CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cantik Betul Gunung Warna-Warni Di Seluruh Dunia! Jom Layan Sekejap

13-12-2018 03:14 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 8234| Komen: 10|Original author: Oleh: Nameera

Pernahkah anda dengar mengenai Gunung Pelangi atau Gunung Warna-Warni? Pernahkah anda lihat keajaiban alam semula jadi ini? Jika belum, jom layan gambar di bawah ini.


Untuk itu, ini senarai gunung warna-warni yang bakal mewarnai hari anda. Moga hari anda lebih indah setelah melihat keindahan dan keunikan pergunungan ini.


1. Zhangye Danxia, China

Foto: Google

Kawasan pergunungan yang mempunyai keluasan 322 kilometer persegi ini, meliputi kawasan pergunungan warna-warni dengan campuran pasir merah dan mineral yang telah terbentuk sejak 24 juta tahun yang lalu lagi. Ia merupakan antara tempat tumpuan dan terkenal di dunia dan telah tersenarai sebagai warisan dunia oleh UNESCO.

Foto: Google

2.Rainbow Mountain, Peru
Foto: Google
Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca /Yauricunca ini terletak di kawasan Pegunungan Andes.  Untuk sampai ke sini,  ianya agak mencabar. dan mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke sini. Bagi anda yang sukakan cabaran, mungkin anda boleh cuba memulakan ekspedisi anda ke sini. 

Namun dikatakan tidak seperti yang digambarkan, sebaliknya hasil warna di sini lebih semula jadi dan tidak terlalu terang seperti di gambar ini. 
Foto: Google

3. Brennisteinsalda, Iceland

Foto: Google

Brennisteinsalda adalah kawasan gunung berapi yang  masih kelihatan  aktif dengan mata air sulfur panas dan wap di sisinya. Ia merupakan gunung paling cantik di Iceland kerana bentuk muka buminya yang  berwarna hitam dan biru yang berpunca dari  abu dan lava. Kemudian, warna merah datangnya dari kandungan besi dan warna hijau pula adalah lapisan lumut yang meliputi kawasan batu pergunungan ini.

Foto: Google

 

4. Painted Hills di Oregon, Amerika Syarikat

Foto: Google

Pergunungan ini terletak di Wheeler County, Oregon, Amerika Syarikat. Gunung ini dipanggil Painted Hills, kerana warnanya kelihatan seperti dicat. Dikatakan, Painted Hills dibentuk lebih daripada 35 juta tahun oleh lapisan abu gunung berapi, ketika kawasan ini masih menjadi sungai.



Foto: Google

5. Cerro de los Siete Colores, Argentina

Foto: Google

Mount Cerro de los Siete Colores juga  dikenali sebagai The Hill of Seven Colors kerana mempunyai 7 lapisan warna berbeza. Pergunungan ini terletak di kawasan Quebrada de Purmamarca, Argentina. Pergunungan ini terbentuk dari kesan geologi kompleks termasuk seperti sedimen marin, pergerakan tasik dan sungai yang dinaikkan dengan pergerakan plat tektonik.

 

Foto: Google

6. Seven Coloured Earths, Mauritius

Foto: Google

Seven Coloured Earths atau dikenali dengan Terres des Sept Couleurs, terletak di daerah Chamarel, Daerah Rivire Noire, di selatan Mauritius.Ia adalah kawasan bukit pasir kecil yang terdiri daripada pasir tujuh warna yang berbeza seperti merah, coklat, ungu, hijau, biru, ungu dan kuning. Apa yang menarik, pasir berwarna yang berbeza ini secara spontan akan menetap di lapisan yang berlainan mengikut warnanya.  

Malah, jika  anda cuba mencampurkan semua pasir di sini,  secara perlahan-lahan ia akan memisahkannya sendiri mengikut warna masing-masing. Wah, Lain macam betul!

Foto: Google

Cantik bukan? Kepada Kaki Travel, dah ada yang pernah sampai ke gunung warna warni ke? Atau ada niat untuk ke sini? -CARI

10

Bagus
19

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
17

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 13-12-2018 12:40 PM
{:childlike subhanallah..cantik betul view
Quote WiRa_MiSTiK 13-12-2018 12:49 PM
Tq beb. Terapi mata dan jiwa
Quote nisako 13-12-2018 01:03 PM
cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeee
Quote bedahmenjuyah 13-12-2018 01:32 PM
tp kalau pakai phone cap ayam nampak kelabu je lah. nasib badan
Quote Artemesiaa 13-12-2018 02:56 PM
Amat cantik dan unik
Quote moonbug 13-12-2018 04:26 PM
Cantik macam lukisan
Quote Beribear 13-12-2018 04:59 PM
Subahanallah.. Salah satu sbb nak pegi peru sbb gunung tulah, selain dari nak tengok macu picu
Quote kiambang 13-12-2018 10:47 PM
Out of 6 places, satu je dpt pergi .. Alhamdullilah .
Quote davidjuniorm 16-12-2018 11:50 AM
betul betul cantik ya macam surga. ayo kumpulkan uang tuk kesane
Quote biozipstar 24-2-2019 10:29 PM
belum pernahnampak kawan2 kaki travel datang ke sini.. cantiknyaaa subhanallah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063294 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top