Anda kenal dengan Novi Aulia? Jika disebut nama sebenarnya, pasti anda teragak-agak siapakah itu. Tapi, kalau disebut Nabila pasti semua kenal dan masih ingat siapakah orangnya!
Novi Aulia pernah memainkan watak sebagai Nabila dalam sinetron Mutiara Hati yang pernah popular di saluran Tv9 suatu ketika dulu. Sinetron ini ditayangkan pada tahun 2005 di Indonesia. Ketika itu, 'Nabila' baru sahaja berusia 5 tahun. Watak Nabila yang comel dan pintar berjaya mencuri hati para penonton. Kini, pelakon comel itu sudah berusia 20 tahun. Cepatnya masa berlalu! Masih ingat lagi dengan dialog yang sering dituturkan Nabila di dalam sinetron tersebut? "Ya Allah, bantuin Nabila." Lagu tema sinetron itu juga sering meniti di bibir penonton.
Selepas sinetron Mutiara Hati, Novi mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan berjaya meraih gelaran juara dalam pertandingan bintang kecil (Idola Cilik Seleb) pada 2008. Album pertama yang dikeluarkannya berjudul Transisi pada tahun 2011 menggunakan nama Nabila dan bukannya Novi Aulia. Ini kerana Novi sudah sinonim dengan panggilan Nabila dalam sinetron Mutiara Hati. Mari lihat foto Nabila versi dewasa! Masih sama dengan wajah ketika kanak-kanak, bukan? Jom kita dengar pula lagu Ego nyanyian Nabila yang dirakam pada 2011. Sayangnya, Nabila kini tidak lagi aktif dalam dunia hiburan. Malah, perkembangan terkininya juga susah untuk dijejaki. Laman Instagramnya juga tidak dibuka kepada pengikut awam. Nabila pernah menyatakan ingin menumpukan fokus kepada pembelajarannya. Selebriti cilik ini berbakat besar dan berpotensi untuk melangkah jauh. Tapi, mungkin rezekinya dalam dunia hiburan setakat itu sahaja. - CARI
|
21
Bagus |
14
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT