Memang betullah cinta itu buta, bila dah sayang semuanya nampak indah. Sama seperti kisah cinta yang dilaporkan oleh Kosmo ini. Menurut Raduan Yaakob yang berusia 50 tahun, perasaan cinta wujud tanpa disedari dan menimbulkan rasa sayang tak berbelah bagi. Malah perasaan cinta menjadi penguat sesuatu hubungan yang terbina tanpa mengira usia dan rupa paras.
Dia tidak menyangka dapat menawan hati Nor Fatim Aisyah Mohd Noor, seorang gadis berusia 20 tahun yang menetap di Selising, Pasir Puteh. Tambahnya dia tidak menyangka dia bakal menamatkan zaman dudanya pada 29 Disember nanti. Menurut duda anak empat ini, bibit cinta mula berputik sejak setahun lalu apabila gadis itu mula bekerja dengannya setelah tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), "Pertama kali bertentang mata, saya mula jatuh cinta dan tidak sangka saya tidak nertepuk sebelah tangan apabila Fatim juga mempunyai perasaan yang sama meskipun usia kami berbeza 30 tahun." katanya lagi. Raduan juga bersyukur kerana kesemua anaknya merestui perkahwinan tersebut meskipun bakal ibu tiri mereka itu masih muda. Nor Fatim berkata dia memilih Raduan sebagai suami kerana sifat tanggungjawab, penyayang dan matangnya. "Saya berharap perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke jannah dan keputusan untuk menjadi isteri adalah dari hati yang ikhlas" Harap bahagia sehingga ke jannah -CARI |
8
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 12-12-2018 12:06 PM
bagus la budak ni pilih orang berduit
ADVERTISEMENT