CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Teksi Bakar Diri Dalam Demonstrasi Bantah Perkhidmatan Kongsi Kereta

12-12-2018 01:13 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1754| Komen: 1|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Bantahan pemandu-pemandu teksi di Korea Selatan terhadap rancangan Kakao Mobility memperkenalkan aplikasi kongsi kereta.

Lokasi kejadian seorang lelaki yang maut setelah membakar dirinya sendiri di dalam teksi di Seoul, Korea Selatan. Kredit foto: South China Morning Post

Seorang pemandu teksi di Korea Selatan mengambil tindakan ekstrem dengan membakar dirinya sendiri sebagai simbolik bantahan terhadap rancangan Kakao Mobility untuk memperkenalkan aplikasi kongsi kereta (car pooling) di negara tersebut.

 

Memetik laporan Independent pada 10 Disember, lelaki berusia 57 tahun itu meninggal dunia setelah berbuat demikian dalam demonstrasi bantahan pemandu-pemandu teksi berhampiran Parlimen Korea Selatan di Seoul.

 

Jurucakap polis dan bomba menyatakan, lelaki tersebut menyiram tubuhnya dengan cecair mudah terbakar ketika dia duduk di dalam teksi sebelum menyalakan api pada bajunya.

 

Pemandu-pemandu teksi yang menganggotai kesatuan melancarkan demonstrasi di ibu negara Korea Selatan bagi membantah aplikasi kongsi kereta yang dicadangkan oleh Kakao Mobility yang didakwa boleh menjejaskan pendapatan mereka.

 

Kakao Mobility merupakan anak syarikat pengendali perkhidmatan pesanan mudah alih, Kakao Corp.


Demonstrasi pemandu-pemandu teksi membantah perkhidmatan kongsi kereta di Korea Selatan. Kredit foto: Independent

Jumaat lalu, Kakao Mobility mengesahkan ia sedang menguji aplikasi tersebut walaupun menerima bantahan keras daripada pemandu-pemandu teksi yang mahu kerajaan Korea Selatan menolak permohonan daripada syarikat berkenaan.

 

"Kami sedang berusaha mendesak kerajaan untuk menghentikan perkhidmatan kongsi kereta," jelas seorang pegawai dari Gabungan Kebangsaan Persatuan Teksi Korea Selatan.

 

Sementara itu, jurucakap Kakao Mobility menyuarakan perasaan simpati syarikatnya kepada waris pemandu teksi tersebut.

 

"Kami bersedih dengan kejadian ini dan mengucapkan takziah," katanya.

 

Walaupun mereka berhak menganjurkan demonstrasi dan membantah, tidak seharusnya sampai bertindak membakar diri sendiri. - CARI


5

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wahlava 12-12-2018 01:35 PM
benda cam ni la yg memburukkan org kafer

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.043774 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top