamani, pasti tidak menyangka legenda seni suara yang hebat seperti beliau akhirnya "kecundang" ketika menyampaikan lagu dendangan asal Flybaits di atas pentas Gegar Vaganza. Pelbagai spekulasi timbul di media sosial lantaran kegagalan penyanyi itu menyampaikan lagu berkenaan dengan baik. Malah, turut kedengaran khabar angin kononnya Zamani malu di atas kegagalannya menyanyikan lagu tersebut dan akan mengundur diri dari siri program realiti TV tersebut, tetapi kemudiannya dinafikan pengurusnya sendiri. Zamani hanya menduduki tangga ketiga ketika malam final rancangan tersebut. Asad Motawh - Asal Kau Bahagia (Dahsyat/RCTI Indonesia) Asad Motawh berjaya menghuru-harakan dua negara yakni Indonesia dan Malaysia dengan kegagalan suaranya untuk menyanyi lagu Asal Kau Bahagia di salah sebuah rancangan popular negara jiran. Terdapat banyak komen negetif dilemparkan terhadap penyanyi tersebut yang kebanyakannya kecewa kerana menganggap Asad telah memalukan nama negara di sana! Neera Azizi - Rasa Hati (Malaysia Hari Ini/TV3) Entah muncul dari mana, kehadiran Neera Azizi sebagai bakat baru yang hadir ke set rancangan Malaysia Hari Ini untuk mempromosikan "single" sulungnya mendapat kecaman di seluruh negara. Manakan tidak, suara beliau telah disamakan dengan penyanyi karaoke jamban yang boleh dilihat di pusat-pusat nyanyian di seluruh negara. Malah, ada yang mendakwa telinga mereka berdarah sebaik saja mendengar nyanyian Neera pada pagi itu! Duo Syafad - Bagai Dihiris (Selamat Pagi Malaysia/RTM) Sekali lagi, penyanyi baru yang secara tiba-tiba muncul di kaca TV untuk mempromosikan lagu mereka mendapat kecaman rakyat Malaysia. Duo Syafad, sebuah kumpulan baru dianggotai dua jejaka, muncul dengan lagu mereka berjudul Bagai Dihiris. Sebaik memulakan persembahan, ternyata kedua-dua mereka sebenarnya tidak mampu menyanyi, apatah lagi untuk menggelarkan diri mereka sebagai penyanyi! Nabila Razali - Pematah Hati (Malaysia Hari Ini/TV3) Seperti mana ramai yang sedia maklum, Nabila Razali bukanlah penyanyi hebat jika diukur dari segi kekuatan vokalnya. Malah, lagu popular beliau yang tular di seluruh Malaysia dan menjadi kegemaran ramai hanyalah sekadar sebuah lagu ringan dan tidak memerlukan lontaran vokal yang padu. Tetapi, Nabila masih tidak mampu membawakan lagu mudah ini untuk rancangan yang bersiaran secara langsung. Nyanyiannya di rancangan Malaysia Hari Ini turut mendapat cacian dan makian hebat daripada penonton ketika itu! Ternyata, menjadi penyanyi sangat mudah. Tetapi untuk menjadi seorang penyanyi yang berkualiti bukanlah senang. Apatah lagi sekiranya anda sememangnya tidak mempunyai bakat semula jadi. Apa kata anda pula? Siapakah lagi penyanyi yang sepatutnya berada di dalam senarai di atas? - CARI
|
19
Bagus |
26
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
17
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 12-12-2018 10:45 AM
Macam mana boleh jadi artis ni?
chicozinn replied at 12-12-2018 10:56 AM
ko jngan kecam lejen skali kipas2 lejen kecam ko mau berlubang badan kne berdas-das tembakan..huhu ...
Sang_Pencinta replied at 12-12-2018 11:01 AM
Fungsi utama penyanyi adalah menghiburkan
Zamani dengan badan terbongkok bongkok, menyanyi terk ...
ADVERTISEMENT