Apabila penyanyi Yasin Sulaiman, 43 berkongsi fotonya memberi makan dua ekor anjing ketika mendaki Bukit Tabur, pelbagai reaksi diterima daripada netizen. Ada yang berasa ianya tidak wajar namun sebenarnya lebih ramai yang menyatakan ianya adalah perbuatan yang sangat bagus kerana berbuat baik sesama insan. Bagi Yasin sendiri, ia sekadar perkongsian pengalamannya dengan haiwan tersebut dan tidak kisah dengan pandangan sinis segelintir netizen yang tidak mengerti. "Saya cuma memberi makan kepada anjing itu dan tidak menyentuhnya pun." Yasin menjelaskan yang ketika itu dia dan abangnya mendaki Bukit Tabur dan terkejut apabila empat ekor anjing muncul. Namun dia tidak risau disebabkan haiwan berkenaan sangat mesra. Malahan keempat-empat anjing itu mengekori mereka ketika mendaki serta menuruni bukit tersebut. "Sewaktu menjamah roti yang dibawa, saya kongsikan kepada haiwan itu yang sangat gembira dapat makan," katanya yang tidak risau dengan pandangan orang lain terhadap gambar dan video yang turut dimuatkan di IG Storynya. Malahan, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman bersama anjing ini dan bersetuju dengan tindakan Yasin tanpa mengambil mudah tentang perkara halal dan haram. Nampaknya, sudah ramai netizen yang peka terhadap hukum halal haram mengenai isu anjing ini. Diharapkan lebih ramai lagi orang yang memahami batas-batas tersebut serta tidak menjadikannya isu selagi tahu menjaga batas. - CARI |
13
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Burong_Hantuk replied at 12-12-2018 11:00 AM
usah di layan yassin..dia sakit mental
pngky replied at 12-12-2018 11:30 AM
betul ker dia sakit mental
edoraixora replied at 12-12-2018 12:33 PM
dia penah ade depression jer, satu tika dahulu
now dah ok
kechikchomel replied at 12-12-2018 12:39 PM
depression ehh?
ingatkan bipolar
edoraixora replied at 12-12-2018 12:43 PM
dia penah ade bipolar disorder sebab terlalu stress & tension
tapi kejap jer
Nenasketum replied at 12-12-2018 12:25 PM
Dapat pahala dari bagi sampah Umno & Pas makan.. Gitteww
edoraixora replied at 12-12-2018 12:47 PM
ni kisah depression dia;
ADVERTISEMENT